20 February 2016

افلا يتربرون 2

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Marilah kita sambung perbincangan kita tentang ibrah Al Quran kali ini.

Seperti yang kita sedia maklum, Al Quran diturunkan secara beransur ansur selama 23 tahun. Ei, kenapa la Al Quran tak diturunkan sekaligus ja en? Kan senang. Eh eh, cuba fikir, wahyu ni bukan sekadar diturunkan untuk lepas tanggungjawab je. Tapi untuk menetapkan hati seorang nabi. Untuk terus istiqamah dalam perjuangan. Walaupun pelbagai mehnah yang dihadapi. Bukan senang.

And setiap wahyu yang diturunkan, pasti ada kisah dari Rasulullah itu sendiri. Itulah kisah dalam kisah. Dengan mengetahuinya, kita akan lebih menghargai wahyu itu sendiri. Penurunan wahyu secara beransur ansur mengajar kita bahawa wahyu dari langit itulah sebesar besar guru motivator dan sehebat hebat juadah kerohanian untuk kesihatan spiritual kita.

Kalau kita belek belek dalam surah Yusuf ayat 3 ada disebutkan bahawa Allah telah menjadikan sebahagian wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah ini adalah sebaik baik kisah untuk manusia. Manusia boleh mendengar pelbagai cerita di sana sini, namun cerita yang terbaik, belum tentu mudah diperolehi.

Haa kenapa Allah kata sebaik baik kisah? Of course la sebab Allah Maha Mengetahui. Allah tahu apa yang terbaik untuk manusia. Siapa yang lebih mengetahui tentang hakikat sesuatu perkara melainkan penciptanya. Ini bukanlah macam kisah sejarah yang ditulis oleh orang orang yang menang. Tapi oleh Maha Pengatur Alam dan segalanya. Dialah yang merekodkannya semula dengan sebaik baik kaedah, lalu ia akan dibaca terus hingga hari mahsyar kelak.

Okay. Apabila kisah kisah seperti ini dikisahkan oleh Allah, Tuhan semesta alam, pasti ada hikmah ada Nabi yang kisahnya begitu ringkas seperti nabi Ismail dan nabi Ilyas. Pasti ada hikmah juga ada nabi yang sekadar disebutkan nama sahaja seperti Al-Yasa' dan Zulkifli tanpa diceritakan perjuangan mereka.

Apabila Tuhan sendiri bercerita, maka pasti ada hikmah mengapa ada kisah para Rasul yang panjang lebar seperti kisah Musa alaihissalam. Kisah baginda paling mendominasi kisah kisah dalam Al Quran itu sendiri, sama ada sejak kelahirannya, mahupun cabaran getirnya dengan kaum Mesir dan Bani Israel sebelum dan selepas peristiwa Laut Merah.

Pasti ada hikmah mengapa pula kisah Nabi Musa bertaburan di pelbagai surah Al Quran. Sama juga dengan kisah Nabi Ibrahim alaihissalam dan ramai lagi. Mengapa tidak disusun sahaja dalam hanya satu surah seperti kisah Nabi Yusuf dalam surah Yusuf? Bahkan surah itu menyusun dengan sangat baik kronologi kisah nabi Yusuf  sendiri dari zaman kanak kanak hingga zaman menjadi menteri. Kajilah, kita akan pasti dapat menemui hikmahnya. Itulah seni Allah taala. KisahNya sentiasa ada kelainan, kejutan dan tidak akan pernah membosankan.

Pasti ada hikmah juga mengapa babak yang sama namun terdapat rakaman aksinya dalam dua surah dan lebih. Contoh, adegan Musa membaling tongkat di Lembah Tuwa yang ada dalam surah Al Qasas, Asy Syuara' dan Taha. Kajilah dan dapatkanlah jawapan di sebalik perbezaan uslub penceritaan. Meskipun babak yang sama, namun ada rakaman 'CCTV' yang berbeza-beza rupanya, memberikan 'kekenyangan' maksimum kepada jiwa pembaca Al Quran.

Pasti ada hikmah penyusunan nama nama para nabi itu sendiri kadang kadang tidak mengikut turutan kronologi sejarah. Lihat sahaja bukti dalam surah keempat surah An Nisa pada ayat 163 dan banyak ayat lain lagi. Mengapa permulaanya Allah mengikut tertib sejarah iaitu Nabi Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaaqub kemudiannya Nabi Isa, tiba tiba sudah tidak mengikut tertib sejarah iaitu Nabi Ayub, Yunus, Harun, Sulaiman, Daud? Pasti ada hikmahnya yang belum kita ketahui. Ambil sahaja teladan dari nama nama besar yang diumumkan, jangan membuang masa pada berteka teki pada hikmah yang didiamkan oleh Allah taala sendiri.

Mengapa Al Quran semasa diturunkan di Makkah tidak bermula dengan kisah Nabi Adam dan berakhir di Madinah dengan kisah Nabi Isa atau Rasulullah sendiri? Demikianlah Allah Yang Maha Bijaksana berhak memilih mana mana sahaja Rasul yang mahu diceritakkanNya kepada Rasulullah tanpa perlu terikat kepada silibus tertentu mengikut turutan perjalanan sejarah.

Sekian sahaja untuk entry kali ini. InshaaAllah entry akan datang akan dipublish secepat mungkin. Sabar, dan teruskan mengambil ibrah ya.



Assalamualaikum.

0 Buah Fikiran: