14 February 2016

افلا يتدبرون 1

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Nyatalah, jika digunakan tujuh lautan sebagai tinta seterusnya diganti dengan tujuh lagi lautan, masih tidak mampu menzahirkan rasa syukur kepada Ilahi yang masih lagi memberi peluang untuk kita terus bernafas dalam dua nikmat terbesar; Islam dan Iman. Selawat dan salam juga atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Tidaklah kerana jasa baginda, titis darah dan peluh baginda, pasti kita dalam keadaan jahil soal addin, rahmatan lil 'alamin ini.

Baiklah. Hampir setahun jugak tak diupdate ya blog badar. Tapi sekarang ya team badar sudah kembali untuk terus menghidupkan hati hati yang dahagakan ilmu. Di sini, pihak Badar ingin berkongsi dengan antum tentang ibrah. Tadabbur. Dan seangkatan dengannya. Dan yang pasti kalimah kalimah ini sudah dapat disignifikasikan dengan mukjizat yang kekal sehingga hari kiamat. Al Quran. Maka tak perlulah kita bermuqaddimah panjang. Walaupun sudah panjang. Eh? Ayuhlah kita!

Sebelum ana berkongsi tentang hal ini, izinkan ana untuk sertakan satu doa yang ma'thur iaitu yang terpilih dari baginda saw.

اللهم اجعل القرءان العظيم ربيع قلوبنا ونور صدرونا وجلا احزاننا وذهاب همومنا وساءقنا ودليلنا الى جناتك انعيم برحمتك يا ارحام الرحمين

Ameen ya Rabbal 'Alamin.

Aasif jiddan sebab terjemahan untuk doa tu tidak ada. Mana tau followers blog badar ni faqih bahasa arabnya boleh la tolong terjemahkan untuk kebaikan bersama ye. ☺

Baiklah masuk kepada topik kita. Mengapa banyak jugakla ayat al quran, habis sahaja sesuatu ayat tu ada ja ayat yang bermaksud, 'apakah kamu tidak berfikir?' 'Apakah kamu tidak mentadabbur?' 'Apakah kamu tidak mengambil pengajaran?'

Kan kan? Banyakkan? Dan kalau kita perasan, ayat ayat yang termaktub di atas tu, adalah selepas Allah menukilkan kisah untuk kita. Hakikatnya 1/3 Al Quran adalah kisah. Cerita. Dan yang pasti bukan kisah dongeng. Tetapi kisah yang mampu memberi ibrah dan amat berkait rapat dengan kehidupan kita. Ya. Walaupun Al Quran telah diturunkan 1400 tahun yang lalu. Walaupun kisah tersebut telah berlalu lebih 2 kurun yang lalu. Sebab Allah cipta kita. Dia Maha Tahu segalanya. Dan Dia tahu cara yang terbaik untuk memberi petunjuk kepada khalifah bumi ini melalui kitabNya. Petunjuk yang apabila kita pegang, amal. Lan tadhillu. Takkan sesat.

Khulasahnya daripada hakikat 1/3 Al Quran ialah cerita, dapatlah kita simpulkan bahawa manusia ini mudah lemah semangat melainkan apabila mereka mendengar sesuatu cerita. Cerita mereka yang senasib dengan musibah yang dihadapi agar cara pandang mereka kepada musibah itu berubah. Itulah yang dimaksudkan cerita cerita yang mencetuskan pelajaran bermakna. Dalam bahasa mudah, ibrah!

Baiklah. Secara mudahnya begitulah sinopsis entry kali ini. Rasanya kena buat bersiri siri sebab banyak jugak untuk dikongsikan. Jangan risau ye. Nanti ada lagi InshaaAllah. Sampai di sini sahaja untuk kali ini. Nantikan entry akan datang. Assalamualaikum. 😊

0 Buah Fikiran: