08 March 2015

Usrah, ini semua poyo! Bhgn I


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Usrah. Bila terdengar sahaja perkataan ni, apa yang terlintas dalam fikiran antum?

"Usrah untuk orang baik-baik je"

"Usrah bosan. Mengantuk!"

"Usrah..erm. Apa benda tu?"

Eh, eh. Okay, baiklah. Usrah ni, ialah satu perkataan dalam bahasa syurga yang bermaksud, 'KELUARGA'. Sistem usrah ni sebenarnya telah lama dijalankan. Sejak zaman Rasulullah lagi. Kalau boleh disimpulkan, maksudnya kalau kita join usrah ni, kita dah amalkan sunnah bagindalah ye.

Okay, sebelum kita pergi jauh tentang usrah ni, jom kita check it out dulu, sejarah usrah ni. Usrah pertama bermula di rumah al-Arqam bin abi al-Arqam. Masa ni, Islam disebarkan secara rahsia. Untuk mengelakkan tentangan hebat dari Musyrikin Quraisy, Allah memerintahkan agar Islam disebarkan secara rahsia dahulu. Dari sinilah, semakin ramai penduduk Mekah mula tertarik dengan ajaran Islam terutamanya golongan hamba. Kenapa? Sebab kan dalam Islam tiada perbezaan taraf antara kita semua. Yang tu merupakan salah satu faktor. Banyak lagi faktor yang lain dan sememangnya antum telah pelajarinya dalam silibus pelajaran kita.

Macam yang kita semua tahu, masa zaman Rasulullah ni lahirnya insan yang hebat. Jom kita list tengok,

-Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq
-Saiyidina Umar al-Khattab
-Saiyidina Uthman bin 'Affan
-Saiyidina Ali bin Abi Talib
-Saiyidina Khalid al-Walid
-Saiyidina Mus'ab bin Umair

Ya Allah, kalau list semua, berapa page pun takkan habis. Memang ramai sahabat nabi yang hebat. Semuanya bermula dengan usrah ni. Dari usrah di rumah al-Arqam bin abi al-Arqam, Rasulullah teah menerapkan nilai aqidah dalam diri sahabat. Mantap aqidah, maka mudahlah untuk mereka menerima segala syariat yang Allah tetapkan.

Tapi, hidup ni ibarat roda. Sekejap di atas sekejap di bawah. Zaman khalifah jatuh dek orang dalam yang mengkhianati. Segala yang dikecapi, musnah begitu sahaja. Aqidah sudah tidak seutuh mereka yang terdahulu. Ibadah bagai retak menanti belah. Akhlak apatah lagi. Kita hidup dalam acuan yang tidak baik. Tapi bukan semua.

Orang Islam tika itu yang punya kesedaran, tidak boleh duduk diam. Mereka punya perancangan. Masakan kejayaan hanya pada waktu dahulu. Kita punya Al-Quran, as-Sunnah. Selagi berpegang pada dua ini, takkan tersesat kita. Di Mesir, Imam Hassan al-Banna telah menubuhkan Ikhwanul Muslimin. Menggunakan sistem usrah pada zaman Rasulullah, beliau turut menerapkannya dalam jiwa ahli-ahli Ikhwanul Muslimin ini. Antum jangan salah faham. Pada ketika ini, Ikhwanul Muslimin hanya bergerak atas dasar persatuan semata-mata. Jangan salah faham okay. Buka minda buka hati.

Sekarang, sistem usrah giat dijalankan. Bukan sekolah kita je yang ada usrah ni, SMKA lain pun ada. Dan kebanyakan sekolah lain pun dah cuba berjinak-jinak menjalankan usrah ni. Hah, bukan sekolah sahaja yang jalankan sistem usrah ni. Dekat universiti pun, ada yang jalankan usrah ni sama ada memang ada dalam sistem universiti itu, atau pun sendirian berhad. Usrah, apa matlamat sebenarnya? Okay, kita akan sambung dalam entry yang akan datang. Wallahu'alam. Ila lliqa'. :)

0 Buah Fikiran: