02 January 2015

NASIHAT ULAMA BERKENAAN ISU CRUSH DAN CINTA SEBELUM NIKAH

Assalamualaikum. Entri kali ini, mari kita selidik apa yang ulama2 pesan bab-bab cinta sebelum nikah ni. Hayati dengan mata hati, check balik diri kita, muhasabah dan beristighfarlah semoga Allah akan mengampunkan kita Insha Allah.


PERTAMA
Jami’ bin Mahuih bertanya, “ Apakah orang yang bercinta buta itu dosa?” Lalu Said bin Al-Musayyab, mufti Madinah pada zaman itu menjawab, “ Ianya tercela..” Lepas itu Said berkata, “ Demi Allah, tidak pernah seorangpun bertanya kepadaku tentang hal ini. Jika seseorang bertanya kepadaku hal ini maka jawapanku hanyalah seperti tadi..”

KEDUA
Imam Al Ghazali berkata “ Aku dapati, dalam bercinta terdapat banyak dosa besar”
Kenapa ?
Bayangkan , mula dengan crush, kita dah tak dapat menundukkan pandangan, stalk, usher dia bila lalu, fikir pasal dia, bayangkan dia dan lain-lain. BUKANKAH ITU SEMUA DOSA ?!

KETIGA
“ Orang yang mencintai sesuatu selain Allah ( lelaki/wanita), mahu tak mahu, cinta itu akan menyeksanya..” –Ibn Qayyim-
“ Kehinaan akan menimpa para pencinta. Akan tetapi, kerana dia sedang mabuk cinta, dia tidak akan merasakan kehinaan yang sedang menimpanya. Hatinya seperti burung yang berada dalam genggaman anak kecil yang mempermainkannya sesuka hatinya. Maka kehidupan orang yang bercinta adalah seperti kehidupan seorang tawanan perang.” –Ibn Qayyim-
“ Apabila seseorang itu mula mencintai, ,maka dia akan sibuk memikirkan orang yang dicintai sehingga dia KURANG FIKIR AKAN AGAMA DAN DUNIANYA” –Ibn Qayyim-



 KEEMPAT
Ada sekali, ada orang membawa seorang lelaki yang mati kepada Ibn Abbas. Lantas Ibn Abbas bertanya,

“ Kenapa lelaki ini mati?” Maka ramai yang menjawab, “ dia mati kerana TERLALU FIKIR PASAL CINTA..”
Maka Ibn Abbas berkata, “Semenjak dari peristiwa itu, setiap hari aku memohon perlindungan Allah dari terjebak dengan penyakit cinta ini.”


Ada seorang penyair menyebut.
HIDUP ORANG YANG BERCINTA,
PADA MULANYA HATINYA AKAN IKHLAS DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH,
PERTENGAHANNYA PENYAKIT,
DAN PENGAKHIRANNYA ADALAH KEMATIAN HATI,
DAN JASAD..

Sebagai intihanya, semoga dengan kata-kata ulama’ ini, kita dapat jelas bahawa betapa bahayanya jika kita sering melayan crush-crush dan langsung tiada usaha untuk melupakannya !


Ayuhlah kita berfikir balik. Banyak lagi tugas yang perlu diselesaikan di muka bumi sebelum kita meninggal. Memang benar itu fitrah tetapi kita perlu bijak mengawal supaya ia tidak menjadi fitnah dan membawa kebinasaan kepada kita kelak.


Wallahu A'lam.

              

2 Buah Fikiran:

Anonymous said...

Moga istiqomah dalam mengupdate blog ye :)

Anonymous said...

Awesome :)