04 January 2015

Cinta Rasul, adakah hanya satu hari?



Bila menjelang 12 Rabiul Awwal setiap tahun, umat Islam seluruh dunia pasti akan menyambut satu hari yang agung. Hari di mana junjungan paling mulia Nabi Muhammad SAW dilahirkan.

Sesetengah masyarakat akan mengadakan sambutan-sanbutan meriah seperti berarak keliling kampung, mengadakan ceramah bertemakan Rasulullah, tidak kurang juga ada yang menceritakan sirah-sirah Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan pemangkin kepada generasi kini.

Tapi persoalannya, adakah orang-orang yang menganjurkan program-program ini benar-benar bertujuan untuk menunjukkan cinta, strong bonds of love towards Prophet Muhammad SAW?
Apabila diadakan malam cinta Rasul, ramai penonton yang menangis kerana rindukan Rasulullah. Tapi, keesokan harinya mereka kembali melakukan dosa seperti sebelumnya.

Adakah ini tujuan Nabi Muhammad bertarung nyawa, hanya untuk melihat umatnya mengingati Baginda hanya untuk satu hari?
Itu sahaja pengorbanan kita untuk bersama-sama Baginda di syurga?

Adakah hanya satu malam kita mengingati Nabi Muhammad SAW? Adakah dengan menangis sahaja dapat mengubah dunia? Adakah dengan tangisan satu malam sahaja dapat membangkitkan Islam? 


CUKUPKAH UNTUK MASUK KE SYURGA?

Memang benar kita tidak tahu berapa kebaikan yang diperlukan untuk masuk ke syurga. Tiada amaun yang mampu dikira oleh manusia untuk memperoleh syurga Allah yang amat indah. Tapi ingatlah Allah berfirman,

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. Itu menjadi janji Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakan yang lebih menepati janjiya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan, dan itulah kemenangan yang besar.”
 –Surah At-Taubah 9:111-



Allah akan membeli harta kemewahan yang ada di dunia dan ganjarannya adalah syurgaNya. Tapi sebelum Allah berikan semua itu, pasti hambaNya perlu memberikan yang terbaik untuk agama, untuk Islam. Persoalannya lagi, adakah untuk memberikan yang terbaik untuk Islam hanya dengan menangis sahaja? Bolehkan air mata mengubah dunia?

Jikalau setitis air mata mampu mengubah dunia, maka adalah tidak perlu untuk Baginda SAW bertungkus-lumus mengambil bahagian dalam peperangan untuk menegakkan Islam di bumi.  Ataupun Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya tidaklah perlu untuk mendaki bukit bersama kapal yang berat untuk menakluk Konstaninopel. Perlukah mereka?

Ana akan tetap meninggalkan persoalan ini untuk antum sendiri menjawab. Sebagai penutup, juga diberikan lagi satu persoalan.

JIKA ANDA BERADA DALAM ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW, APA YANG ANDA INGIN BERIKAN UNTUK ISLAM?

1.      Khalid Al Walid menghunus pedangnya
2.      Abu Hurairah menyumbangkan pemikiran dan ingatannya
3.      Ali menyumbangkan ilmunya
4.      Abu Bakar menyumbangkan kepercayaannya
                                                                           Kita ?

Adakah dengan tangisan kita cukup untuk menyumbang kepada Rasulullah SAW dan Islam? Jika sehingga kini kita masih belum menyubangkan apa-apa untuk Islam, BILAKAH KITA AKAN BERMULA MENYUMBANG UNTUK ISLAM?

Jadi, marilah sama-sama kita refleksi diri. Let us ponder to remember. Let us reflect to react.

Wallahu A’lam.



#SalamMaulidurRasul1436H
#BadarSMAI

 











0 Buah Fikiran: