04 January 2015

Cahaya itu...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.Kali ini,ana buka entry kali ini dengan sepotong ayat al-Quran yang dipetik daripada Surah Al-Anbiya' ayat 107 yang bermaksud,

"Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau ya Muhammad melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam"


Cahaya apa itu Ya Allah,
saat kelahiran baginda,
seluruh alam cerah,
bergembira menyambut kelahiran baginda.

Cahaya apa itu Ya Allah,
saat manusia tenggelam dengan kejahilan,
baginda datang menunjuk jalan,
mengubah gelap menjadi terang.

Cahaya apa itu Ya Allah,
tiap kali tenggelam dan timbulnya mentari,
kadang terduduk baginda bersendiri,
mencari jalan supaya mereka sujud kepadaMu.

Cahaya apa itu Ya Allah,
yang sepanjang malam berdiri,
bermunajat agar umatnya diampuni.

Cahaya apa itu Ya Allah,
mengikat perut yang kelaparan dengan batu,
menahan kesakitan saat dilempar batu,najis dan segala macam cacian! makian!
baginda masih teguh,
masih boleh tersenyum.

Saat Jibril bertanyakan,
"Bukit yang mana yang engkau mahu aku lemparkan kepada mereka?"
Baginda menjawab,
"Tidak perlu ya Jibril,sesungguhnya mereka masih belum mengerti"
Jibril berkata lagi,
"Tetapi mereka meghinamu"
Baginda menjawab,
"Tidak megapa,jika mereka tidak mahu beriman,mungkin nanti anak-anak mereka akan beriman"

Cahaya apa itu Ya Allah,
tika termenung,tersenyum lalu menangis,
saat sahabat bertanya,
"mengapa baginda menangis?"
Baginda menjawab,
"Aku teringatkan umatku yang hidup di akhir zaman kelak,mereka tidak pernah melihatku,namun masih lagi setia bersolat dan beribadat serta cinta padaku."

Cahaya apa itu Ya Allah,
saat kewafatan baginda,
semua pintu syuga sudah terbuka,
singahsana yang indah sudah tersedia,
untuk menyambut roh yang mulia,
Baginda masih sempat bertanya "Apakah jaminan untuk nasib umatku?"
Jibrilmenjawab,
"Pintu syurga tidak akan dibuka untuk umat lain selagi umatmu belum memasukinya"
Baginda tersenyum gembira mendengar jawapan jibril itu.

Cahaya itulah yang tika hidupnya melabuh cinta buat umat,
Tika perginya menghampar seluruh alam dengan rahmat,
Cahaya itulah yang tidak pernah mengeluh,
Walau air matanya dari hening malam hingga ke subuh,
Cahaya itulah yang memberi cahaya pada mentari,
Yang memberi sinar pada hati.

Jangan pernah hilangkan cahaya itu dari hati kita,
Kerana cahaya itu sentiasa mahu terus menerangi jiwa.

Ya,cahaya itulah Muahammad Al-Mustofa,
Penyelamat manusia tatkala berada di juarang neraka,
Penyambut manusia tatkala tiba di pintu syurga.

Hidupkan sunnah baginda :) senyum 

2 Buah Fikiran:

Anonymous said...

Senyum :)

Anonymous said...

Apakah objektif badar yg sebenarnya? :)
Bagaimana kepimpinan badar dapt menjalankn tugas dgn berkesan? :)