10 January 2015

Peringatan bersama.

KESIMPULAN YG BOLEH DIAMBIL DALAM KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW. 

1. Jangan mengambil hak orang lain serta jangan menyakiti sesiapa semasa hidup di dunia ini.

2. Allah swt telah mengharamkan riba.
Maka seboleh mungkin perlu dijauhi dan jangan terlibat dgn urusan riba.

3. Berhati2 dgn tipu daya syaitan. Kerana syaitan itu sangat licik dan jarum nya terlalu halus.
Sehinga kita tidak terasa akan hasutan nya.

4. Jaga orang perempuan baik2 dan berlembutlah dgn mereka.
Berikan hak2 mereka. Sama ada ibu, isteri atau pun anak2 kita.

5. Bersungguh sungguhlah menegakkan rukun islam yg lima.

6. Semua org muslim adalah bersaudara. Hanya taqwa dan amal soleh sahaja yg membezakan darjat dan kemuliaannya.

7. Berhati2 dalam setiap tindakan yg dilakukan semasa hidup di dunia ini.
Pastikan tidak melangar peraturan yg digariskan dalam Al Quran dan sunnah.
Kerana kita semua pasti akan di pertangung jawabkan atas setiap perkara yg kita lakukan di depan mahkamah Allah di Masyar nanti.

8. Nabi Muhammad saw adalah nabi yg terakhir. Tiada lagi wahyu baru yg akan turun selepas ini.
Sampaikan kepada manusia lain akan ajaran ini tanpa perlu ditokok tambah atau di kurangkan.
Kerana tiada lagi manusia yg lebih sempurna amal ibadahnya selain nabi saw.

9. Nabi saw meningalkan kepada kita 2 perkara. Iaitu Al Quran dan Sunnah.
Barang siapa yg berpegang teguh pada nya. .. pasti tidak akan tersesat
selama2nya.

10. Sebarkan dakwah berterusan kepada semua manusia.
Nabi saw mendoakan agar org2 yg terkemudian lebih memahami akan apa yg di maksudkan nya..



Wallahu A'lam.

07 January 2015

Mengaku salah, susah ke?

Adalah kehebatan kita dalam memberi kritikan, mencari kesalahan orang lain. Tapi, kita sendiri gagal untuk mencari kesalahan sendiri dan cuba mencari alasan untuk kelihatan benar. Bak pepatah ’menegakkan benang yang basah’ kan?
Kadang-kadang bila buat salah, akan timbul lah satu ‘sense’ akan membuat kita sentiasa nak betul. Susah sangat bagi kita untuk ungkapkan “ saya minta maaf”, “memang salah saya”. Kenapa? How does it feel to be wrong? Apa kita rasa?

“Memalukan la !”
“Tak macho la mengaku salah. Nanti Jemylah tau malu lah!”
“ Rasa annoying tau dak bila org tegur. Dia bagus sangat ke ? Nak bash ah!”

Actually, we love to live a life of illusions full of correctness.  Sentiasa nak betul. Betul kan?
Paling tak pun kita akan cakap, “BIASALAH MANUSIA, ALWAYS MAKE MISTAKES.”
 *tangan dibahu mata keatas*

But the question is, how many people do really understand what it takes to be a human and learn to admit their mistakes? 
Hamba Encik Ego atau hamba Allah? Sifat ego, sombong, perasan bagus semua ini berkait rapat. Kait dengan apa?
Berkaitan dengan perkara yang membuatkan kita tak nak mengaku kesalahan kita.
Kalau dilihat dunia kini pun, berapa ramai yang sanggup membunuh kerana sifat ego, kerana ingin menegakkan kebenaran, fitnah-memfitnah berlaku apabila seseorang ingin memperbetulkan mereka.

Ingatlah wahai antum yang membenci kezaliman, bila kita ego, sombong, sifat buruk akan terus membesar dalam diri kita dan boleh jadi cahaya dalam hati kita akan menjadi gelap. Apa lagi yang tinggal bila hati dah hitam? What is left for Allah?
Hah, jadi kita mestilah latih diri kita untuk jadi rendah hati untuk semua orang. Kita sebenarnya hidup untuk kepuasan kita atau kepuasan melaksanakan perintah Allah?
Ana ambil sebagai contoh, kalau ada orang tegur kita online, walaupun dalam bahasa agak kasar tapi tak keterlaluan, sepatutnya kita kena cuba jugak untuk terima. Cuba rasakan dalam hati,

  •        Mungkin dengan comment ni, Allah bagitau aku sesuatu yang aku kena fikir balik
  •       Mungkin betul dan mungkin salah apa dia tegur, tapi apapun aku kena terima dan refleksi diri balik.     kadang2 aku tak sedar apa aku buat ni salah.


Haa, mudah kan? Instead of thinking “who is he to correct me?” don’t dwell this attitude towards ourselves, just take the good or even bad advice.
Dalam Quran membuktikan orang yang sombong, ego tidak disukai Allah. Cer kita renung firman Allah dalam Surah An-Nahl:23

“ …...Dan Allah tidak menyukai orang yang sombong.”

Dan juga dalam surah yang sama tapi ayat ke 29

“ Maka masuklah dari pintu-pintu neraka Jahannam, dan kekal di dalamnya. Maka amat buruklah tempat orang yang menyombongkan diri itu.”

Nauzubillah !

Penutupnya , ingatlah kita hidup untuk menyembah Allah, bukan untuk menjadi hamba nafsu.

Learn to take the good and leave the rest.
Learn to lower our wings of ego.
Learn to be humble at all.
Ask ourselves, do we want to follow the steps of Firaun?


Wallahu ‘Alam



06 January 2015

Gambaran sudah tersedia buat kita !

Assalamualaikum Warahmatullah .
Ada terkandung dalam hadis yang mafhumnya,
 “kamu akan dibangkitkan bersama-sama orang yang kamu sayangi kelak”.

Bayangkan ketika malaikat maut merentap nyawa kita, masa tu kita dalam syok bercinta, bercouple, berpegangan tangan sana sini dengan ajnabi, kelak kita dibangkitkan bersama ajanbi itu. Na’uzubillah!
Dan bayangkan, kalau malaikat maut mengambil nyawa kita dan ketika itu orang yang kita sayang ialah Rasulullah, tidak beruntungkah kita?
Subhanallah.

Namun, bukan isu itu yang hendak diketengahkan kali ini, tetapi isu Allah itu Maha Baik. Ya antum sekalian, Allah itu sangaaaaaaattt baik, (semangat) Mengapa?

Allah dah tunjuk dengan jelas kesesakan manusia di padang Arafah. Dengan ramai Jemaah haji yang berlainan negara , hitam,putih, hijau(ada ke?) semua dikumpulkan sekali dalam musim haji.
 Allah nak kita rasa macamana suasana di padang mahsyar kelak. Adakah kita sudah bersedia?


Sebab itu Allah menjadikan Wuquf di Arafah sebagai satu rukun haji !

Di padang Arafah itu, di mana semua orang berkongsi tandas yang sama, keadaan yang sangat tidak selesa, nak makan pun berebut-rebut, namun tiada seorang pun membantah malahan lebih sabar dan hanya menumpukan perhatian untuk meraih redha Allah. Tapi, dalam kesesakan itu ada satu khemah di mana golongan atasan yakni raja-raja, presiden negara Islam duduki. Mereka disediakan tandas yang khas dan tidak perlu berebut-rebut. Makanan juga dihidangkan kepada mereka ataupun kadang-kadang secara buffet. Wahh indahnya !

Hal sebegitu pun ada di padang mahsyar kelak tau sahabat sekalian… Di padang Mahsyar nanti ada yang akan diberi kemuliaan macam raja. Ada yang akan duduk dalam khemah Allah. Antara khemah yang paling mewah di padang mahsyar dimana orang dibawahnya tak rasa letih berdiri seperti orang lain. Siapakah golongan itu?

  GOLONGAN YANG BANGKIT BERSAMA RASULULLAH SAW



04 January 2015

Di padang itu...

Panas. Itulah yang menggambarkan suasana tika ini. Peluh mericik keluar. Bukan jutaan malah lebih lagi berkumpul di lapangan ini. Tiada yang kelihatan duduk berpeluk tubuh semata. Semuanya sibuk berjalan ke sana ke mari. Di mana? Aku pun tidak tahu. Selepas kedengaran bunyi semboyan, aku lantas terjaga. Semasa aku terjaga, dengar juga suara desas desus. Menyumpah diri sendiri. Menyoalkan siapa yang membangkitkan mereka dari tidur.

Aku terus tolak menolak. Orang lain turut melakukan perkara yang sama. Sudah ku bilang tadi, tiada yang berpeluk tubuh sahaja. Masing-masing sedang mencari sesuatu. Tiba-tiba kulihat, segerombolan manusia berkumpul. Aku cuba mampir ke situ meski sukar. Sepanjang laluan, ada yang kulihat sudah lemas dalam titisan peluhnya. Tidak sempat untuk kasihan. Aku terus bergerak ke arah kumpulan itu. Aku sudah semakin hampir. Tiba-tiba ada cahaya menerpa ke korna mata. Ianya tidak menyilaukan. Aku terus bergerak.

Aku tiba-tiba terhenti. Terpana mungkin, manusia di hadapanku ini. Siapakah dia? Dia kelihatan begitu tenang sekali. Meski jauh dari mata, aku rasa, dia amat dekat denganku. Dia melihatku. Dia senyum. Aku tidak dapat gambarkan betapa mempesonanya senyumannya itu. Aku hampir pengsan kerana terlampau bahagia melihat senyuman itu. Kelihatan dia begitu sabar menghadapi kerenah manusia yang begitu ramai di hadapannya. Aku cuba mendekat dengannya. Aku berjaya.
Dia menghulurkan air dari telaga itu. Aku minum. Ya, aku sangat dahaga. Namun, dengan sekali teguk, aku sudah rasa lega. Aku terkedu. Manusia lain di belakangku juga ingin air itu. Namun, aku tidak mahu berganjak, ingin sekali aku memeluk manusia di hadapanku ini. Tanpa kuduga, dia yang memeluk ku dahulu. Haruman semerbak kasturi menghiasi dirinya. Sungguh. Aku bahagia. Dia melepaskanku dan memberi minuman itu kepada yang lain pula.

Aku melihat di sekelilingku. Ada yang lidah terjelir hingga ke dada. Ada yang bertubuh sempurna namun lain kepala dan badannya. Manusia apakah ini? Apa kesalahan mereka. Dan. Bilangan mereka amat ramai juga. Nampak gayanya, hanya segelintir yang bertubuh manusia dan baik fizikalnya. Aku tebarkan lagi pandanganku. Daerah ini bagai tiada penghujung. Dan seluruh daerah itu dipenuhi manusia. Aku tidak dapat melihat tanah walau seinci. Aku memandang lagi.

Aku lihat ada yang sedang mengambil buku. Sesekali kelihatan ada yang menangis, meraung. Aku tidak tahu kenapa. Kelihatan sesalan yang menghempap. Sungguh berat. Bukan seorang. Bukan dua. Ramai. Tidak mampu kubilang. Ada juga yang tersenyum pada mulanya, namun, di akhirnya dia meraung jua. Ah, ada yang gembira. Senyuman kebahagiaan terpancar jelas di wajahnya. Kelihatan puas sekali.

Giliranku tiba. Aku mengambil buku itu. Dengan tangan apa, tidak pula kuingat. Yang ingin kutahu, apa keadaanku. Adakah sama dengan golongan yang di kananku, atau dikiriku. Yang kumahu, sudah tentu di bahagian kanan. Mereka sungguh bahagia. Kulihat dipaparan. Ah, ini dunia. Sudah kuingat. Amalanku, tidaklah banyak mana. Aku mula gelisah.

Tiba-tiba datang seorang pemuda. Menggelar dirinya al-Furqan. Dia seperti membelaku. Katanya aku sering membeleknya dan menitis air mata ketika membacanya. Datang pula seorang pemuda yang lain. Ah, ini lelaki tadi. Dia juga membelaku. Aku tidak mampu berkata apa. Mataku berkaca. Kata-kata lelaki tadi juga sudah hilang di telinga. Yang aku sedar, aku sudah dipimpin. Aku lihat di hadapanku. Sebuah pintu yang terbuka luas. Jelas kelihatan di dalamnya. Amat indah. Manusia-manusia di dalam itu juga amat bahagia.

Aku tertunduk. Terkejut aku. Kelihatan manusia menjerit melolong. Dibakar. Dahsyatnya siksaan ini. Apa salah mereka? Ada yang menangis minta dikeluarkan. Menyumpah diri. Katanya, ingin kembali ke dunia. Untuk sujud walau sekali cuma. Aku gementar. Namun, bahagia yang di hadapan itu, tidak mampu kutunggu lagi. Aku terus bergerak. Amat perlahan gerakanku. Sehinggalah.

Aku tergelincir. Bahang-bahang kepanasan menjilat tubuhku. Aku belum dibakar seperti manusia tadi. Tapi, ini sungguh menyiksakan. Jeritanku nampaknya tidak membantu. Aku menutup mata. Masih begitu. Diriku masih terawang-awang. Aku bagai tidak menemui penghujung gaung ini. Aku lihat di kiri dan kananku. Ada yang mendidih otaknya. Ada yang menyiksa diri, mengangkut beban yang berat. Ah, ditambah lagi. Ada yang sedang makan. Namun, makanan itu membakar perutnya. Hairan. Dia teruskan lagi. Dahsyatnya siksaan ini. Apa kesalahan mereka?

Aku terhenti. Sudah habiskah? Ada yang menarik aku. Mengapa begitu lewat? Dia tersenyum. “Itulah kamu. Melewatkan aku. Aku juga lewatlah,” Solatku. Ah, penyesalan bertandang di jiwa. Ada manusia di sebelahnya. Siapa? Ah, sahabat! “Tidak akan kubiar kau jatuh di sini sendirian. Ayuh!” tubir mataku bergenang.

Selangkah lagi untuk ke tempat ini. Wah, alangkah bahagianya! Sungai-sungai yang mengalir tenang. Tiada yang kelihatan bersedih. Semua gembira. Aku juga ingin menyertai mereka. Sahabat tadi, menarik aku.

“Sudah-sudahlah. Tidak baik tidur selepas asar.” Ibu? Ah, aku bermimpi rupanya. Tidak sempat aku menyertai sahabat tadi. Air mata? Macam betul sahaja.


 "Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan...."57:20

Cahaya itu...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.Kali ini,ana buka entry kali ini dengan sepotong ayat al-Quran yang dipetik daripada Surah Al-Anbiya' ayat 107 yang bermaksud,

"Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau ya Muhammad melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam"


Cahaya apa itu Ya Allah,
saat kelahiran baginda,
seluruh alam cerah,
bergembira menyambut kelahiran baginda.

Cahaya apa itu Ya Allah,
saat manusia tenggelam dengan kejahilan,
baginda datang menunjuk jalan,
mengubah gelap menjadi terang.

Cahaya apa itu Ya Allah,
tiap kali tenggelam dan timbulnya mentari,
kadang terduduk baginda bersendiri,
mencari jalan supaya mereka sujud kepadaMu.

Cahaya apa itu Ya Allah,
yang sepanjang malam berdiri,
bermunajat agar umatnya diampuni.

Cahaya apa itu Ya Allah,
mengikat perut yang kelaparan dengan batu,
menahan kesakitan saat dilempar batu,najis dan segala macam cacian! makian!
baginda masih teguh,
masih boleh tersenyum.

Saat Jibril bertanyakan,
"Bukit yang mana yang engkau mahu aku lemparkan kepada mereka?"
Baginda menjawab,
"Tidak perlu ya Jibril,sesungguhnya mereka masih belum mengerti"
Jibril berkata lagi,
"Tetapi mereka meghinamu"
Baginda menjawab,
"Tidak megapa,jika mereka tidak mahu beriman,mungkin nanti anak-anak mereka akan beriman"

Cahaya apa itu Ya Allah,
tika termenung,tersenyum lalu menangis,
saat sahabat bertanya,
"mengapa baginda menangis?"
Baginda menjawab,
"Aku teringatkan umatku yang hidup di akhir zaman kelak,mereka tidak pernah melihatku,namun masih lagi setia bersolat dan beribadat serta cinta padaku."

Cahaya apa itu Ya Allah,
saat kewafatan baginda,
semua pintu syuga sudah terbuka,
singahsana yang indah sudah tersedia,
untuk menyambut roh yang mulia,
Baginda masih sempat bertanya "Apakah jaminan untuk nasib umatku?"
Jibrilmenjawab,
"Pintu syurga tidak akan dibuka untuk umat lain selagi umatmu belum memasukinya"
Baginda tersenyum gembira mendengar jawapan jibril itu.

Cahaya itulah yang tika hidupnya melabuh cinta buat umat,
Tika perginya menghampar seluruh alam dengan rahmat,
Cahaya itulah yang tidak pernah mengeluh,
Walau air matanya dari hening malam hingga ke subuh,
Cahaya itulah yang memberi cahaya pada mentari,
Yang memberi sinar pada hati.

Jangan pernah hilangkan cahaya itu dari hati kita,
Kerana cahaya itu sentiasa mahu terus menerangi jiwa.

Ya,cahaya itulah Muahammad Al-Mustofa,
Penyelamat manusia tatkala berada di juarang neraka,
Penyambut manusia tatkala tiba di pintu syurga.

Hidupkan sunnah baginda :) senyum 

Cinta Rasul, adakah hanya satu hari?



Bila menjelang 12 Rabiul Awwal setiap tahun, umat Islam seluruh dunia pasti akan menyambut satu hari yang agung. Hari di mana junjungan paling mulia Nabi Muhammad SAW dilahirkan.

Sesetengah masyarakat akan mengadakan sambutan-sanbutan meriah seperti berarak keliling kampung, mengadakan ceramah bertemakan Rasulullah, tidak kurang juga ada yang menceritakan sirah-sirah Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan pemangkin kepada generasi kini.

Tapi persoalannya, adakah orang-orang yang menganjurkan program-program ini benar-benar bertujuan untuk menunjukkan cinta, strong bonds of love towards Prophet Muhammad SAW?
Apabila diadakan malam cinta Rasul, ramai penonton yang menangis kerana rindukan Rasulullah. Tapi, keesokan harinya mereka kembali melakukan dosa seperti sebelumnya.

Adakah ini tujuan Nabi Muhammad bertarung nyawa, hanya untuk melihat umatnya mengingati Baginda hanya untuk satu hari?
Itu sahaja pengorbanan kita untuk bersama-sama Baginda di syurga?

Adakah hanya satu malam kita mengingati Nabi Muhammad SAW? Adakah dengan menangis sahaja dapat mengubah dunia? Adakah dengan tangisan satu malam sahaja dapat membangkitkan Islam? 


CUKUPKAH UNTUK MASUK KE SYURGA?

Memang benar kita tidak tahu berapa kebaikan yang diperlukan untuk masuk ke syurga. Tiada amaun yang mampu dikira oleh manusia untuk memperoleh syurga Allah yang amat indah. Tapi ingatlah Allah berfirman,

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. Itu menjadi janji Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakan yang lebih menepati janjiya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan, dan itulah kemenangan yang besar.”
 –Surah At-Taubah 9:111-



Allah akan membeli harta kemewahan yang ada di dunia dan ganjarannya adalah syurgaNya. Tapi sebelum Allah berikan semua itu, pasti hambaNya perlu memberikan yang terbaik untuk agama, untuk Islam. Persoalannya lagi, adakah untuk memberikan yang terbaik untuk Islam hanya dengan menangis sahaja? Bolehkan air mata mengubah dunia?

Jikalau setitis air mata mampu mengubah dunia, maka adalah tidak perlu untuk Baginda SAW bertungkus-lumus mengambil bahagian dalam peperangan untuk menegakkan Islam di bumi.  Ataupun Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya tidaklah perlu untuk mendaki bukit bersama kapal yang berat untuk menakluk Konstaninopel. Perlukah mereka?

Ana akan tetap meninggalkan persoalan ini untuk antum sendiri menjawab. Sebagai penutup, juga diberikan lagi satu persoalan.

JIKA ANDA BERADA DALAM ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW, APA YANG ANDA INGIN BERIKAN UNTUK ISLAM?

1.      Khalid Al Walid menghunus pedangnya
2.      Abu Hurairah menyumbangkan pemikiran dan ingatannya
3.      Ali menyumbangkan ilmunya
4.      Abu Bakar menyumbangkan kepercayaannya
                                                                           Kita ?

Adakah dengan tangisan kita cukup untuk menyumbang kepada Rasulullah SAW dan Islam? Jika sehingga kini kita masih belum menyubangkan apa-apa untuk Islam, BILAKAH KITA AKAN BERMULA MENYUMBANG UNTUK ISLAM?

Jadi, marilah sama-sama kita refleksi diri. Let us ponder to remember. Let us reflect to react.

Wallahu A’lam.



#SalamMaulidurRasul1436H
#BadarSMAI

 











03 January 2015

Di Manakah?

Assalamualaikum warahmatullah. Selawat dan salam buat rasul junjungan Nabi Muhammad SAW, sahabat serta keluarga baginda. InshaAllah kali ini perbincangan yang diketengahkan ialah soal DI MANAKAH RASULULLAH DI TANGGA HATI KITA?

Adalah amat sesuai di bulan Rabiul Awwal yang mulia ini untuk kita refleksi hati dan diri kita moga-moga kita berada bersama-sama Rasulullah kelak di syurga InshaAllah.

Baik, biasanya jika kita suka atau cinta akan seseorang itu, pasti kita akan ambil tahu segalanya tentang dia, apa yang dia suka dan apa yang dia tidak suka. Begitu jugak Rasulullah. Jika kita benar-benar cinta pada Rasulullah, apa yang kita lakukan untuk mendapat cinta Nabi?

Sejauh mana kita munafik dengan mengatakan kita cinta pada 

Nabi? Sekuat mana kita rindu pada Nabi dalam kehidupan seharian?

Jawapan semuanya terletak pada diri sendiri, tiada sapa yang nak menunding jari menyalahkan sesama sendiri.

Ketahuilah, sempurna kehidupan seseorang itu apabila dia meletakkan Allah no.1 dan Rasulullah di tangga kedua dalam hatinya. Itulah tanda kesempurnaan manusia!

Namun, tanya diri sendiri, antara nabi dan keluarga, mana yang kita sayang lagi? Antara nabi dan crush yang kita agungkan sangat tu, sapa lagi yang kita lebih sayang? Antara nabi dan harta, mana lebih kita cinta?

All the answers are in yourself. You have to think by your own how to reflect and react.


Belum selamat hidup kita kalau kita tak letak Allah first dalam tangga kehidupan dan Rasulullah di tangga kedua. Bagi orang beriman, tidak perlu dipaksa untuk berbuat demikian kerna orang yang beriman ini akan automatiknya akan meletakkan Allah yang paling atas kerna itu adalah kewajipan kita sebenarnya. Allah yang menciptakan hati dan perasaan . Justeru, ingatlah sahabat sekalian sebelum kita jumpa malaikat maut pastikan tangga pertama kecintaan kita kepada Allah, kedua kepada Rasulullah.

Selalu didengar kita berdoa,” Ya Allah berkatilah kehidupanku, ya Allah jadikanlah aku hamba yang soleh” Alhamdulillah sudah baik. Cuma adalah lebih baik jika kita menambah doa seharian kita dengan berdoa “ YA ALLAH, KURNIAKANLAH AKU HATI YANG CINTA PADAMU DAN RASULMU”.

Insha Allah setakat itu dahulu perkongsian kali ini. Ayuh, renovate balik hati kita, jadikan Allah nombor satu dan Rasulullah nombor 2 dihati kita dan barulah insan-insan yang lain InshaAllah.

Wallahu ‘Alam.




02 January 2015

NASIHAT ULAMA BERKENAAN ISU CRUSH DAN CINTA SEBELUM NIKAH

Assalamualaikum. Entri kali ini, mari kita selidik apa yang ulama2 pesan bab-bab cinta sebelum nikah ni. Hayati dengan mata hati, check balik diri kita, muhasabah dan beristighfarlah semoga Allah akan mengampunkan kita Insha Allah.


PERTAMA
Jami’ bin Mahuih bertanya, “ Apakah orang yang bercinta buta itu dosa?” Lalu Said bin Al-Musayyab, mufti Madinah pada zaman itu menjawab, “ Ianya tercela..” Lepas itu Said berkata, “ Demi Allah, tidak pernah seorangpun bertanya kepadaku tentang hal ini. Jika seseorang bertanya kepadaku hal ini maka jawapanku hanyalah seperti tadi..”

KEDUA
Imam Al Ghazali berkata “ Aku dapati, dalam bercinta terdapat banyak dosa besar”
Kenapa ?
Bayangkan , mula dengan crush, kita dah tak dapat menundukkan pandangan, stalk, usher dia bila lalu, fikir pasal dia, bayangkan dia dan lain-lain. BUKANKAH ITU SEMUA DOSA ?!

KETIGA
“ Orang yang mencintai sesuatu selain Allah ( lelaki/wanita), mahu tak mahu, cinta itu akan menyeksanya..” –Ibn Qayyim-
“ Kehinaan akan menimpa para pencinta. Akan tetapi, kerana dia sedang mabuk cinta, dia tidak akan merasakan kehinaan yang sedang menimpanya. Hatinya seperti burung yang berada dalam genggaman anak kecil yang mempermainkannya sesuka hatinya. Maka kehidupan orang yang bercinta adalah seperti kehidupan seorang tawanan perang.” –Ibn Qayyim-
“ Apabila seseorang itu mula mencintai, ,maka dia akan sibuk memikirkan orang yang dicintai sehingga dia KURANG FIKIR AKAN AGAMA DAN DUNIANYA” –Ibn Qayyim-



 KEEMPAT
Ada sekali, ada orang membawa seorang lelaki yang mati kepada Ibn Abbas. Lantas Ibn Abbas bertanya,

“ Kenapa lelaki ini mati?” Maka ramai yang menjawab, “ dia mati kerana TERLALU FIKIR PASAL CINTA..”
Maka Ibn Abbas berkata, “Semenjak dari peristiwa itu, setiap hari aku memohon perlindungan Allah dari terjebak dengan penyakit cinta ini.”


Ada seorang penyair menyebut.
HIDUP ORANG YANG BERCINTA,
PADA MULANYA HATINYA AKAN IKHLAS DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH,
PERTENGAHANNYA PENYAKIT,
DAN PENGAKHIRANNYA ADALAH KEMATIAN HATI,
DAN JASAD..

Sebagai intihanya, semoga dengan kata-kata ulama’ ini, kita dapat jelas bahawa betapa bahayanya jika kita sering melayan crush-crush dan langsung tiada usaha untuk melupakannya !


Ayuhlah kita berfikir balik. Banyak lagi tugas yang perlu diselesaikan di muka bumi sebelum kita meninggal. Memang benar itu fitrah tetapi kita perlu bijak mengawal supaya ia tidak menjadi fitnah dan membawa kebinasaan kepada kita kelak.


Wallahu A'lam.

              

Adakah anda orang yang sibuk?


Ada seorang ulama’, berguru kepada seorang ulama’. Selang beberapa lama kemudian,saat dia ingin melanjutkan pembelajarannya kepada guru lain, gurunya berpesan,
“Jangan tinggalkan bacaan Al-Quran, semakin banyak kamu membaca Al-Quran, urusanmu akan menjadi lebih mudah.
Dan murid itu melakukannya. Dia membaca Al-Quran 3 juz sehari, kemudian dia menambah lagi kepada 10 juz sehari. Dan urusannya semakin mudah. Siapa yang memudahkan urusannya?
ALLAH.
Dan waktunya juga semakin berkah. Apa yang dimaksudkan dengan berkahnya waktu? Maksudnya ialah apabila kita dapat melakukan banyak hal dalam masa yang sedikit.

THAT IS THE BLESSINGS OF AL-QURAN !

Banyakkanlah membaca Al-Quran, jangan terlalu memikirkan waktu kita yang sibuk. Sesungguhnya bukan kita yang mengatur waktu, tapi Allah.
Secara teorinya, kita rasa bila kita banyak menghabiskan waktu dengan Al-Quran, bermaknya kita mengurangi kegiatan2 kita yang lain. Hakikatnya , ia bukan seperti itu.
Sebenarnya lagi banyak membaca Al-Quran, Allah akan menjadikan waktu kita menjadi berkah. Waktu 24 jam yang diberi akan terasa panjang. Paling utama, berkat Al-Quran yang kita baca ini, pintu2 kebaikan akan dibuka. Kesempatan untuk beramal soleh makin terbuka untuk kita tanpa mengganggu urusan yang lain.

Ingat, jagalah hak Allah maka Allah akan menjaga hakmu.

Bukankah tujuan kita hidup di bumi ni hanya untuk mengejar Redha Allah? Cuba amalkan bacaan Al-Quran secara istiqamah. InshaAllah hidup akan menjadi lebih berharga.


Wallahu a’lam.