11 June 2015

Be prepared!

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kaifa halukum? Semoga semuanya sihat sejahtera di bawah jagaan Allah. InshaaAllah. Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan jari jemari ini untuk terus melakar tinta bagi menyentuh hati hati yang merindukan tarbiah. Alhamdulillah.

Ramadhan. Bulan yang sangat dinanti-nantikan oleh semua Muslimin dan Muslimat di seantero dunia. Mana tidaknya, bulan kita berpesta ibadah, bulan turunnya Al-Furqan, bulan yang terselit di dalamnya malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Masya-Allah.

Untuk pengetahuan pembaca semua, para ulama' salafus soleh yang terdahulu amat menantikan kehadiran bulan penuh barakah ni. Dari 6 bulan sebelum Ramadhan lagi, mereka telah bersiap sedia untuk menghadapi bulan ini. Wahh, hebat hebat.

Kita yang hidup di era yang serba moden ni, mungkin agak sukar untuk meniru cara para ulama' terdahulu menyambut Ramadhan. Tapi, tak salah mencuba. Yang sukar itu, kalau berjaya memang manis hasilnya.

Selalunya lah, umat Islam zaman ni, berharap cukup tinggi. Masuk Ramadhan, nak khatam 30 juzuk Al-Quran. Masuk Ramadhan, nak konsisten qiamullail. Masuk Ramadhan, takmau buang masa. Bermacam-macam agendanya. Tak salah. Tapi, alangkah ruginya bila semua benda yang dilistkan tu tak terlaksana. Bila baca balik segala list yang telah diplan, boleh setaraf dengan amalan para ulama'! Hebat hebat. Masya-Allah.

That's why, tak boleh mulut sahaja mengucap mudah. Praktikalnya yang utama. Tapi, macam mana? Practice makes perfect! Ingat! Godaan syaitan tak ada bulan Ramadhan ni. Tinggal lagi, nafsu kita mudah tak untuk dijatuhkan. How to practise? Kita start pelan-pelan. Dari Rejab, kita dah mula berjinak-jinak. Istiqamah bersedekah setiap Jumaat. Istiqamah puasa sunat hari Isnin dan Khamis. Istiqamah qiamullail setiap malam Jumaat. Istiqamah membaca Al-Quran setiap kali lepas solat fardhu dan waktu lapang. Istiqamah solat sunat rawatib. Eh, tak mustahil. Asalkan kita nak.

Ingat satu ni. Istiqamah itu hakikatnya lebih utama dari Karamah. Hadamkan. Tapi, err sekarang dah Syaaban. Tak pernah terlewat untuk berubah! Ingat apa yang Rasulullah pernah bersabda, even time huru-hara hari kiamat tu, dan ada biji benih dalam tangan, tanam! Jangan berdalih. Bila hati kata nak berubah, automatically, gerak. Jangan tangguh tangguh. Procrastination is the thief of time.

Semoga Ramadhan kali ini dapat melahirkan jiwa yang benar-benar bertaqwa. Come on guys! Daripada 365 hari, 30 hari je Allah suruh kita puasa. So, kita puasalah segala-galanya. InshaaAllah boleh! Di sini disertakan bersama link untuk satu video yang InshaaAllah bermanfaat hasil produksi Tarbiah Sentap. Sepatutnya pihak BADAR plan nak tayang waktu usrah banat Jumaat last day tu, tapi apakan daya. Perancangan Allah yang terbaik!

https://www.youtube.com/watch?v=4SXLO6yWk2s



04 April 2015

Coretan

Dalam hidup ini, ..


Ada bahagia, ada derita.
Ada senang, ada susah.
Ada tawa, ada nangis.

Allah bagi akal.
Allah bagi pilihan.
Cuma tinggal pada kita untuk ambil jalan mana yang baik.


Allah bagi panduan.

AL QURAN jawapannya.

Rasulullah SAW tinggalkan hadith.
SUNNAH ikutannya. 

Ingat sahabat,

Setiap satu masalah, cabaran mahupun kegembiraan yang kita hadapi, bukan kerana bijak pintarnya kita dalam menyelesaikan sesuatu perkara.

Kita manusia punya usaha.

Jalan penyelesaiannya hanya pada Allah.

Minta pada Allah untuk bantu selesaikan masalah kita.

Usaha la selama mana sekalipun, tapi kalau Allah tak datangkan penyelesaiannya, sampai mati pun masalah kita tak akan ada habisnya.


Hamba.




16 March 2015

Usrah, ini semua poyo! Bhgn II

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Alhamdulillah, Allah izinkan untuk terus berkongsi sedikit ilmu tentang usrah ni. Haa, haritu, kita stop dekat matlamat usrah kan? Baiklah hari ni jom kita explore apa yang penting sangat usrah ni. Check it out!

Kenapa Rasulullah mulakan dakwah islamiyah melalui usrah ek? Kenapa bukan ceramah ramai-ramai, bacaan kitab ke... ehek, memang ada kitab kan. Nak naikkan Islam balik pun, As-Shahid Imam Hassan al-Banna menggunakan pendekatan Usrah. Tak pulak kumpulkan semua pemimpin negara Islam, muktamar. Tapi sikit-sikit. Kenapa?

Baiklah, antum pernah dengar tentang maratib 'amal? Hok aloh, guna allughatul 'arabiyah pulak. Okay, relaks relaks. Perhatikan gambar di bawah. Ehemm, Individu Muslim, Baitul Muslim, Masyarakat Muslim, Kerajaan Muslim, Daulah Islam, Empayar Islam finally Ustaziyatul Alam. Whoah, dah macam sejarah. Haa, exactly sejarah! Ingat tak lagi masa zaman Khalifah Umar al-Khattab. Hebatnya beliau, Islam menaungi 2/3 dunia! Semuanya bermula dengan usrah.


Tanya pada diri, tak teringinkah aku untuk rasa Islam menaungi dunia bukan setakat 2/3 tapi seluruh dunia. Boleh bayang tak, bila berpolitik, cara Islam, bersosial cara Islam, berekonomi cara Islam. Pendek kata, hidup kita cara Islam. Remember, Islam is the way of life! Islam bukan sekadar nama yang diperlukan untuk fill in the blank agama kita. Tapi cara hidup yang telah Allah tetapkan. Allah cipta kita, He knows the best what we need. That's why Dia wahyukan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai manual hidup kita. Tapi macam mana? Tengok la dunia hari ni. Boleh istighfar ja.

Errmm, memang susah. Tapi sampai bila nak duduk di tampuk lama? Kita start dengan diri kita. Melalui usrah, kita islah diri kita. Pastikan 10 muwasafat tarbiyah tu dah sebati dengan diri kita. Err, muwasafat tarbiyah tu amende pulak dah? Check this out!




Haaa, baru faham. Tadi tu Bahasa Arab tinggi punya! Hmm, bila semua benda ni dah sebati dalam diri, seorang individu muslim telah pun wujud. Sepuluh kot! Takut satu pun tak terlaksana nanti. Slow slow lah. Nak syurga kena usaha. Allah dah kata, syurga tu dipagari dengan kesusahan. Tak tipu. Kalau kita check surah al-Anbiya': 2, Allah dah kata, macam manalah manusia ni boleh kata dia beriman, sedangkan dia belum diuji. Hmm, so don't worry. Mujahadah itu pahit, sebab syurga tu, Allahuakbar tak terbayang dek mata.

Bila individu muslim dah ada, ramai pulak, erm erm, klimaks dalam hidup. Kahwin laa. Wah, sebut pasal kahwin, for sure senyum. Suami muslim + isteri muslimah = anak muslim/ah. Bayangkan pulak banyak keluarga muslim ni, akan hasilkan pulak masyarakat muslim. Banyak-banyak masyarakat muslim akan lahirnya negara muslim. Seterusnya negara-negara muslim bersatu menghasilkan empayar muslim. Bayangkan Ustaziatul 'Alam di mana Islam menjadi gaya hidup setiap manusia dekat muka bumi ni. Wah, mesti best kan? Tengok semua manusia berpakaian mengikut syariat Islam, berikhtilat mengikut syariat Islam, ekonomi mengikut syariat Islam. Islam itu bersifat kemajuan. Kita ikut Islam, automatically kita maju.

Jadi, ayuhlah kita islah diri kita! Tak guna angan-angan Mat Jenin sahaja. Dalam masa yang sama, kita ajak orang lain berubah jugak. Takkan nak masuk syurga sorang-sorang? Jom semua! Fastabiqul Khairat!


08 March 2015

Usrah, ini semua poyo! Bhgn I


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Usrah. Bila terdengar sahaja perkataan ni, apa yang terlintas dalam fikiran antum?

"Usrah untuk orang baik-baik je"

"Usrah bosan. Mengantuk!"

"Usrah..erm. Apa benda tu?"

Eh, eh. Okay, baiklah. Usrah ni, ialah satu perkataan dalam bahasa syurga yang bermaksud, 'KELUARGA'. Sistem usrah ni sebenarnya telah lama dijalankan. Sejak zaman Rasulullah lagi. Kalau boleh disimpulkan, maksudnya kalau kita join usrah ni, kita dah amalkan sunnah bagindalah ye.

Okay, sebelum kita pergi jauh tentang usrah ni, jom kita check it out dulu, sejarah usrah ni. Usrah pertama bermula di rumah al-Arqam bin abi al-Arqam. Masa ni, Islam disebarkan secara rahsia. Untuk mengelakkan tentangan hebat dari Musyrikin Quraisy, Allah memerintahkan agar Islam disebarkan secara rahsia dahulu. Dari sinilah, semakin ramai penduduk Mekah mula tertarik dengan ajaran Islam terutamanya golongan hamba. Kenapa? Sebab kan dalam Islam tiada perbezaan taraf antara kita semua. Yang tu merupakan salah satu faktor. Banyak lagi faktor yang lain dan sememangnya antum telah pelajarinya dalam silibus pelajaran kita.

Macam yang kita semua tahu, masa zaman Rasulullah ni lahirnya insan yang hebat. Jom kita list tengok,

-Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq
-Saiyidina Umar al-Khattab
-Saiyidina Uthman bin 'Affan
-Saiyidina Ali bin Abi Talib
-Saiyidina Khalid al-Walid
-Saiyidina Mus'ab bin Umair

Ya Allah, kalau list semua, berapa page pun takkan habis. Memang ramai sahabat nabi yang hebat. Semuanya bermula dengan usrah ni. Dari usrah di rumah al-Arqam bin abi al-Arqam, Rasulullah teah menerapkan nilai aqidah dalam diri sahabat. Mantap aqidah, maka mudahlah untuk mereka menerima segala syariat yang Allah tetapkan.

Tapi, hidup ni ibarat roda. Sekejap di atas sekejap di bawah. Zaman khalifah jatuh dek orang dalam yang mengkhianati. Segala yang dikecapi, musnah begitu sahaja. Aqidah sudah tidak seutuh mereka yang terdahulu. Ibadah bagai retak menanti belah. Akhlak apatah lagi. Kita hidup dalam acuan yang tidak baik. Tapi bukan semua.

Orang Islam tika itu yang punya kesedaran, tidak boleh duduk diam. Mereka punya perancangan. Masakan kejayaan hanya pada waktu dahulu. Kita punya Al-Quran, as-Sunnah. Selagi berpegang pada dua ini, takkan tersesat kita. Di Mesir, Imam Hassan al-Banna telah menubuhkan Ikhwanul Muslimin. Menggunakan sistem usrah pada zaman Rasulullah, beliau turut menerapkannya dalam jiwa ahli-ahli Ikhwanul Muslimin ini. Antum jangan salah faham. Pada ketika ini, Ikhwanul Muslimin hanya bergerak atas dasar persatuan semata-mata. Jangan salah faham okay. Buka minda buka hati.

Sekarang, sistem usrah giat dijalankan. Bukan sekolah kita je yang ada usrah ni, SMKA lain pun ada. Dan kebanyakan sekolah lain pun dah cuba berjinak-jinak menjalankan usrah ni. Hah, bukan sekolah sahaja yang jalankan sistem usrah ni. Dekat universiti pun, ada yang jalankan usrah ni sama ada memang ada dalam sistem universiti itu, atau pun sendirian berhad. Usrah, apa matlamat sebenarnya? Okay, kita akan sambung dalam entry yang akan datang. Wallahu'alam. Ila lliqa'. :)

18 February 2015

Sejarah 14 Februari



Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Bulan ni bulan Februari kan? Sahabat2 rasa apa yang special bulan ni??

HARI KEKASIH?  *menguap*

Ramai dalam kalangan kita beriya-iya menyambut Hari Kekasih atau dikenali sebagai Valentine’s Day. Tapi ramaikah yang tahu sejarah sebenar Valentine’s Day? Jadi, InshaAllah entri kali ini berkenaan VALENTINE’S DAY.


Terdapat 3 pendapat berkenaan asal-usul Valentine’s Day :


1.      Valentine’s Day bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Pada hari berikutnya , 15 Februari telah diadakan Pesta Lupercalia iaitu pesta tradisi orang Rom. Pada malam tersebut, nama-nama gadis Rom akan ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya sepanjang pesta berlangsung. Eww!

2.      Pada 14 Februari 270 masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi diperintah oleh Raja Claudius II . Pada waktu itu, Raja Claudius II telas membatakan semua perkahwinan kerana Rom terlibat dengan banyak peperangan.Menyedari hal itu, St. Valentine dan St. Maurius telah mengahwinkan orang Kristian secara rahsia-rahsia. Akibat perbuatan itu, St. Valentine dihukum dengan belantan sehingga mati dan dipenggal kepalanya. Maka 14 Februari dijadikan upacara keagamaan bagi mengingati St. Valentine.


3.      Valentine’s Day diambil daripada nama paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol iaitu St. Valentine. Status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Sewaktu kerajaan Sepanyol Berjaya menumpaskan Islam, St. Valentine menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan seorang pengamal protestan. Maka timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan paderi katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal protestan. Tindakan St. Valentine itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella lalu memenjarakannya. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari kekasih untuk St. Valentine sendiri.


 Daripada sejarahnya pun kita dapat membuat kesimpulan bahawa baik atau tidak menyambut Hari Valentine ni kan? Namun, ada juga suara-suara yang akan bercakap,

 " Itu tak penting. Yang penting sekarang dah moden, kenalah sambut. Kalau tak sambut, kolotlah !"

Sahabat-sahabat tak ingat ke firman Allah dalam Surah al-Isra 17:36 ?

" Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak ketahui 

tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati,

semuanya akan diminta untuk bertanggungjawab. "


Gulp !

04 February 2015

Renungan bersama

Entri kali ini dipetik daripada kumpulan usrah admin. InshaAllah ilmu yang bermanfaat haruslah dikongsi.-

Bismillah.


Insyallah, kali ini, saya akan ulas secara serius, kenapa KPOP haram. Sebelum saya nak ulas dengan lebih panjang tentang isu kpop ni, saya nak “pangkah” sikit golongan-golongan yang takde ‘common sense’ dan langsung tak pandai fikir apa yang sepatutnya perlu di fikir.


Iaitu, golongan yang selalu “membandingkan satu dosa dengan dosa yang lain untuk mempertahankan dosa.” Mereka suka“membandingkan satu dosa dengan dosa yang lain” supaya orang menganggap bahawa dosa yang dia buat tu tak patut di tegur, dan dosa yang lain lebih berhak di tegur, lantas, mereka pun terus buat dosa.


Contohnya:


“Apahal kau asyik tegur kpop je? Habis tu, lagu melayu yang tak tutup aurat peluk cium bagai kau tak tegur??”


“Apahal kau asyik tegur perempuan yang tudung labuh tapi ikhtilat je? Habis tu, perempuan yang tak pakai tudung siap couple bagai tu kau tak nak tegur ke?!”


“Isu sentuh anjing kau kecoh, apasal isu sentuh bukan mahram kau tak kecoh?!”


Banyak lagi sebenarnya. Sebenarnya, orang macam ni, mereka sebenarnya kelakar. Sebenranya,yang dosa itu dosa. Jangan pertahankan dosa dengan membandingkan ia dengan dosa yang lain.



So, kembali kepada TOPIK. Saya nak nyatakan 6 sebab kenapa KPOP haram. Tapi, di sebabkan ramai tanya:


“Takkan kpop je? Habis lagu Justin bieber, Lagu Katy Perry blab la bla lagu melayu blab la takkan tak haram?”


Maka, bagi meraikan semua orang, berikut adalah HIBURAN yang HARAM, tak kisahlah melayu ke korea ke bangla ke jepun ke inggeris ke arab ke, jika ada unsur ini, maka HARAMLAH IA.


1) Unsur cinta.

2) Unsur mempromosi pergaulan bebas dan ikhtilat.

3) Unsur aurat.

4) Unsur Seks sikit atau banyak.

5) Unsur Syirik.

6) Unsur menghina islam.

7) Unsur mengagungkan arak.

8) Dan segala unsur negative yang boleh mempengaruhi orang yang melihatnya.


Ada salah satu dari unsur ni, maka, haram. Ingat, bukan semua hiburan tu halal. Ada hiburan yang haram! Seperti mana bukan semua makanan tu halal. Ada makanan yang haram! Begitu juga minuman, bukan semua minuman tu halal, ada minuman yang haram!



Saya KHUSUSKAN kpop sebab kpop/korea 1000 kali ganda lebih menular di kalangan mahasiswa berbanding yang lain. Dan sape yang rasional, dia akan boleh kaitkan dengan semua hiburan yang sama jenis dengannya tak kiralah hindustan ke, bangla ke, melayu ke dan lain-lain...


Maka, yang haram, jauhilah!


MENGAPA KPOP, DRAMA KOREA DAN SEANGKATAN DENGANNYA HARAM?


Tanpa membuang masa, saya nak senaraikan dalil dari Alquran dan hadith, serta kata-kata Ulama’ sebagai hujah. Buka mati dan hati, ketepikan nafsu dan ego, hilangkan kesombongan dan takabbur, baca, dan, muhasabahlah!


SEBAB PERTAMA: DI DALAMNYA ADA UNSUR HARAM.


Di dalam lagu-lagu kpop, tak kisahla band lelaki atau perempuan, di dalamnya ada unsur haram. Maka, hukumnya haram.


1) Haram pada penampilan mereka!


Band perempuan, pakai seksi gila bapak, pastu menari macam apa bajet cute, terlompat-lompat bagai. Sampai masuk surat khabar, seorang penari kpop perempuan perut sneak sebab time buat show menari-nari, tergelincir, jatuh, pastu sakit, senak perut, masuk hospital. Apa ke gerun. DAN, band lelaki pula, dengan rambut di “colour”kan, ada yang pakai rambut palsu dan sebagainya. Saya malas nak ulas, rasa semua dah tahu, 90% artis korea telah membuat pembedahan plastik.


Soalan saya:


“Adakah mengubah wajah itu Allah redha? Adakah pakai rambut palsu itu Allah redha? Adakah colourkan rambut itu Allah redha? Adakah pakai seksi-seksi tu Allah redha? Adakah menari berjoget bagai tu Allah redha? Adakah itu semua bukan maksiat??!”


Jangan bagai alasan:


“Alah, mereka kafir, apa salahnya??”


Kalau macam tu, tak salah la kalau orang kafir berzina, membunuh, merompak, rogol orang, minum arak bagai? Sebab mereka kafir? Mana ada! Orang kafir ke orang islam ke, jika dia buat benda yang Allah murka, kita kena tegur! Hatta, ulama' menyebut:


"Barangsiapa yang redha dengan kekafiran, maka dia juga menjadi kafir!".


Hati-hati beb.


Kesannya? Bila ramai tengok kpop drama korea bagai, maka:


a) Ramai wanita islam yang rasa MALU dengan wajah mereka, mereka rasa diri mereka tak cantik kerana mereka bandingkan diri mereka dengan wanita-wanita korea. Lantas, di sebabkan itu, mereka make up muka mereka, pakai seksi-seksi, semata-mata untuk kelihatan cantik. Yang muka tak cantik dan buruk, mereka sedih, rasa down, tiada keyakinan diri, da nada yang bunuh diri. Padahal Allah tak pandang pun wajah. Dan actually, manusia pun tak pandang sangat wajah ni.


Berapa banyak lelaki tak hensem dapat kahwin dengan perempuan cantik. Berapa ramai perempuan tak cantik dapat kahwin dengan laki hensem. Berapa banyak kes laki hensem kahwin dengan perempuan cantik gila, tapi cerai. Kes cerai pun setahun 27,000. Means, setiap 1 jam, 3 orang bercerai.


b) Ramai lelaki yang terikut-ikut fashion rambut, fashion baju pakai ketat-ketat, warnakan rambut, pakai rambut palsu semata-mata nak Nampak macho, padahal tak macho pun.  Banyak lagi kesannya.



2) Haram pada liriknya.


90% Lirik dalam lagu-lagu kpop adalah berunsur cinta, mempromosi seks seperti “kiss”, “hug” dan sebagainya, mempromosi  pergaulan bebas, mempromosi couple dan sebagainya. Walaupun korang dengar tu korang tak faham, tapi, tak faham tu lah yang BAHAYA bila dengar. Sekali dia kutuk Allah atau kutuk nabi macamana?


Kenapa tak boleh dengar lirik-lirik yang ada unsur haram ni?


Kerana, apa yang kita dengar, benda tu yang akan masuk dalam FIKIRAN. Bila kita dah selalu fikir benda tu, ia akan meresap dalam HATI. Bila dah meresap dalam hati, maka ia akan membuahkan AMAL.


Contoh, kalau hari-hari kita dengar pasal cinta, cinta, cinta, cinta, maka, kita akan mula rasa nak bercinta dan tak rasa bahawa bercinta tu salah. Dan akhirnya, kita pun startlah cari couple, dan rasa malu kalau tak couple.


Kalau hari-hari dengar pasal seks, seks, seks, cium, cium, cium, maka, kita akan terasa nak buat benda tu. Sebab tu, cuba korang interview budak-budak yang terlanjur. Cuba tanya dia, minat kpop tak? Minat drama korea tak? Nescaya diorang akan kata, diorang minat. DAN, itulah PUNCA mereka rasa teringin nak berzina.


Sebab tu lah, Ustaz Nouman Ali Khan ada sebut bahawa:


“Lagu-lagu yang ada unsur haram adalah pornografi bagi telinga…”


Maka, kesan bila kita banyak dengar lagu yang liriknya macam ni, sampai satu tahap, kita akan rasa NORMAL bila buat benda-benda dosa. Kita tak rasa couple tu salah. Kita tak rasa bercinta sebelum nikah tu salah. Kita tak rasa apa-apa bila tengok orang buat maksiat couple depan amta kita. Kita anggap benda tu semua NORMAL dan takde apa hal.


Ketahuilah, merasa NORMAL dengan dosa adalah tanda hati rosak, hancur lebur, dan berkecai.


3) Haram pada official videonya.


Mustahil kalau korang kata korang dengar kpop, tapi tak pernah tengok official video dia. Kalau korang tengok official video dia, dalam tu kan banyak pergaulan bebas? Laki pegang perempuan, aurat gila bapak, cium pipi, menari sini sana. Tak ke haram?


So, ini semua adalah sebab pertama, iaitu, kpop haram kerana di dalamnya ada unsur haram. Jom, pergi ke point kedua.


***


SEBAB KEDUA: TAK CEGAH MUNGKAR.


Sebelum saya nak hurai sebab kedua ni, saya nak korang semua bukak mata dan baca hadith ni 27 kali sampai faham. Baca, baca!


عن أبي سعيد الخدري قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه ، وذلك أضعف الإيمان


( رواه مسلم )


Dari Abu Said Alkhudri meriwayatkan bahawa, nabi saw bersabda: “Barangsiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia ubah dengan TANGAN. Jika tak mampu, maka ubahlah dengan LISAN. Jika tidak mampu, maka ubahlah dengan HATI, dan itu (ubah dengan hati) adalah selemah-lemah iman…”


(Hadith riwayat Muslim)


Apa yang korang faham dari hadith kat atas?


Biar saya hurai satu persatu hadith ni bagi korang faham.


1) Bila kita Nampak maksiat depan mata, bila kita Nampak benda haram yang orang buat, tak kisahla orang tu kafir ke islam ke, maka, kita WAJIB TEGUR. Wajib! Sekurang-kurangnya kalau tak mampu, kita kena tegur dengan HATI.


2) Apakah yang di maksudkan dengan “ubahlah dengan hati”?


Ubah dengan hati itu ada 3:


a) Benci maksiat tersebut.

b) Jauhi maksiat tersebut.

c) Berazam untuk ubah maksiat tersebut jika kita mampu.


3) Bermakna, jika kita Nampak satu maksiat, kita tak rasa apa-apa, tak rasa benci, kita tak jauhi, means, kita takde iman! Kerana, mencegah dengan hati adalah selemah-lemah iman!


So, back to the point dengan topic kita. Bila kita tengok kpop, kita tengok benda-benda haram yang mereka buat, pakaian mereka, lirik mereka, pergi konsert mereka, tengok drama, tengok mereka pegang-pegang tangan dan cium, siap nangis, siap ketagih, lepas satu drama, next drama sampai berpuluh drama tengok, berates episode khatam, ADAKAH KITA ADA IMAN??!!


Takkan tak rasa apa-apa bila tengok maksiat yang mereka buat? Siap kita jadikan hiburan lagi tu? Apakah ini semua?!


Sepatutnya, kalau kita ada iman, bila kita “ter”tengok kpop or drama bagai, kita kena rasa benci, kemudian kita jauhi, dan kita berazam untuk nak ubah mereka jika kita mampu. Contohnya, tengok Lee Min Ho berlakon. Kita kena rasa benci dengan maksiat tu, kita kena jauhi benda tu, dan kita kena berazam untuk tegur Lee Min Ho dan dakwah dia bila kita mampu nanti.


Jika tidak, kita di kira tiada iman, kerana selamah-lemah iman adalah mencegah dengan hati!


Clear? Jelas? Faham? Terbaik…


****


SEBAB KETIGA: TAK TUNDUK PANDANGAN


Okay. Sebab ketiga ni, saya nak bagi ayat quran sikit. Sebab ada orang kalau kita tak bagi ayat quran, dia tak nak terima teguran kita. So, saya bagi ayat quran, fahami. Kalau boleh hafal, hafal!



‏‏قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا


‏النور‏:‏ 30-31


“Katakanlah kepada LELAKI beriman, TUNDUKKANLAH PANDANGAN mereka, dan peliharalah kemaluan mereka. Itu lebih menyucikan mereka. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka lakukan. Dan katakanlah kepada WANITA beriman, TUNDUKKANLAH PANDANGAN mereka, dan peliharalah kemaluan mereka, dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada yang biasa (yang bukan aurat)…”


(Annur: 30-31)


Wahai kawan, bila kita tengok ayat ni, Allah bukan suruh lelaki je tunduk pandangan. Tapi, perempuan pun kena tunduk pandangan beb! Perempuan pun kena tunduk pandangan!


Tapi, hari ni, bila lelaki usha perempuan, bila lelaki tengok video lucah, bila lelaki tengok official video Katy Perry bagai, bila lelaki letak profile picture perempuan kat FB dia, komfem lelaki tu akan di pandang MIANG, tak malu, nafsu tinggi dan sebagainya.


Tapi, bila perempuan tengok artis korea, tengok justib bieber tak pakai baju, siap like dan share, tengok One Direction, pastu share-share gambar tu, siap ada yang letak gambar artis lelaki kesayangan mereka kat wallpaper henset dan sebagainya, tak siapa anggap benda tu salah! Tapi, kalau kita relatekan balik dengan lekaki tadi, seperti mana lelaki tu akan di anggap miang kerana tak tunduk pandangan, macam tu juga perempuan di anggap miang, nafsu tingga tak malu bila mereka usha lelaki!


Ingat video lucah je ke haram? Ingat nak tunggu naik syahwat baru haram? Sejak bila syarat haram ialah kena naik syahwat?


Kalau macam tu, bila kita tegur kawan kita yang selalu usha, bila kita tegur, nanti dia jawab:


“Weh, apa salahnya? Aku tak naik syahwat beb!!”


Apa kita nak jawab?


Sebab tu, islam ni cantik. Dia cegah dari awal. Kalau tak, timbullah golongan-golongan yang menggunakan alasan “tak naik syahwat” untuk memuaskan nafsu syahawat mereka.


****


SEBAB KEEMPAT: SUPPORT MAKSIAT


Bila kita tengok video kpop or drama korea dan yang seangkatan dengannya, maka, secara tak langsung, dan secara tak sedar, kita dah SUPPORT maksiat yang mereka lakukan. Sekali tekan kat youtube, views video tu akan meningkat, bila views meningkat, mereka akan popular dan dapat duit. Tu belum kita kalau LIKE mereka kat Facebook, follow mereka di twitter dan instagram.


Lagi pelik, siap beli album artist u, beli DVD drama tu, beli kat itunes. Kemudian, duit untung album semua tu, artis-artis tu akan meneruskan maksiat mereka denganrasa bangga di sebabkan ada orang support. Lagi lagi pelik tahap kritikal, pergi konsert mereka, bayar berates-ratus ringgit!


Apakah semua ini?!


Allah ada sebut banyak dalam quran, betapa Allah MURKA bila kita support dan REDHA dengan maksiat yang mereka lakukan. Bacalah, baca!


وَلا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ

هود:113


“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim (yang melakukan maksiat) yang akan menyebabkan kamu masuk neraka!”

(Hud ayat 113)


قَالَ رَبِّ بِمَا أَنْعَمْتَ عَلَيَّ فَلَنْ أَكُونَ ظَهِيراً لِلْمُجْرِمِينَ


[القصص:17]


“Musa berkata: ‘Ya tuhanku, demi nikmat yang telah Engkau anugerahkan kepadaku, aku sekali-kali tidak akan menjadi PENOLONG bagi orang-orang yang melakukan dosa!!”

(Alqasas ayat 17)


Banyak lagi ayat. Nak kata, bila kita support, bila kita dengar, tengok, pergi beli album, pergi konsert, sebenarnya ia menandakan kita redha dengan maksiat yang dia lakukan, sekaligus kita telah MENOLONG mereka untuk meneruskan dosa!


Ingat ini dosa kecil? Ingat ini dosa kecil ke wahai kawan?


Ingatlah kata-kata ini:


“Apabila kita REDHA dengan maksiat yang di lakukan oleh orang lain, itu juga merupakan satu maksiat…”


***


SEBAB KELIMA: KITA BERSAMA DENGAN ORANG YANG KITA CINTAI


Seperti biasa, sebelum saya nak ulas dengan lebih lanjut, hayatilah hadis nabi. Korang kan kata korang cinta nabi, so, hayatilah hadis nabi dan amalkan. Kalau cinta nabi la…


أنت مع من أحببت


“Engkau bersama orang yang engkau cintai (di akhirat kelak)”.

(Hadis riwayat Muslim)


Jika kita cinta nabi, kita akan bersama nabi. Jika kita cinta Lee Min Ho, atau artis EXO, SNSD bagai, kita akan bersama diorang kat akhirat nanti. Kalau diorang masuk neraka, kita akan bersama mereka. Tapi jika cinta nabi, cinta ulama’, cinta orang soleh, kita akan bersama mereka di akhirat kelak.


Ingat, cinta ni kena ada bukti. Orang yang cinta rasul, takkan cinta artis kpop bagai.


***


SEBAB KEENAM:  LALAI DARI AGAMA


Bab ni best. Ramai yang tengok drama korea jepun bagi, or dengar lagu-lagu yang ada usnur haram semua tu, bila kena tegur, depa akan jawab:


“Apa salahnya? Aku tak lebih-lebih. Aku tak lalai! Aku masih solat dan baca quran…”


“Ala. Aku bukan lebih-lebih pun. Walaupun aku tengok runningman setiap hari, aku still komit ikut usrah, katibah daurah semua aku pergi. Aku tak lalai!”


Jawapan saya kepada orang yang macam ni ialah:


“Korang penipu! Penipu besar! Korang sebenarnya lalai! Bohong!”


Kenapa saya kata korang penipu?


Korang kata koang tak lalai dari agama? Apa korang ingat agama ni solat sahaja ke? Soalan saya:


1) Berapa juzuk quran kau dah hafal? Kau baca quran 1 juz sehari ke tak? Bagi can sikit, berapa kali kau dah khatam quran? Bagi can lagi, kau baca quran lancar ke  tak? Ke baca masih tersekat? Kenapa korang tak guna masa berjam-jam korang tengok korea bagai tu untuk kuasai quran??


2) Solat korang amacam? Full 5 waktu berjemaah kat surau (bagi laki) dan awal waktu (bagi wanita)? Jangan cakap kau solat tak full. Agak-agakla. Rukun islam kot. Belum masuk bab solat sunat. Qiamullail, tahajud solat taubat semua korang buat hari-hari tak? Ke dah bertahun tak solat tahajud? Pergh…Kalau korang guna masa berjam-jam tu untuk solat, kan bagus?


3) Kitab apa yang korang dah habis baca? Buku sirah apa yang korang dah habis baca? Kitab sirah raheeq makhtum dah baca? Kitab fiqh sirah Albuti dah habis baca? Kitab sirah duru wa ibar dah habis baca? Kat cinta nabi, kenapa sirah pun tak baca? Belum masuk kitab dakwah. Dah baca almuntolaq, dah baca fiqh dakwah, dah baca majmuat rasail blab la bla?? Kalau korang guna masa berjam-jam tengok korea bagai tu untuk baca buku, komfem korang dah alim dah.


4) Exam korang skor tak? SPM berapa A dapat? STAM mumtaz ke tak? Kat universti, dapat 3 pointer ke atas tak? Lepas tu tak puas hati dengan PTPTN bagai padahal korang bukan belajar betul-betul pun. Kalau korang guna masa berjam-jam tengok korea tu untuk belajar, komfem korang jadi genius.


5) Dakwah dan tarbiah buat tak? Dah berapa ramai orang berubah di sebabkan kau? Ke sorang pun takde? Kalau korang guna masa berjam-jam tengok movie semua tu untuk dakwah tarbiah, mesti kau dapat hidupkan hati ramai orang!


Tapi, persoalannya, adakah kita buat semua benda tu? Kita tak buat! Kenapa kita tak buat? Sebab kita LALAI! So, jangan nak menipu diri sendiri!


***


PENUTUP


Beginilah..


Kepada semua pencinta, peminat dan penyokong KPOP, drama Korea Jepun, Melayu, Indonesia, Cina, Tamil, Siberia, Eskimo, Arab Bersekutu, hatta drama Alien workshop sekalipun kalau ada.


Kami nak tanya korang.


Apa rujukan hidup korang?


Kalau rujukan korang al Quran dan as Sunnah, ok kita sama.


Disebabkan rujukan hidup kita sama, saya nak tanya korang sekali lagi.


Bagi kami 5 hujah kalau comel berserta dalil kenapa KPOP, drama-drama semua sekali, dan semua yang berkaitan dengannya, korang PERTAHANKAN? Sebab kami assume, kalau korang pertahankan, maksudnya korang nak kata bahawa ia adalah HARUS, boleh tengok dan mungkin boleh bagi manfaat pada umat Islam.


Korang boleh bagi 5 hujah kukuh dan dalil, kami akan DELETE semua post kami tentang kpop, dan tarik balik statement2 kami.


Kita berprinsip atas nama kebenaran. Kalau kami salah, kami akan tarik balik walaupun orang kata kami jilat ludah sendiri. Peduli apa, dah kami salah. Akui je la, buat apa kami nak pertahankan kesalahan kami.


Dan kami minta dalil bukan sebab kami pandai or bajet bagus, tapi inilah PRINSIP seorang MUSLIM.

Saya dah berikan 6 dalil untuk menguatkan HUJAH saya mengatakan KPOP, drama, movie bagai yang ada unsur haram tak kisahla bangsa apa sekali pun, sebagai HARAM. Saya dah berikan hujah.


Saya yakin. Dakwah ini, apabila kita berterus-terang, maka akan ada 3 kelompok:


1) Orang yang terima dan berubah

2) Orang yang tak terima dan menentang

3) Orang yang tak rasa apa-apa.


Kerana itu, saya harap, moga kalian semua berada di dalam golongan yang pertama. Dan, kepada yang menentang, sila berikan dalil dari ayat quran dan hadis untuk mempertahankan apa yang korang buat.


Ingat, agama ni bukan ikut akal, tapi wahyu.


Akhir sekali, saya yakin, semua orang nak berubah. Insyallah, ada masa, saya akan kongsikan bagaimana cara nak tinggalkan ketagihan mendengar lagu-lagu yang ada unsur haram dan juga cara nak tinggalkan ketagihan drama, movie, anime dan juga video lucah.


Moga bermanfaat, dan, moga Allah ampunkan kita semua!


Jika Umar Alkhattab pun boleh berubah, tak mustahil, kpopers juga boleh berubah. Saya yakin dan percaya, hidayah Allah itu boleh datang kepada siapa-siapa sahaja. Dan, Allah boleh tarik hidayahNya dari siapa-siapa yang Dia nak..


Wallahua’lam.

10 January 2015

Peringatan bersama.

KESIMPULAN YG BOLEH DIAMBIL DALAM KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW. 

1. Jangan mengambil hak orang lain serta jangan menyakiti sesiapa semasa hidup di dunia ini.

2. Allah swt telah mengharamkan riba.
Maka seboleh mungkin perlu dijauhi dan jangan terlibat dgn urusan riba.

3. Berhati2 dgn tipu daya syaitan. Kerana syaitan itu sangat licik dan jarum nya terlalu halus.
Sehinga kita tidak terasa akan hasutan nya.

4. Jaga orang perempuan baik2 dan berlembutlah dgn mereka.
Berikan hak2 mereka. Sama ada ibu, isteri atau pun anak2 kita.

5. Bersungguh sungguhlah menegakkan rukun islam yg lima.

6. Semua org muslim adalah bersaudara. Hanya taqwa dan amal soleh sahaja yg membezakan darjat dan kemuliaannya.

7. Berhati2 dalam setiap tindakan yg dilakukan semasa hidup di dunia ini.
Pastikan tidak melangar peraturan yg digariskan dalam Al Quran dan sunnah.
Kerana kita semua pasti akan di pertangung jawabkan atas setiap perkara yg kita lakukan di depan mahkamah Allah di Masyar nanti.

8. Nabi Muhammad saw adalah nabi yg terakhir. Tiada lagi wahyu baru yg akan turun selepas ini.
Sampaikan kepada manusia lain akan ajaran ini tanpa perlu ditokok tambah atau di kurangkan.
Kerana tiada lagi manusia yg lebih sempurna amal ibadahnya selain nabi saw.

9. Nabi saw meningalkan kepada kita 2 perkara. Iaitu Al Quran dan Sunnah.
Barang siapa yg berpegang teguh pada nya. .. pasti tidak akan tersesat
selama2nya.

10. Sebarkan dakwah berterusan kepada semua manusia.
Nabi saw mendoakan agar org2 yg terkemudian lebih memahami akan apa yg di maksudkan nya..



Wallahu A'lam.

07 January 2015

Mengaku salah, susah ke?

Adalah kehebatan kita dalam memberi kritikan, mencari kesalahan orang lain. Tapi, kita sendiri gagal untuk mencari kesalahan sendiri dan cuba mencari alasan untuk kelihatan benar. Bak pepatah ’menegakkan benang yang basah’ kan?
Kadang-kadang bila buat salah, akan timbul lah satu ‘sense’ akan membuat kita sentiasa nak betul. Susah sangat bagi kita untuk ungkapkan “ saya minta maaf”, “memang salah saya”. Kenapa? How does it feel to be wrong? Apa kita rasa?

“Memalukan la !”
“Tak macho la mengaku salah. Nanti Jemylah tau malu lah!”
“ Rasa annoying tau dak bila org tegur. Dia bagus sangat ke ? Nak bash ah!”

Actually, we love to live a life of illusions full of correctness.  Sentiasa nak betul. Betul kan?
Paling tak pun kita akan cakap, “BIASALAH MANUSIA, ALWAYS MAKE MISTAKES.”
 *tangan dibahu mata keatas*

But the question is, how many people do really understand what it takes to be a human and learn to admit their mistakes? 
Hamba Encik Ego atau hamba Allah? Sifat ego, sombong, perasan bagus semua ini berkait rapat. Kait dengan apa?
Berkaitan dengan perkara yang membuatkan kita tak nak mengaku kesalahan kita.
Kalau dilihat dunia kini pun, berapa ramai yang sanggup membunuh kerana sifat ego, kerana ingin menegakkan kebenaran, fitnah-memfitnah berlaku apabila seseorang ingin memperbetulkan mereka.

Ingatlah wahai antum yang membenci kezaliman, bila kita ego, sombong, sifat buruk akan terus membesar dalam diri kita dan boleh jadi cahaya dalam hati kita akan menjadi gelap. Apa lagi yang tinggal bila hati dah hitam? What is left for Allah?
Hah, jadi kita mestilah latih diri kita untuk jadi rendah hati untuk semua orang. Kita sebenarnya hidup untuk kepuasan kita atau kepuasan melaksanakan perintah Allah?
Ana ambil sebagai contoh, kalau ada orang tegur kita online, walaupun dalam bahasa agak kasar tapi tak keterlaluan, sepatutnya kita kena cuba jugak untuk terima. Cuba rasakan dalam hati,

  •        Mungkin dengan comment ni, Allah bagitau aku sesuatu yang aku kena fikir balik
  •       Mungkin betul dan mungkin salah apa dia tegur, tapi apapun aku kena terima dan refleksi diri balik.     kadang2 aku tak sedar apa aku buat ni salah.


Haa, mudah kan? Instead of thinking “who is he to correct me?” don’t dwell this attitude towards ourselves, just take the good or even bad advice.
Dalam Quran membuktikan orang yang sombong, ego tidak disukai Allah. Cer kita renung firman Allah dalam Surah An-Nahl:23

“ …...Dan Allah tidak menyukai orang yang sombong.”

Dan juga dalam surah yang sama tapi ayat ke 29

“ Maka masuklah dari pintu-pintu neraka Jahannam, dan kekal di dalamnya. Maka amat buruklah tempat orang yang menyombongkan diri itu.”

Nauzubillah !

Penutupnya , ingatlah kita hidup untuk menyembah Allah, bukan untuk menjadi hamba nafsu.

Learn to take the good and leave the rest.
Learn to lower our wings of ego.
Learn to be humble at all.
Ask ourselves, do we want to follow the steps of Firaun?


Wallahu ‘Alam



06 January 2015

Gambaran sudah tersedia buat kita !

Assalamualaikum Warahmatullah .
Ada terkandung dalam hadis yang mafhumnya,
 “kamu akan dibangkitkan bersama-sama orang yang kamu sayangi kelak”.

Bayangkan ketika malaikat maut merentap nyawa kita, masa tu kita dalam syok bercinta, bercouple, berpegangan tangan sana sini dengan ajnabi, kelak kita dibangkitkan bersama ajanbi itu. Na’uzubillah!
Dan bayangkan, kalau malaikat maut mengambil nyawa kita dan ketika itu orang yang kita sayang ialah Rasulullah, tidak beruntungkah kita?
Subhanallah.

Namun, bukan isu itu yang hendak diketengahkan kali ini, tetapi isu Allah itu Maha Baik. Ya antum sekalian, Allah itu sangaaaaaaattt baik, (semangat) Mengapa?

Allah dah tunjuk dengan jelas kesesakan manusia di padang Arafah. Dengan ramai Jemaah haji yang berlainan negara , hitam,putih, hijau(ada ke?) semua dikumpulkan sekali dalam musim haji.
 Allah nak kita rasa macamana suasana di padang mahsyar kelak. Adakah kita sudah bersedia?


Sebab itu Allah menjadikan Wuquf di Arafah sebagai satu rukun haji !

Di padang Arafah itu, di mana semua orang berkongsi tandas yang sama, keadaan yang sangat tidak selesa, nak makan pun berebut-rebut, namun tiada seorang pun membantah malahan lebih sabar dan hanya menumpukan perhatian untuk meraih redha Allah. Tapi, dalam kesesakan itu ada satu khemah di mana golongan atasan yakni raja-raja, presiden negara Islam duduki. Mereka disediakan tandas yang khas dan tidak perlu berebut-rebut. Makanan juga dihidangkan kepada mereka ataupun kadang-kadang secara buffet. Wahh indahnya !

Hal sebegitu pun ada di padang mahsyar kelak tau sahabat sekalian… Di padang Mahsyar nanti ada yang akan diberi kemuliaan macam raja. Ada yang akan duduk dalam khemah Allah. Antara khemah yang paling mewah di padang mahsyar dimana orang dibawahnya tak rasa letih berdiri seperti orang lain. Siapakah golongan itu?

  GOLONGAN YANG BANGKIT BERSAMA RASULULLAH SAW



04 January 2015

Di padang itu...

Panas. Itulah yang menggambarkan suasana tika ini. Peluh mericik keluar. Bukan jutaan malah lebih lagi berkumpul di lapangan ini. Tiada yang kelihatan duduk berpeluk tubuh semata. Semuanya sibuk berjalan ke sana ke mari. Di mana? Aku pun tidak tahu. Selepas kedengaran bunyi semboyan, aku lantas terjaga. Semasa aku terjaga, dengar juga suara desas desus. Menyumpah diri sendiri. Menyoalkan siapa yang membangkitkan mereka dari tidur.

Aku terus tolak menolak. Orang lain turut melakukan perkara yang sama. Sudah ku bilang tadi, tiada yang berpeluk tubuh sahaja. Masing-masing sedang mencari sesuatu. Tiba-tiba kulihat, segerombolan manusia berkumpul. Aku cuba mampir ke situ meski sukar. Sepanjang laluan, ada yang kulihat sudah lemas dalam titisan peluhnya. Tidak sempat untuk kasihan. Aku terus bergerak ke arah kumpulan itu. Aku sudah semakin hampir. Tiba-tiba ada cahaya menerpa ke korna mata. Ianya tidak menyilaukan. Aku terus bergerak.

Aku tiba-tiba terhenti. Terpana mungkin, manusia di hadapanku ini. Siapakah dia? Dia kelihatan begitu tenang sekali. Meski jauh dari mata, aku rasa, dia amat dekat denganku. Dia melihatku. Dia senyum. Aku tidak dapat gambarkan betapa mempesonanya senyumannya itu. Aku hampir pengsan kerana terlampau bahagia melihat senyuman itu. Kelihatan dia begitu sabar menghadapi kerenah manusia yang begitu ramai di hadapannya. Aku cuba mendekat dengannya. Aku berjaya.
Dia menghulurkan air dari telaga itu. Aku minum. Ya, aku sangat dahaga. Namun, dengan sekali teguk, aku sudah rasa lega. Aku terkedu. Manusia lain di belakangku juga ingin air itu. Namun, aku tidak mahu berganjak, ingin sekali aku memeluk manusia di hadapanku ini. Tanpa kuduga, dia yang memeluk ku dahulu. Haruman semerbak kasturi menghiasi dirinya. Sungguh. Aku bahagia. Dia melepaskanku dan memberi minuman itu kepada yang lain pula.

Aku melihat di sekelilingku. Ada yang lidah terjelir hingga ke dada. Ada yang bertubuh sempurna namun lain kepala dan badannya. Manusia apakah ini? Apa kesalahan mereka. Dan. Bilangan mereka amat ramai juga. Nampak gayanya, hanya segelintir yang bertubuh manusia dan baik fizikalnya. Aku tebarkan lagi pandanganku. Daerah ini bagai tiada penghujung. Dan seluruh daerah itu dipenuhi manusia. Aku tidak dapat melihat tanah walau seinci. Aku memandang lagi.

Aku lihat ada yang sedang mengambil buku. Sesekali kelihatan ada yang menangis, meraung. Aku tidak tahu kenapa. Kelihatan sesalan yang menghempap. Sungguh berat. Bukan seorang. Bukan dua. Ramai. Tidak mampu kubilang. Ada juga yang tersenyum pada mulanya, namun, di akhirnya dia meraung jua. Ah, ada yang gembira. Senyuman kebahagiaan terpancar jelas di wajahnya. Kelihatan puas sekali.

Giliranku tiba. Aku mengambil buku itu. Dengan tangan apa, tidak pula kuingat. Yang ingin kutahu, apa keadaanku. Adakah sama dengan golongan yang di kananku, atau dikiriku. Yang kumahu, sudah tentu di bahagian kanan. Mereka sungguh bahagia. Kulihat dipaparan. Ah, ini dunia. Sudah kuingat. Amalanku, tidaklah banyak mana. Aku mula gelisah.

Tiba-tiba datang seorang pemuda. Menggelar dirinya al-Furqan. Dia seperti membelaku. Katanya aku sering membeleknya dan menitis air mata ketika membacanya. Datang pula seorang pemuda yang lain. Ah, ini lelaki tadi. Dia juga membelaku. Aku tidak mampu berkata apa. Mataku berkaca. Kata-kata lelaki tadi juga sudah hilang di telinga. Yang aku sedar, aku sudah dipimpin. Aku lihat di hadapanku. Sebuah pintu yang terbuka luas. Jelas kelihatan di dalamnya. Amat indah. Manusia-manusia di dalam itu juga amat bahagia.

Aku tertunduk. Terkejut aku. Kelihatan manusia menjerit melolong. Dibakar. Dahsyatnya siksaan ini. Apa salah mereka? Ada yang menangis minta dikeluarkan. Menyumpah diri. Katanya, ingin kembali ke dunia. Untuk sujud walau sekali cuma. Aku gementar. Namun, bahagia yang di hadapan itu, tidak mampu kutunggu lagi. Aku terus bergerak. Amat perlahan gerakanku. Sehinggalah.

Aku tergelincir. Bahang-bahang kepanasan menjilat tubuhku. Aku belum dibakar seperti manusia tadi. Tapi, ini sungguh menyiksakan. Jeritanku nampaknya tidak membantu. Aku menutup mata. Masih begitu. Diriku masih terawang-awang. Aku bagai tidak menemui penghujung gaung ini. Aku lihat di kiri dan kananku. Ada yang mendidih otaknya. Ada yang menyiksa diri, mengangkut beban yang berat. Ah, ditambah lagi. Ada yang sedang makan. Namun, makanan itu membakar perutnya. Hairan. Dia teruskan lagi. Dahsyatnya siksaan ini. Apa kesalahan mereka?

Aku terhenti. Sudah habiskah? Ada yang menarik aku. Mengapa begitu lewat? Dia tersenyum. “Itulah kamu. Melewatkan aku. Aku juga lewatlah,” Solatku. Ah, penyesalan bertandang di jiwa. Ada manusia di sebelahnya. Siapa? Ah, sahabat! “Tidak akan kubiar kau jatuh di sini sendirian. Ayuh!” tubir mataku bergenang.

Selangkah lagi untuk ke tempat ini. Wah, alangkah bahagianya! Sungai-sungai yang mengalir tenang. Tiada yang kelihatan bersedih. Semua gembira. Aku juga ingin menyertai mereka. Sahabat tadi, menarik aku.

“Sudah-sudahlah. Tidak baik tidur selepas asar.” Ibu? Ah, aku bermimpi rupanya. Tidak sempat aku menyertai sahabat tadi. Air mata? Macam betul sahaja.


 "Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan...."57:20

Cahaya itu...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.Kali ini,ana buka entry kali ini dengan sepotong ayat al-Quran yang dipetik daripada Surah Al-Anbiya' ayat 107 yang bermaksud,

"Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau ya Muhammad melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam"


Cahaya apa itu Ya Allah,
saat kelahiran baginda,
seluruh alam cerah,
bergembira menyambut kelahiran baginda.

Cahaya apa itu Ya Allah,
saat manusia tenggelam dengan kejahilan,
baginda datang menunjuk jalan,
mengubah gelap menjadi terang.

Cahaya apa itu Ya Allah,
tiap kali tenggelam dan timbulnya mentari,
kadang terduduk baginda bersendiri,
mencari jalan supaya mereka sujud kepadaMu.

Cahaya apa itu Ya Allah,
yang sepanjang malam berdiri,
bermunajat agar umatnya diampuni.

Cahaya apa itu Ya Allah,
mengikat perut yang kelaparan dengan batu,
menahan kesakitan saat dilempar batu,najis dan segala macam cacian! makian!
baginda masih teguh,
masih boleh tersenyum.

Saat Jibril bertanyakan,
"Bukit yang mana yang engkau mahu aku lemparkan kepada mereka?"
Baginda menjawab,
"Tidak perlu ya Jibril,sesungguhnya mereka masih belum mengerti"
Jibril berkata lagi,
"Tetapi mereka meghinamu"
Baginda menjawab,
"Tidak megapa,jika mereka tidak mahu beriman,mungkin nanti anak-anak mereka akan beriman"

Cahaya apa itu Ya Allah,
tika termenung,tersenyum lalu menangis,
saat sahabat bertanya,
"mengapa baginda menangis?"
Baginda menjawab,
"Aku teringatkan umatku yang hidup di akhir zaman kelak,mereka tidak pernah melihatku,namun masih lagi setia bersolat dan beribadat serta cinta padaku."

Cahaya apa itu Ya Allah,
saat kewafatan baginda,
semua pintu syuga sudah terbuka,
singahsana yang indah sudah tersedia,
untuk menyambut roh yang mulia,
Baginda masih sempat bertanya "Apakah jaminan untuk nasib umatku?"
Jibrilmenjawab,
"Pintu syurga tidak akan dibuka untuk umat lain selagi umatmu belum memasukinya"
Baginda tersenyum gembira mendengar jawapan jibril itu.

Cahaya itulah yang tika hidupnya melabuh cinta buat umat,
Tika perginya menghampar seluruh alam dengan rahmat,
Cahaya itulah yang tidak pernah mengeluh,
Walau air matanya dari hening malam hingga ke subuh,
Cahaya itulah yang memberi cahaya pada mentari,
Yang memberi sinar pada hati.

Jangan pernah hilangkan cahaya itu dari hati kita,
Kerana cahaya itu sentiasa mahu terus menerangi jiwa.

Ya,cahaya itulah Muahammad Al-Mustofa,
Penyelamat manusia tatkala berada di juarang neraka,
Penyambut manusia tatkala tiba di pintu syurga.

Hidupkan sunnah baginda :) senyum 

Cinta Rasul, adakah hanya satu hari?



Bila menjelang 12 Rabiul Awwal setiap tahun, umat Islam seluruh dunia pasti akan menyambut satu hari yang agung. Hari di mana junjungan paling mulia Nabi Muhammad SAW dilahirkan.

Sesetengah masyarakat akan mengadakan sambutan-sanbutan meriah seperti berarak keliling kampung, mengadakan ceramah bertemakan Rasulullah, tidak kurang juga ada yang menceritakan sirah-sirah Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan pemangkin kepada generasi kini.

Tapi persoalannya, adakah orang-orang yang menganjurkan program-program ini benar-benar bertujuan untuk menunjukkan cinta, strong bonds of love towards Prophet Muhammad SAW?
Apabila diadakan malam cinta Rasul, ramai penonton yang menangis kerana rindukan Rasulullah. Tapi, keesokan harinya mereka kembali melakukan dosa seperti sebelumnya.

Adakah ini tujuan Nabi Muhammad bertarung nyawa, hanya untuk melihat umatnya mengingati Baginda hanya untuk satu hari?
Itu sahaja pengorbanan kita untuk bersama-sama Baginda di syurga?

Adakah hanya satu malam kita mengingati Nabi Muhammad SAW? Adakah dengan menangis sahaja dapat mengubah dunia? Adakah dengan tangisan satu malam sahaja dapat membangkitkan Islam? 


CUKUPKAH UNTUK MASUK KE SYURGA?

Memang benar kita tidak tahu berapa kebaikan yang diperlukan untuk masuk ke syurga. Tiada amaun yang mampu dikira oleh manusia untuk memperoleh syurga Allah yang amat indah. Tapi ingatlah Allah berfirman,

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. Itu menjadi janji Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakan yang lebih menepati janjiya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan, dan itulah kemenangan yang besar.”
 –Surah At-Taubah 9:111-



Allah akan membeli harta kemewahan yang ada di dunia dan ganjarannya adalah syurgaNya. Tapi sebelum Allah berikan semua itu, pasti hambaNya perlu memberikan yang terbaik untuk agama, untuk Islam. Persoalannya lagi, adakah untuk memberikan yang terbaik untuk Islam hanya dengan menangis sahaja? Bolehkan air mata mengubah dunia?

Jikalau setitis air mata mampu mengubah dunia, maka adalah tidak perlu untuk Baginda SAW bertungkus-lumus mengambil bahagian dalam peperangan untuk menegakkan Islam di bumi.  Ataupun Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya tidaklah perlu untuk mendaki bukit bersama kapal yang berat untuk menakluk Konstaninopel. Perlukah mereka?

Ana akan tetap meninggalkan persoalan ini untuk antum sendiri menjawab. Sebagai penutup, juga diberikan lagi satu persoalan.

JIKA ANDA BERADA DALAM ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW, APA YANG ANDA INGIN BERIKAN UNTUK ISLAM?

1.      Khalid Al Walid menghunus pedangnya
2.      Abu Hurairah menyumbangkan pemikiran dan ingatannya
3.      Ali menyumbangkan ilmunya
4.      Abu Bakar menyumbangkan kepercayaannya
                                                                           Kita ?

Adakah dengan tangisan kita cukup untuk menyumbang kepada Rasulullah SAW dan Islam? Jika sehingga kini kita masih belum menyubangkan apa-apa untuk Islam, BILAKAH KITA AKAN BERMULA MENYUMBANG UNTUK ISLAM?

Jadi, marilah sama-sama kita refleksi diri. Let us ponder to remember. Let us reflect to react.

Wallahu A’lam.



#SalamMaulidurRasul1436H
#BadarSMAI

 











03 January 2015

Di Manakah?

Assalamualaikum warahmatullah. Selawat dan salam buat rasul junjungan Nabi Muhammad SAW, sahabat serta keluarga baginda. InshaAllah kali ini perbincangan yang diketengahkan ialah soal DI MANAKAH RASULULLAH DI TANGGA HATI KITA?

Adalah amat sesuai di bulan Rabiul Awwal yang mulia ini untuk kita refleksi hati dan diri kita moga-moga kita berada bersama-sama Rasulullah kelak di syurga InshaAllah.

Baik, biasanya jika kita suka atau cinta akan seseorang itu, pasti kita akan ambil tahu segalanya tentang dia, apa yang dia suka dan apa yang dia tidak suka. Begitu jugak Rasulullah. Jika kita benar-benar cinta pada Rasulullah, apa yang kita lakukan untuk mendapat cinta Nabi?

Sejauh mana kita munafik dengan mengatakan kita cinta pada 

Nabi? Sekuat mana kita rindu pada Nabi dalam kehidupan seharian?

Jawapan semuanya terletak pada diri sendiri, tiada sapa yang nak menunding jari menyalahkan sesama sendiri.

Ketahuilah, sempurna kehidupan seseorang itu apabila dia meletakkan Allah no.1 dan Rasulullah di tangga kedua dalam hatinya. Itulah tanda kesempurnaan manusia!

Namun, tanya diri sendiri, antara nabi dan keluarga, mana yang kita sayang lagi? Antara nabi dan crush yang kita agungkan sangat tu, sapa lagi yang kita lebih sayang? Antara nabi dan harta, mana lebih kita cinta?

All the answers are in yourself. You have to think by your own how to reflect and react.


Belum selamat hidup kita kalau kita tak letak Allah first dalam tangga kehidupan dan Rasulullah di tangga kedua. Bagi orang beriman, tidak perlu dipaksa untuk berbuat demikian kerna orang yang beriman ini akan automatiknya akan meletakkan Allah yang paling atas kerna itu adalah kewajipan kita sebenarnya. Allah yang menciptakan hati dan perasaan . Justeru, ingatlah sahabat sekalian sebelum kita jumpa malaikat maut pastikan tangga pertama kecintaan kita kepada Allah, kedua kepada Rasulullah.

Selalu didengar kita berdoa,” Ya Allah berkatilah kehidupanku, ya Allah jadikanlah aku hamba yang soleh” Alhamdulillah sudah baik. Cuma adalah lebih baik jika kita menambah doa seharian kita dengan berdoa “ YA ALLAH, KURNIAKANLAH AKU HATI YANG CINTA PADAMU DAN RASULMU”.

Insha Allah setakat itu dahulu perkongsian kali ini. Ayuh, renovate balik hati kita, jadikan Allah nombor satu dan Rasulullah nombor 2 dihati kita dan barulah insan-insan yang lain InshaAllah.

Wallahu ‘Alam.




02 January 2015

NASIHAT ULAMA BERKENAAN ISU CRUSH DAN CINTA SEBELUM NIKAH

Assalamualaikum. Entri kali ini, mari kita selidik apa yang ulama2 pesan bab-bab cinta sebelum nikah ni. Hayati dengan mata hati, check balik diri kita, muhasabah dan beristighfarlah semoga Allah akan mengampunkan kita Insha Allah.


PERTAMA
Jami’ bin Mahuih bertanya, “ Apakah orang yang bercinta buta itu dosa?” Lalu Said bin Al-Musayyab, mufti Madinah pada zaman itu menjawab, “ Ianya tercela..” Lepas itu Said berkata, “ Demi Allah, tidak pernah seorangpun bertanya kepadaku tentang hal ini. Jika seseorang bertanya kepadaku hal ini maka jawapanku hanyalah seperti tadi..”

KEDUA
Imam Al Ghazali berkata “ Aku dapati, dalam bercinta terdapat banyak dosa besar”
Kenapa ?
Bayangkan , mula dengan crush, kita dah tak dapat menundukkan pandangan, stalk, usher dia bila lalu, fikir pasal dia, bayangkan dia dan lain-lain. BUKANKAH ITU SEMUA DOSA ?!

KETIGA
“ Orang yang mencintai sesuatu selain Allah ( lelaki/wanita), mahu tak mahu, cinta itu akan menyeksanya..” –Ibn Qayyim-
“ Kehinaan akan menimpa para pencinta. Akan tetapi, kerana dia sedang mabuk cinta, dia tidak akan merasakan kehinaan yang sedang menimpanya. Hatinya seperti burung yang berada dalam genggaman anak kecil yang mempermainkannya sesuka hatinya. Maka kehidupan orang yang bercinta adalah seperti kehidupan seorang tawanan perang.” –Ibn Qayyim-
“ Apabila seseorang itu mula mencintai, ,maka dia akan sibuk memikirkan orang yang dicintai sehingga dia KURANG FIKIR AKAN AGAMA DAN DUNIANYA” –Ibn Qayyim-



 KEEMPAT
Ada sekali, ada orang membawa seorang lelaki yang mati kepada Ibn Abbas. Lantas Ibn Abbas bertanya,

“ Kenapa lelaki ini mati?” Maka ramai yang menjawab, “ dia mati kerana TERLALU FIKIR PASAL CINTA..”
Maka Ibn Abbas berkata, “Semenjak dari peristiwa itu, setiap hari aku memohon perlindungan Allah dari terjebak dengan penyakit cinta ini.”


Ada seorang penyair menyebut.
HIDUP ORANG YANG BERCINTA,
PADA MULANYA HATINYA AKAN IKHLAS DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH,
PERTENGAHANNYA PENYAKIT,
DAN PENGAKHIRANNYA ADALAH KEMATIAN HATI,
DAN JASAD..

Sebagai intihanya, semoga dengan kata-kata ulama’ ini, kita dapat jelas bahawa betapa bahayanya jika kita sering melayan crush-crush dan langsung tiada usaha untuk melupakannya !


Ayuhlah kita berfikir balik. Banyak lagi tugas yang perlu diselesaikan di muka bumi sebelum kita meninggal. Memang benar itu fitrah tetapi kita perlu bijak mengawal supaya ia tidak menjadi fitnah dan membawa kebinasaan kepada kita kelak.


Wallahu A'lam.