14 February 2014

Ada apa dengan 14 Februari?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaaatuh.
Kawan-kawan tahu tak harini hari apa? Yep 14 Februari.
Apa yang istimewa sangat tentang 14 Februari ni?

Sekiranya kawan-kawan jawab Hari Kekasih,
Ya benar, tepat sekaliii *tepuk tangan*

Sebagai orang Islam, kita tidak dibenarkan menyambut tanggal 14 Februari ini.
Tapi kan, marcapada ini, seringkali kita lihat cinta kepada manusia melebihi cinta kepada Yang Esa.
Ish ish ish.



Ingatlah rakan-rakan, cinta yang paling tinggi ialah cinta kepada Yang Hakiki, Allah subhanallahi wa taala.
Perasaan cinta kepada manusia itu fitrah, tetapi jangan sehingga fitrah itu menjadi fitnah.

Jangan risau kawan-kawan. Walau taka da manusia sayang kita. Dia ada. Dia sayang kita.
“Ketika manusia membencimu tanpa sebab. Ingatlah bahawa Allah menyayangimu tanpa syarat.”

Sedangkan suami isteri pun ada yang bercerai-berai, ada jaminan kah bahawa couplen anda akan bertahan? Tepuk dada, Tanya iman.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada
seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar
bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku
padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku
menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.


Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku
padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada
seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar
tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan
biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan
panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.


Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah
berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada
taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kokohkanlah ya
Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah
jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu
yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami
dengna limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan
bertawakal di jalan-Mu.Amin.....

“Macam mana nak rasa manisnya rumah tangga kalau manisnya dah rasa masa couple?”

Haa menusuk qalbu tak? Hee.




Jadi kawan-kawan, ayuhlah kita meningkatkan kecintaan kita kepada Allah Taala dan Rasul-Nya terlebih dahulu. Ayuhlah kita ke arah yang diredhai-Nya! J



2 Buah Fikiran:

Anonymous said...

Semoga pihak BADAR lebih aktif berblogging.
Menanti karya seterusnya =]

Anonymous said...

smoga pihak badar terus aktif dgn post2 yg menarik... dan smoga blog badar dpt dijadikan sbgai rujukan oleh para pelajar smka al-irshad