11 November 2013

Rabitah Pengikat Ukhwah

Usai mengimami jemaah asar, ana meneruskan bacaan Al- Mathurat jamai'e bersama pelajar akhwat AMK (Al Malik Khalid), di surau Mahabbah. Seperti kebiasaan, jemaah asar kurang mendapat sambutan biarpun hari cuti. Mungkin akak2 semester 4 banyak yang pergi daurah Nuqoba' hari ini. Namun, satu saf yang memuatkan lebih kurang 14 orang ahli jemaah cukup menghidupkan biah solehah disini. Alhamdulillah.

Mereka semuanya terdiri daripada insan insan yang istiqamah dengan solat jemaah, setiap solat fardu pasti muka yang sama kelihatan, mereka bukan sendiri sendiri tetapi berkumpulan. Ana tidaklah selalu termasuk dalam golongan ini, kerana kadangkala tewas juga, memilih solat sendirian di bilik, untuk lebih menyedapkan hati, berjamaah dengan 'roomate'. Hehehe... Tetapi tetap ana bercita cita dan dalam usaha menjadi sebahagian daripada pencinta jemaah di surau.

****************************************************************************

Di akhir doa Mathurat, Sepenggal doa masyhur kubaca penuh penghayatan,

''Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui bahwa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan kecintaan kepada-MU,
bertemu untuk taat kepada-MU,
bersatu dalam dakwah-MU,
dan berjanji setia untuk membela syari'at-MU,
maka kuatkanlah ikatan pertaliannya.

Ya Allah,
kekalkanlah kasih sayangnya,
tunjukkanlah jalannya
dan penuhilah ia dengan cahaya-MU yang tak pernah malap,
lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-MU,
hidupkanlah dengan ma'rifah-MU, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-MU.
Sesungguhnya, Engkau sebaik-baiknya pelindung dan sebaik-baiknya penolong.
Amin.

Dan semoga salawat serta salam selalu tercurah kepada junjungan kami Muhammad, keluarganya dan sahabatnya,
dan juga sampaikanlah salam kepada baginda.
Amin ''

Amin Ya rabbal 'Alamin.. 
Sayu hati tatkala mengaminkan doa rabithah itu, satu layar kenangan bermain di corong fikiranku.
Gambaran satu per satu sahabat di Al Irshad menerjah ingatan, menemani sepanjang perjalananku pulang kebilik. Hati mula sebak. Gelombang kerinduan mula dipancarkan.

********************************************************************************************************

Beberapa minit selepas itu, ana  terima satu mesej.
Daripada sahabat lama, Amira husna.
Lama juga tidak mendapat mesej daripada dia, namun ana yakin mesej itu adalah tindakbalas daripada daya tarikan sebentar tadi.  Eheh. 

Teks mesej tersebut dibaca, cukup membuatkan airmata ana bergenang.

" Assalamu'alaikum sahabat, ukhwah yang dijalinkan kerana Allah sangat indah bukan?
Saya percaya itu.. baru je lepas baca mathurat.. terbayang usrah kecil yang dibina di belakang surau lepas subuh dan asar.. masih terngiang ngiang lagi kenangan dulu...betapa kuatnya ikatan dan kemanisan ukhwah  itu..
# haiya fi qiraul mathurat, sesibuk mana pun kita, cuba jugk luagkan masa sekejap je nak baca mathurat :-) ;-)


Alangkah indahnya doa Rabithah.
Alangkah syahdunya untaian kalimat yang diucapkan.
Alangkah dahsyatnya makna yang terkandung di dalamnya.
Mendengar lantunan doa ini, tidakkah hati kita tersentuh?

Oleh itu,
 untuk para hamba yang saling mencintai karena-NYA
 untuk para sahabat yang selalu rindu berkumpul dalam majlis ilmu dan hikmah,
untuk para pejuang yang senantiasa istiqomah di jalan dakwah,
untuk para jundi Allah yang setia dan rela berkorban demi Islam.

Moga dengan sedikit usaha murabbi tarbiah kita iaitu As Syahid Imam Hassan Al Banna,
yang mengumpulkan doa doa yang Mathur daripada rasulullah S.A.W,
menjadikan kita istiqamah dan dipelihara Allah sentiasa.


 
InshaAllah dengan doa ini, semoga menjadi tali tautan bagi hati kita, untuk senantiasa selalu mengingat-NYA, meneladani rasul-NYA, dan saling mengingatkan sesama hamba-NYA.

maziah_ghuraba
fivers 0812
isnin 111113


12 February 2013