28 November 2012

Buat Saya & Anda ( :

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada semua. Apa khabar anda? Apa khabar hati? Apa khabar iman? Hehe. Dalam keadaan baik atau tidak? Alhamdulillah atas segalanya. Yang telah berlaku, yang akan berlaku dan yang belum tentu lagi berlaku. Hidup sebagai hamba tak pernah senang. Kerana dunia adalah sementara, kesakitan & kepenatan itu akan terasa. Yang pasti, di sana. Biar berpenat dan sakit di sana, agar tidak penat dan sakit pula menanti kita.

Ini sudah tentu, pesanan buat saya & anda. Kita yang tak pernah lari dari khilaf, kesilapan & kesalahan. Ada saja perkara yang akan kita tersilap. Maka, berjaga-jagalah. Bentengkan diri kita dengan pelbagai perisai. terutamanya amalan solat 5 waktu, membaca Al-Quran & Al-Ma'thurat, usahakanlah untuk tidak tinggal saban hari. Insha Allah ( :

Sedar tak sedar, tahun 2012 ni macam cepat je kan berlalu? Muharram pun baru sahaja berlalu. Acane anda semua? Sempat tak puasa 9 & 10 hari tu? Hehe. Tkpa kalau terlepas, ada banyak lagi amalan Rasulullah SAW buat sepanjang tahun kan? Yang sempat tu, hehe tahniah diucapkan. Moga amalan tersebut diterima Allah tanpa hijab. Insha Allah ( :

2012 bakal melabuhkan tirai dalam lebih kurang 1 bulan ja lagi. Pejam celik pejam celik. Agak-agak resolusi dan azam kita masa awal-awal dulu tercapai tak? Haaa. Ce check balik kat mana tahap pencapaiann kita. Kalau kata ada progress, walaweh, alhamdulillah, teruskan! Kalau kata tak berganjak, jangan gusar, selagi nyawa kita ada, selagi tu kita berpeluang untuk beramal.Yang penting, jangan pernah patah semangat!

Oh ya, adik-adik SPM pun dah lama menduduki peperiksaan ya kan? Alaikum annajah! Insha Allah, kejayaan milik anda. The Fivers tahun ni tampaknya mempunyai potensi & semangat yang luar biasa. Sebagai alumni, saya berasa bersyukur dan bangga mempunyai adik-adik seperti anda sebagai penyambung warisan di Bumi Al-Irshad. Cewwwwwaaaah.

Tapi tu la kan, sebab kita insan terpilih untuk berada di SMKA Al-Irshad, kita kena guna betul-betul peluang tu. Terasa semacam kita diberi amanah yang besar untuk berjuang di bawah nama Islam dan negara.

Haaaaa. Nanti dah habis peperiksaan, luangkanlah masa sebaik-baiknya. Kalau kata dulu tak sempat nak join aktiviti-aktiviti luar, luang-luangkanlah. Kalau kata dulu tak sempat nak membaca bahan-bahan santapan minda, luangkanlah. Dan ada yang nak ambil lesen, kelas menjahit atau mungkin kelas kemahiran berbahasa asing. Dan tak lupa juga, ada yang akan ke PLKN. Hehe. Jangan gusar buat yang akan ke PLKN, setiap benda yang berlaku pasti akan ada hikmahnya!

Dan buat adik-adik PMR pula, haaa dah lama sangat dah tu cuti anda, agak-agak ada tak kemahiran pada diri kita bertambah? Contohnya acane eh, skill memasak ke. Skill menolong ibu ayah ke. Hehe Apa-apa lah. Yang penting, pastikan diri kita ni berpotensi. Barulah coool ye dak.

Haha. Okay mula-mula post ni rasa macam formal nya ya Rabbi, last-last rasa macam bersembang pulak. Hehe. Maaflah, lama dah tak berblog rasa macam hilang dah skill nak menulis segala bagai. Baiklah, dalam kesempatan ni, saya nak berkongsi lah sedikit gambar. Eceh. 



Akhir kata, selamat bercuti semua. Selamat menjadi muslim yang baik jua! Assalamualaikum warahmatullah dan salam perantauan dari seberang lautan! ( :





1 Buah Fikiran:

Harmi Mohammad Jamil said...

Dijemput pasukan bahas sekolah Saudara untuk menyertai program Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen 2013 pada hari Sabtu, 26 Januari 2013 bertempat di IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah melayari blog:
http://belajardebat.blogspot.com

Terima kasih.