10 August 2012

Evaluasi Ibadah kita!

Assalamu'alaikum.

Sedar atau tidak, kita sudah berada di fasa terakhir Ramadhan, ini bermakna kita semakin menghampiri pengakhiran Ramadhan yang mulia. Apa khabar iman kita? Bagaimana ibadah kita?

Adakah kita akan kembali menyibukkan diri kita dengan twitter, facebook dan sebagainya sepanjang malam kerana tiada lagi solat sunat tarawih untuk dilaksanakan setiap malam?

Manfaatkanlah masa kita sebaiknya. Pantaulah aktiviti pasca Ramadhan kita sehari-harian, tetapkan target ibadah yang hendak dicapai dari hari ke hari. Mulakan dengan yang mudah, Insha-Allah kita akan terus menambah amal seiring usia.

Buat pengguna telefon pintar, terdapat satu aplikasi, Ibadah Evaluation atau Evaluasi Ibadah yang boleh dimuat turun untuk kegunaan kita bagi memantau perkembangan ibadah kita. Aplikasi ini dimajukan oleh Badr Interactive dan didatangkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Indonesia.





Selamat beramal!

0 Buah Fikiran: