11 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah


Bismillahirrahmanirahim..

Tiadalah kita merafa'kan segala kesyukuran melainkan kepada Allah swt, Tuhan sekalian alam yang menguasai setiap jiwa di alam raya. Selawat dan salam (penuh kasih sayang dan cinta) buat junjungan besar umat manusia, rahmat seluruh alam, baginda, Rasulullah saw, Muhammad bin Abdullah, habibina, kecintaan kita.

Alhamdulillah, hari ini telah berjalan dengan lancar (biiznillah) segala perancangan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Dengar-dengar khabar, sambutan maulidur Rasul di asrama malam semalam juga meriah sekali. *Thumbs up* Begitu juga hari ini, di sekolah pelbagai program telah dilaksanakan.

Di sebalik segala kemeriahan dan keseronokan yang telah kita rasai sempena sambutan ini, janganlah kita lupa tentang tujuan majlis seperti ini diadakan. Ia bukanlah untuk menunjukkan kesombongan dan kemegahan, melainkan untuk mezahirkan rasa cinta pada Nabi kita saw. Maka, setelah majlis tamat, wajarlah untuk kita bertanya pada diri, adakah kemeriahan sambutan ini hanya sekadar memenuhi ruangan keceriaan hidup, atau setelah sambutan ini, pelbagai sunnah kita telah adaptasikan dalam kehidupan kita? Soalan ini, biar iman yang menjawabnya, jangan biarkan akal yang bersuara, kerana akal penuh helah dan alasannya.

1. Perarakan?
Masya-Allah, Mantap!
Cantik sungguh perbarisan para pelajar pagi tadi. Tidak sangka sungguh, tanpa latihan, antum semua dapat melakukannya dengan baik.

--Pic--

2. Gemaan selawat di dewan menggamatkan suasana (Hm.. sedikit la). Sayangnya, tidak semua turut sama berselawat. Apa-apa pun, moga kita mendapat rahmat.

--Pic—

3. Forum Perdana.
Pengerusi Forum: Akh Asyrah Zawawi binti Abdul Karim.
Ahli-ahli Panel :  Ustaz NorAzli dan Ustaz Ramli

--Pic—

4.  Kuiz Menengah Atas dan Menengah Bawah / Rehat

--Pic—

5. Tayangan Video. Slot inilah yang paling mengharukan. Masih banyak sunnah Nabi Muhammad saw yang belum kita amalkan.

Jika benar cinta akan Nabi, maka sunnah baginda saw semuanya kita hayati. Mari, kita AMALKAN!

Vid: SHIFT YOUR PARADIGM. TURN TO SUNNAH.

--Vid—

6. Nasyid.

–Pic—

7. Drama. Tajuknya, Cinta Sahabat. Sejujurnya, apa kena mengena dengan Maulidur Rasul? *mengangkat bahu dan menggeleng kepala tak tahu*

Apa-apa pun tahniah kepada pasukan drama tersebut. Menarik. Moga ibrah dapat dipelajari bukan sekadar berkering gusi.

--Pic—

8. Ucapan Penutup oleh Cikgu Sabri.

9. Makan! Bubur Lambuk air tangan Tingkatan 6.
               Terima kasih! Hilang lapar dari pagi..

--Pic—

P/s: Post ini akan di-update untuk diletakkan gambar dan video.

0 Buah Fikiran: