11 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah


Bismillahirrahmanirahim..

Tiadalah kita merafa'kan segala kesyukuran melainkan kepada Allah swt, Tuhan sekalian alam yang menguasai setiap jiwa di alam raya. Selawat dan salam (penuh kasih sayang dan cinta) buat junjungan besar umat manusia, rahmat seluruh alam, baginda, Rasulullah saw, Muhammad bin Abdullah, habibina, kecintaan kita.

Alhamdulillah, hari ini telah berjalan dengan lancar (biiznillah) segala perancangan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Dengar-dengar khabar, sambutan maulidur Rasul di asrama malam semalam juga meriah sekali. *Thumbs up* Begitu juga hari ini, di sekolah pelbagai program telah dilaksanakan.

Di sebalik segala kemeriahan dan keseronokan yang telah kita rasai sempena sambutan ini, janganlah kita lupa tentang tujuan majlis seperti ini diadakan. Ia bukanlah untuk menunjukkan kesombongan dan kemegahan, melainkan untuk mezahirkan rasa cinta pada Nabi kita saw. Maka, setelah majlis tamat, wajarlah untuk kita bertanya pada diri, adakah kemeriahan sambutan ini hanya sekadar memenuhi ruangan keceriaan hidup, atau setelah sambutan ini, pelbagai sunnah kita telah adaptasikan dalam kehidupan kita? Soalan ini, biar iman yang menjawabnya, jangan biarkan akal yang bersuara, kerana akal penuh helah dan alasannya.

1. Perarakan?
Masya-Allah, Mantap!
Cantik sungguh perbarisan para pelajar pagi tadi. Tidak sangka sungguh, tanpa latihan, antum semua dapat melakukannya dengan baik.

--Pic--

2. Gemaan selawat di dewan menggamatkan suasana (Hm.. sedikit la). Sayangnya, tidak semua turut sama berselawat. Apa-apa pun, moga kita mendapat rahmat.

--Pic—

3. Forum Perdana.
Pengerusi Forum: Akh Asyrah Zawawi binti Abdul Karim.
Ahli-ahli Panel :  Ustaz NorAzli dan Ustaz Ramli

--Pic—

4.  Kuiz Menengah Atas dan Menengah Bawah / Rehat

--Pic—

5. Tayangan Video. Slot inilah yang paling mengharukan. Masih banyak sunnah Nabi Muhammad saw yang belum kita amalkan.

Jika benar cinta akan Nabi, maka sunnah baginda saw semuanya kita hayati. Mari, kita AMALKAN!

Vid: SHIFT YOUR PARADIGM. TURN TO SUNNAH.

--Vid—

6. Nasyid.

–Pic—

7. Drama. Tajuknya, Cinta Sahabat. Sejujurnya, apa kena mengena dengan Maulidur Rasul? *mengangkat bahu dan menggeleng kepala tak tahu*

Apa-apa pun tahniah kepada pasukan drama tersebut. Menarik. Moga ibrah dapat dipelajari bukan sekadar berkering gusi.

--Pic—

8. Ucapan Penutup oleh Cikgu Sabri.

9. Makan! Bubur Lambuk air tangan Tingkatan 6.
               Terima kasih! Hilang lapar dari pagi..

--Pic—

P/s: Post ini akan di-update untuk diletakkan gambar dan video.

05 February 2012

KITALAH YANG RASULULLAH RINDU ITU..T__T






Pada suatu hari..Nabi bertanya: "Wahai sahabatku sekalian. Tahukah kamu siapakah hamba Allah yang mulia?"

Para sahabat menjawab: "Para malaikat ya Rasulullah"
Sahabat lain pula: "Tentulah para Nabi, merekalah yang mulia"


Rasulullah tersenyum lalu berkata:"Benar, mereka itu semuanya mulia. Tetapi ada yang lebih mulia dari itu"





Para sahabat terdiam lalu berkata:"Ya Rasulullah... adakah kami yang mulia itu ya Rasulullah?"





Nabi berkata: "Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu perjuanganku, tetapi bukan kalian yang aku maksudkan.."





Kemudian, Nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskan air mata sehingga membasahi pipi dan; janggutnya lalu berkata...



"Wahai sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian.. mereka x pernah melihatku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian tetapi mereka sangat rindu kepadaku & 


 saksikanlah wahai sahabatku bahawa 
AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA... 
                   MEREKALAH UMATKU!"






Ya Allah....(T_T)

lihatlah sahabat2 sekalian, betapa rasulullah sayang akan kita....


biarpun kita tidak pernah berdamping dengan baginda, melihat wajah suci baginda, mencium harum wangi baginda rasulullah, tetapi kitalah yang rasulullah katakan mulia itu sekiranya kita ini mencintai dan mentaati Allah s.w.t






tetapi,
apa yang telah kita lakukan untuk membuktikan cinta kita pada rasulullah???



CINTAKAH NAMANYA sekiranya setiap hari kita tidak meniti butir2 selawat atas nabi??


CINTAKAH NAMANYA sekiranya kita sentiasa menghayati lagu lagu jiwang dan lagu inggeris yg kononnya mengasyikkan??


CINTAKAH NAMANYA sekiranya kita tidak mahu mengikuti sunnah terbesar rasulullah iaitu berdakwah dan memperjuangkan agamanya??


CINTAKAH NAMANYA sekiranya kita tidak sanggup menghadapi pedih peritnya dicerca dan dimaki ketika diuji dalam meneggakan agamanya??


SEDANGKAN ANTUM TAHU YANG RASULULLAH SUDAH BANYAK MENGHABISKAN AIR MATANYA UNTUK KITA!!!


DIHINA DAN DICERCA,
DIBALING BATU HINGGA BERDARAH,
DILETAKKAN NAJIS DAN SAMPAH SARAP,
JUGA HAMPIR DI BUNUH!!!


tetapi rasulullah tetap bertahan dan bersabar...

kenapa???




UNTUK APA???





BAGINDA MAHU ISLAM ITU SAMPAI PADA KITA DAN KIRA DAPAT MERASAINYA WALAUPUN BAGINDA SUDAH TIADA...


YA, islam yang kau nikmati sekarang ini adalah hasil pengorbanan rasulullah....

DENGAN ISLAM ITULAH YANG AKAN MENJAMIN KEBERADAAN ENGKAU DI SYURGA..


TAPI SAMPAI HATI KAU MALU UNTUK MENGAMALKANNYA!!

MALAH KAU BIARKAN  MARUAH ISLAM HARI INI DIPIJAK PIJAK OLEH MUSUH ISLAM!!




ANDAI KATA RASULULLAH DATANG MELIHAT KEADAAN UMATNYA HARI INI...




DENGAN HARAPAN PANJI2 ISLAM YANG BAGINDA PERJUANGKAN BERKIBAR DI MERATA RATA TEMPAT,




APA PERASAAN BAGINDA RASULULLAH???







KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.



Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. 
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.