14 January 2012

USRAH MUSLIMAT : Pertama Tahun 2012

Segala puji-pujian pada Tuhan seluruh alam, yang menjadikan kita bersaudara, yang menjadikan kita merasai indahnya iman dan yang memilih kita menikmati anugerah Islam.
Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, pesuruh Allah, nabi kita, rasul kita, kecintaan kita, yang kepadanya segala tindak-tanduk kita dinasabkan.

Syukur ke hadrat Illahi, hari ini dengan rahmat-Nya serta izin-Nya, usrah muslimat telah berjaya dilaksanakan untuk kali pertama bagi Tahun 2012.

Seperti biasa, usrah tidak mampu dijalankan terus pada pukul 12.15 memandangkan muslimat semuanya baru beredar dari kelas. Kerana keterbatasan waktu yang ada, pengawas muslimat tingkatan 4 ditugaskan mengajak para muslimat agar segera menuju ke surau juga, mereka meronda blok sekolah, jika ada yang cuba mencari helah.
Jika benarlah ada yang mencari helah, ana tidak menyalahkan sepenuhnya kepada mereka, melainkan mungkin ana dan sahabat2 yang tidak mampu menjadikan mereka nampak tentang keindahan usrah.

Lebih kurang 12. 30, Ustazah Najihah menyampaikan tazkirah sebelum sesi pembahagian kumpulan dijalankan. Alhamdulillah, ustazah menceritakan tentang prasyarat memenangkan diri pada jalan Allah. Maka, terbitlah persoalan, apakah jalan Allah yang dimaksudkan itu?
Jalan Allah – menggapai keredaan Illahi.
Di dalam Surah Al-Waqiah, telah Allah berfirman, bahawa di akhirat kelak, di hari pembalasan di mana manusia semuanya berada dalam kekalutan serta ketakutan yang nyata, manusia terbahagi kepada tiga kumpulan :
1. Yaitu golongan kanan, alangkah mulianya golongan kanan itu.
2. Dan golongan kiri, alangkah sengsaranya golongan kiri itu.
3. Dan orang-orang yang paling dahulu (beriman), merekalah yang paling dahulu (masuk syurga)
Maka, telah Allah takdirkan, kita tidak mungkin termasuk dalam kalangan Assabiqun yang terlebih dahulu masuk ke syurga. Lantas, apakah pilihan lain yang kita ada?
...menjadi golongan kanan.
 Mari, kita sama2 berusaha menjadi golongan kanan!

--Sesi Tazkirah Tamat~ Ana tahu antum semua berbahagia..
Maka, sebelum pembahagian kumpulan dilakukan,  beberapa teguran dilakukan :
1. Pelajar smai memang suka bercakap waktu guru2 sedang bercakap di hadapan
2. Ada yang lalu hadapan orang yang sedang bersolat. (Hu3, waktu ini ana sungguh malu!)

--Pembahagian kumpulan usrah berulang
Tahun ini, beberapa pembaharuan dibuat dalam pembahagian kumpulan iaitu, muslimat berulang dibenarkan membentuk kumpulan sendiri yang terdiri daripada 7-8 orang, dan muslimat asrama akan kekal dalam kumpulan usrah asrama mereka.
Mungkin, pada zahirnya nampak kepincangan dari segi perpaduan muslimat berulang dan asrama, tapi dari aspek lain yang dilihat, usrah asrama (yang sistemnya tampak sangat mantap) mampu diteruskan. Kedua, mungkin lebih mudah dari segi pendekatan memandangkan ahlinya sudah saling mengenali. Wallaha’lam. Itu buah fikiran kami. Allah juga yang membenarkan segalan perancangan.

Sesi Ta’aruf, kemudian sama2 menyanyi lagu tema BADAR : Bingkai Kehidupan, Shoutul Harakah.
Sebelum majlis tamat, asma-ul-husna dinasyidkan.

Kisah usrah hari itu tamat, tapi PESANAN UNTUK PARA NAQIBAH, usrah itu berterusan biarpun di luar kumpulan.

0 Buah Fikiran: