15 January 2012

NUQABA' : Renungan Buat Kita

Ana tidak bermaksud menulis entri kali ini melainkan dengan makna membawa diri ana serta sahabat2 nuqaba' sekalian memahami sebuah perjuangan dakwah.

Sungguh, ana juga baru dalam medan ini. Tiadalah ana merasai semua asam garam sebuah perjalanan dakwah, melainkan dengan hanya mengetahui apa itu rasa sebutir garam dan secubit kecil asam. Justeru, ana masih kekontangan ilmu dan kegeringan pengalaman. Namun, sama-samalah kita terus mengislahkan diri.

Soalan untuk kita, renungi usaha kita.

Apakah layak untuk kita katakan kita sedang berjuang untuk Allah, sedangkan kita tidak dekat pada-Nya?

Sudah dekat?

Adakah kita pasti?

Mana tahajud kita pada keheningan malam?

Mana solat sunat Subuh kita pada setiap hari? Sedangkan ia amalan yang tidak pernah ditinggalkan Rasulullah saw saban hari biarpun dalam kekalutan. Dan, sedangkan ia memberikan kita pahala seluas langit dan bumi. Adakah kita tidak mahu?

Mana solat sunat Dhuha kita? Kata mahu diperluaskan rezeki.

Mana solat sunat rawatib kita selepas dan sebelum solat Zohor di sekolah? Kita sibuk? Adakah kita pasti? Atau hanya beralasan palsu?

Mana solat asar di awal waktu? Sedangkan Allah berfirman dalam kitab-Nya agar menjaga solat wusta.

Ma’thurat bagaimana? Adakah kita amalkan setiap hari, mohon perlindungan, mohon kekuatan pada Allah?

Al-Quran bagaimana? Dekatkah dengan kita? Kita mentadabbur maknanya? Atau mengaji kosong saja?

Solat-solat Fardu, adakah pada tepat waktu?

Ya Allah, tiadalah hamba-hambaMu ini sempurna untuk menggalas tanggungjawab ini. Namun, jika bukan kami, siapa lagi?

Maka, ya Tuhan yang mengawal segala sesuatu, persiapkanlah diri kami, perbaikilah diri kami. Dekatkanlah kami pada-Mu..

Moga dengan itu, medan mujahidah kita penuh rahmah, penuh barkah, membawa kita kepada Ilah.

0 Buah Fikiran: