15 January 2012

NUQABA' : Impian Kita


Intipati kepada sebuah perjuangan dakwah bukanlah kesinambungan kesenangan yang didambakan, tetapi apa yang diharapkan ialah mencapai cita-cita tersebut.

Ana pasti, tidak semua nuqaba' menganggap bahawa membawa sebuah kumpulan usrah merupakan satu tanggungjawab yang besar, tambah-tambah lagi jika kita tidak pula mengetahui latar belakang atau keadaan ahli usrah tersebut serta tidak pula menetapkan sasaran yang tepat tentang ke mana destinasi tujuan usrah. Tapi, itulah cabaran.

Para nuqaba', ini pesanan untuk antum dan diri ana sendiri, letakkan satu matlamat yang jelas mengenai hala tuju usrah kita. Jangan kita sepeti anjing yang berkeliaran di tengah malam, entah ke mana destinasi tujuan. Manusia yang bekerja tanpa matlamat ibarat anak kapal tanpa petunjuk bintang, tersesat merupakan risiko terbesar!

Islah diri kita. Ana sendiri tidak punya kelayakan yang mencukupi untuk menjadi seorang naqib seperti Mus’ab bin Umair, tetapi berterusanlah kita memperbaiki diri. Memperbaiki diri itu adalah dengan ilmu juga ibadah, malahan juga tentang pengetahuan serta kedudukan kita di sisi Allah. Maka, jika benarlah pembawaan sebuah kumpulan usrah merupakan satu perjalanan menuju Tuhan, bagaimana kita mampu membawa mereka kepada Allah sedangkan kita tidak pula menuju Dia?
Dan bagaimana pula Allah hendak membantu kita apabila kita yang tidak mahu mendekati Dia?

Semangat yang berterusan.

Kerja yang istiqamah.

Perancangan yang bersungguh-sungguh.

Kita memerlukan segala elemen yang terbaik untuk disebatikan dalam menjayakan suatu kumpulan usrah.
Sahabat, menjadi nuqaba' bukan tugas main-main. Kita menggalas suatu harapan dunia Islam semuanya, dalam membina generasi muslim yang soleh dan musleh, dalam mewujudkan sebuah daulah islamiyah yang adil dan syumul.

Maka inilah kita. Kita nuqaba', pilihan Allah dalam mencapai cita-cita tersebut.
Tidakkah kalian merindui biah solehah? Ana rindukannya. Dan ana pasti kalian pasti sama. Sama-samalah kita menggapai impian kita.

Moga impian kita tidak tinggal khayalan.

Ya Allah, realisasikan impian kami!

1 Buah Fikiran:

sirrul_asrar94 said...

salam'alaikum...
wah...nmpknya badar tahun ni dah wat prncgn yg sgt mantap dan permulaan yg sgt baik... diharapkan dapat berterusan melakukan transformasi dari semasa ke semasa..akak doakan adik2 berjaya mnjalankan amanah yg disandangkan pada bahu msg2...teruskan berdakwah dlm usaha mencari redhaNya...