14 January 2012

NAQIBAH : Berjumpa Sebentar

Selepas tamat sesi usrah muslimat hari itu, semua naqibah diminta tunggu. Ada taklimat untuk Seminar Nuqaba’ hari Sabtu ini (telah pun dijalankan).

Ustazah juga pesan pada naqibah semua : ADA NASI LEMAK PAGI ITU.  umpan supaya antum semua datang. =>

Selepas itu naqibah berulang diminta tunggu. Kami berbincang tentang strategi pembawaan usrah muslimat berulang :

1. Pendekatan bagi pelajar berulang lebih kepada membawa mereka meneroka ilmu dengan sendiri seperti membaca buku, menghadiri kuliah, memanfaatkan internet serta mencari ilmu dengan bertanya asatizah dan orang berilmu.

2. Seharusnya, setiap ahli usrah mempunyai senaskhah al-Quran terjemahan.

3. Mulakan usrah sebaik-baiknya dengan sepotong ayat al-Quran serta mentadabbur maknanya.

4. Meminta para ahli mencari/membeli sebuah buku islamik (hu3, novel tak termasuk), tunjukkan kepada naqibah mereka dan ia bermaksud menjadikan azam untuk menghabiskan pembacaan buku tersebut. Mungkin, para naqibah boleh meminta mereka menerangkan hasil pembacaan mereka.

Wallahua’lam.
Moga Engkau ya Allah, berkatilah usaha kami.

0 Buah Fikiran: