16 December 2011

kenalilah hatimu wahai manusia

Maaf kepada sahibah2 semua..lama blog ni menyepi.masa itu ibarat pedang,jika kamu tidak memotongnya pasti ia akan memotongmu..cepat benar masa berlalu.ana selaku salah seorang admin blog ni memohon berbanyak2 kemaafan daripada antum semua atas kelemahan kami ini.insyaalah kali ni kita akan berbicara mengenai hati...sekadar perkongsian dan peringatan kepada diri kita.antum dan diri ana sekali.manusia itu hakikatnya pelupa..bukankah maksud  manusia itu sendiri pelupa??sama2lah kita saling mengingati dengan kebenaran dan kesabaran...



Firman Allah yang bermaksud:

"Akan Aku penuhkan neraka Jahanam itu dengan manusia dan jin.Dan mereka diberi hati namun mereka tidak mahu menggunakan hati mereka untuk memahami ayat Kami,dan mereka diberi akal namun mereka tidak mahu memikirkan kebesaran Kami,dan mereka diberi pendengaran namun mereka tetap ingkar akan arahan Kami."

Jelaslah bahawa hati itu sangat penting dalam kehidupan kita sehingga Allah S.W.T. meletakan hati dahulu kemudiannya diikuti oleh anggota yang lain.Sebagai hamba Allah yang hina dan faqir di sisiNya hendaklah kita "Strive for mardhatillah".Persoalannya bagaimana?Hanya melalui bimbingan guru yang mursyid.Telah bersabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:

"Sesungguhnya dalam jasad anak Adam itu terdapat segumpal darah,apabila baik darah itu maka baiklah seluruh jasadnya,apabila buruk jasad itu maka buruklah jasadnya,ketahuilah ianya hati."



Jadi ana ingin menyeru kepada semua kaum muslimin agar bersihkan hati kita untuk kita mengikuti para aulia dan salafus salih.Ayuhlah tingkatkan himmah kita untuk bersama nabi dan para sahabat agar tersemainya cinta kita kepada baginda dan Allah S.W.T..selalulah muhasabah diri kita dengan melihat kebesaran Allah subhanahu wa taala.

2 Buah Fikiran:

Shoutul Humaira' said...

salam ziarah dari senior anda...teruskan perjuangan dakwah di Irshad...fahamkan pelajar2 dengan tarbuyyah dan fikrah islamiyyah

BADAR SMAI said...

terima kasih ukhti,insyaallah kami akan tingkatkan lagi tarbiyah di bumi barakah al irshad...sokongan daripada senior2 amat kami perlukan...terima kasih