26 August 2011

C.I.N.T.A

Zaman Remaja memang indah....
Kerna sering diulik mimpi cinta....
Anggapan Bawah sedarnya cinta itu penawar duka.....
Tanpa Cinta dirinya keluh kesah...
Resah,gelisah
Tanpa cinta yang meneman...bagai diri tak aman.
Jiwa tak keruan,hati tak tahan..bagai cacing yang kepanasan...

Cinta itu suci...
Tanpa cinta...mungkin tiada kita disini...
Menyingkap cinta Adam dan Hawa...
Itu kisah cinta pertama...



Cinta itu suci..
Kerna cinta yang suci...
Siti Khadijah jadi Ingatan pada Nabi....

Cinta itu suci...
bukannya barang yang boleh dicemari...
Dunia kini memanifestasi cinta yang dulunya suci,
menjadi keji,hina tak terperi....

maksiat yang berleluasa...
datang dari cinta yang ternoda...
Cinta yang ternoda...
Disulam dengan godaan Syaitan durjana....
Lahir generasi akhir zaman entah kemana arahnya ...


Saudara Saudariku yang ku kasihi....yang dicintai...
Bukan tujuan diri ini untuk mengukir kata,bersulam dusta...
Bukan untuk main kata ayat-ayat bermadah...


Saudara Saudariku...
Cinta Itu suci....
kerna dengan cinta kita mengenal Ilahi....
Kerna dengan cinta kita kenal nabi...
Namun apakah cinta yang dicari....

Saudara Saudariku....
cinta Allah kita cari....
kerna itu cinta suci...
Dalam pencarian cinta ilahi...ranjaunya banyak onak duri,mehnah ujian dan tribulasi.....
Pabila kita bertemu cinta Ilahi....Ketahuilah....kita baru sahaja mula mencintai Allah...
Sedangkan Allah sudah begitu lama mencintai kita dengan nikmat yang tak terperi......


3 Buah Fikiran:

BADAR SMKA SHAMS said...

salam..

cinta itu suci kalau berlandaskan jalan yang benar dan rasa yang ikhlas..

cinta tidak pernah kotor melainkan manusialah yang mengotorinya.

Badar SMAI said...

@bidadari besi

Assalamualaikum wbt.
terima kasih atas teguran, namun saya percaya saudari juga boleh turut sama ke depan bagi membendung masalah yang ada.

bersyukurlah kita masih ada walaupun sedikit biah islamiah di SMAI. masih ada usaha yg dilakukan utk menghasilkan biah islamiah di SMAI, ya, kami akui masih belum cukup.

BADAR merupakan organisasi yang mempunyai bidang kuasa secara rasmi tapi semua org berhak bersuara dan mengemukakan cadangan, amat dialu-alukan untuk bersama-sama berjuang.

terima kasih sekali lagi.

Bidadari Besi said...

Terima kasih kepada badar smai.
minta maaf kerana terlampau beremosi hari itu. Bila difikrkan balik, benarlah bahawa di smai masih ada biah islamiah, alhamdulillah, sekurang-kurangnya lebih baik daripada sekolah2 lain. Hari itu, nak delete comment itu, tapi, x boleh pulak. Sekali lagi minta maaf kerana tidak berhikmah. Tapi, harap2nya, kita (insan2 yang dipilih Allah untuk sedar) ini dapat sama2 membangunkan biah islamiah di sini. Insya-Allah. Untuk badar, terima kasih juga atas usaha kalian, moga diberkati Allah, dan moga Allah juga bantu untuk kita sentiasa memperbaiki usaha, insya-Allah melalui pengalaman, tarbiah juga ilmu daripada Mualim. Wallahualam. Minta maaf sekali lagi.