09 June 2011

Sembang Anjing dan Lembu


* Isu bercinta dan bercouple dah jadi satu trend sekarang. Walaupun pelajar sekolah agama yang tiap-tiap hari dok dengar couple haram, pegang antara perempuan dan lelaki yang bukan ajnabi dan macam-macam lagi. Ada yang kata nak cari pengalaman waktu muda, ada yang bersumpah setia ala-ala sumpah laknat junjung Al-Quran kata depa akan menikah nanti. Cis, manusia betul! Dah tahu haram, ada ja alasan nak bagi halal. Kalaulah tiba-tiba ditarik nyawa terkedang waktu tengah dating, tengah kiss, tengah peluk, macam manalah ya. Jadi, mari kita ikuti perbualan lembu dan anjing!*



Pada suatu petang yang hening, seekor anjing dan lembu telah terserempak. Maka berlangsunglah perbualan di bawah.

Lembu : Hai anjing, apa khabar? Macam ada yang tak kena je?
Anjing : Aku tengah tension nih. Mahu je aku gigit manusia tadi.
Lembu : Eh? Kenapa?
Anjing : Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "Hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis! ".
Lembu : Yalah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
Anjing : Kalau aku najis sekali pun, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh
dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
Lembu : Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahram tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang kau anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.
Anjing : Ayat kau memang power la. Manusia kena ubah pepatah " Pandai macam lembu."


Kadang-kadang, kita lebih hina dari dua makhluk ini. ='(


Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa
"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram". Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa).

Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya,
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

Allah telah berfirman dalam Al-Quran,
"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna". (Surah Zumar : 9)

Manakala, manusia itu juga lebih teruk dari binatang ternakan (lembu dalam cerita di atas) jika tidak berfikir dengan menggunakan akal yang dikurniakan. Seperti firman Allah dalam Surah Al A'raf : 179.
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Moga bermanfaat.

* Dipetik dari sini*

1 Buah Fikiran:

lonely_honey said...

:D suka artikel ni <3