27 May 2011

Wangian Tarbiyyah

diambil daripada salah seorang blog sahibah


Kau kata dirimu ditarbiyyah, namun mengapa masih leka dengan dunia,
jari masih asyik menari di papan kekunci,
papan kekunci komputer mahupun telefon,
yang mengawal pergerakan syaitan maya,
bermain kononnya hilangkan duka,
sanggup lakukan perkara sia-sia,
ini bukan wangian tarbiyyah.

kau kata dirimu ditarbiyyah,
namun masih hanyut dengan dunia,
dijadikan rutin membaca majalah,
bukan hanya majalah mangga,
majalah oren, nenas jua papaya,
semua dijadikan koleksi idaman,
komik-komik setiap siri tidak ketinggalan,
kononnya sekadar mengisi waktu lapang,
banyak lagi perkara lain yang boleh kau lakukan.
ini bukan wangian tarbiyyah.

Kau kata dirimu ditarbiyyah,
namun masih alpa dengan dunia
wayang-wayang lalai masih terus dilayan,

yang mengundang kepada zinanya mata,
melihat perkara yang bukan-bukan,
membuang masa yang amat berharga,
konon bukan selalu cuma sekali,
bagaimana jika sekali itu lah takdirnya kau mati,

dalam keadaan bermaksiat dihadapan Allah.
kerana ini bukan wangian tarbiyyah.


Kau kata dirimu ditarbiyyah,
namun masih tenggelam dengan keindahan dunia,
pergaulan tidak dijaga dengan sepatutnya,
pandangan mata terus meliar,
percakapan mengilai tidak tentu arah,
hingga hilang prinsip yang perlu dipegang,
kerana tertipu dengan bidadari dunia,
atau jejaka pujaan yang hanya sementara.kerana ini bukan wangian tarbiyyah.


Kau kata dirimu ditarbiyyah,
tapi sikap masih tidak mahu diubah,
emosi dan nafsu masih diutamakan,

tidak dipagari dengan iman,
sehingga mengundang penyakit ukhuwah,
bersangka buruk dengan yang lain,
sedangkan serendah-rendah tahapan ukhuwah,
cukup bersangka baik sesama kita,
bukan menghina dan memburukkan sini dan sana.
kerana itu bukan wangian tarbiyyah.


Kau kata dirimu ditarbiyyah,
namun hubungan dengan Allah tidak dijaga,
tahajjud kau tinggalkan kau anggap biasa,
kekadang tidurmu lebih kau utamakan,
tidur berlebihan sepanjang masa,
korbankanlah tidurmu demi cinta-Nya,
solat bahkan hilang kekhusukannya,
bacaan quran seperti tiada rohnya,
inikan nak berkorban di jalan Allah,
ku tahu kau belum berikan sedaya upaya,
alasan berterusan dijadikan alatan.
itu bukan wangian tarbiyyah.





Kau kata dirimu ditarbiyyah,
namun masih bermalasan dalam berurusan,
bermalasan dalam amanah diberikan,
tidak proaktif sedaya upaya,
menunggu yang lain mulakan langkah,
menunggu disuruh dipaksa baru melangkah,
yakinlah Allah Melihat Segala,
yakinlah Allah Mengetahui Segala,
cukuplah Dia menjadi saksi,
atas amalan yang kita lakukan,
bukan kita lakukan kerana yang lain buat,
bukan kita lakukan kerana yang lain tidak buat,
tapi ikhlaskan diri berbuat kerananya,
bukan kerana agenda lain yang busuk niatnya.
kerana itu bukan wangian tarbiyyah.


Kau kata dirimu ditarbiyyah,
buktikan ikrar dan cinta hanya pada-Nya,
Beribadat lah dengan ilmu di dada,
lahirkan akhlak yang suci indah,
tingkatkan pengetahuan dengan buku dibedah,
kuatkan fizikal sihat tubuh badan,
tingkatkan keyakinan diri dengan berdikari,
tewaskan nafsu kuatkan iman,
disiplinkan diri dengan masa yang berharga,
urus perkara dengan amat berkesan,
agar akhirnya kau bermanfaat pada umat dan agama,
kerana inilah wangian tarbiyyah.


Kau kata dirmimu ditarbiyyah,
ku yakin nasihat pasti kau terima,
memang kita tidak sempurna,

namun kita kan perbaiki sentiasa,
mari buktikan wangian tarbiyyah,
agar mereka tahu indahnya tarbiyyah,
bukan menjauh kepada kita,
hubungan dijaga setiap masa,
hubungan Allah jua manusia,
buat perbaikan sepanjang masa,
bukan syurga yang ingin dikejari,
bukan neraka yang ingin dijauhi,
 namun redha Allah itu yang hakiki.
kerana itulah wangian tarbiyyah.

0 Buah Fikiran: