09 April 2011

untuk banin dan banat...perbaikilah diri

Kalau kami tidak membalas salammu, kami dikatakan sombong,
Kalau kami diam apabila ditanya, dikata berlagak pula,
Kalau kami tidak senyum kepadamu, dipanggil poyo,
Kalau kami tidak membalas smsmu, dikatakan kerek.

Adam...
Perempuan bagaimanakah yang engkau mahu jadikan isteri?
Adakah seorang perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelaki?
Atau perempuan yang melunakkan suara apabila bersuara?
Serta perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua?

Ataupun...
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefonnya,
Tidak hirau sekeliling semata-mata meluangkan masa untuk bersms denganmu?
Begitukah calonmu wahai Adam?
Ketahui wahai Adam,

Sesungguhnya, perempuan itu manja,
Suka dibelai, Suka dikasih,

Namun, Adam...
Tahukah kamu apa erti batas pergaulan?
Janganlah sewenang-wenangnya engkau memanggil kami sombong, berlagak, poyo atau kerek.
Kerana...
Kami begitu untuk menjaga aib kamu,
Membantu kamu menghindari diri dari belengu dosa,
Menjauh dari kehinaan,
Kerana kami merupakan fitnah dunia,
Fitnah terbesar bagi kamu.

Adam...
Kami ini insan yang lemah,
Janganlah kau cemar iman kami,
Janganlah kau rosakkan mujahadah kami,
Janganlah kau kotori kasih dan cinta kami pada Ilahi,
Kerana kami sedang berperang melawan nafsu,
Sedaya upaya menahan diri daripada godaanmu.

Adam...
Andai kau kasih dan sayang pada kami,
Andai kau mahu membela nasib kami,
Andai kau mahu perempuan solehah menjadi suri dalam taman hati,
Ibu kepada bakal pejuang agama,
Doalah buat kami,
Doalah jua buat dirimu,
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan kami...
Kerana Adam adalah pembela kami.

-Artikel Iluvislam-

utk banin kaum wanita adalah fitnah terbesar utk kamu.peliharalah dirimu drpd fitnah itu yakin apa yg kamu jaga hari ini pasti x sia sia kerana ada ganjarannya nanti.Allah kurniakan padamu sembilan akal mengalahkan nafsumu yang satu.Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu dan berjihad menentang nafsumu. Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.

dan utk banat   kecantikan lahiriah yang Allah kurniakan padamu patut kau syukuri jangan mudah terpengaruh dgn Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu. sangat pelik apabila kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu. tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.Kau harus ambil kesempatan  untuk memperdayakan Iblis yg menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam.Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam.Adam menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian dan berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu.Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.ketahuilah ada tiga ciri wanita solehah (boleh bincang dgn naqibah masing2). cubalah menjadi wanita solehah itu.

p/s: utk adik2 usrah boleh bincangkan masalah ni dgn naqib dan naqibah masing2... bagaimana nak atasi?memang x dinafikan usia kita sekarang ni sgt byk pengaruhnya dan godaan nafsu. kita yakin kita mampu utk melawannya namun bila mengalaminya akhirnya kita tewas dgn nafsu.

eg: kenapa org bercouple? "mereka x mampu nak kawal nafsu mereka tapi aku boleh.nak try la" mungkin kita kata kita kuat utk lawannya tapi bila dah terjerumus dlam couple x berjaya. ramai yg jadi camni...renung renungkan

2 Buah Fikiran:

NURHADIRAH said...

kenapa x dak pasal APRILFOOL... Ramai yg x tau kisah sebenar APRILFOOL diwujudkan...

Syaza Suraini said...

Rasanya ada kisah sebenar april fool post thn lps..