29 April 2011

banyaknya x baca lagi!!!!!
PPT..
salamullahi'alaikum....alhamdulillah...masih lagi bernafas atas muka bumi allah ni...

nampak dak tajuk dia tu???apa PPT tu?adakah sejenis makanan?

oh, semestinya tidak...PPT ialah akronim yg sngat familiar dgn student2 SMKA Al-Irshad, betoi dak??? 

PPT- Peperiksaan Pertengahan Tahun..

so, apa yg BADAR nk kongsi dgn irshadians semua kali ni?? jom kita baca..

KNOW YOUR STUDY STYLE
 
I hear and I forget.
I see and I remember.
I do and I understand.

Old Chinese Proverb

People learn differently. Some prefer using pictures. Others like working in groups. How do you learn best? Here are the three major factors making up your learning style.

  1. The three senses - auditory, visual and kinesthetics
  2. The two reasoning types - deductive and inductive
  3. The two environments - intrapersonal and interpersonal
Check these factors as they apply to different subjects to discover your learning preferences.

The Three Senses

Auditory - listening
    ( ) - I prefer to follow verbal instructions rather than written ones. ( ) - I find it comfortable to add spoken numbers mentally.
Visual - seeing, reading and visualizing
    ( ) - I score high on tests that depend on reading comprehension. ( ) - I can read formulas and understand them. ( ) - I prefer maps to verbal directions when I am trying to find a place.
Kinesthetics - moving, touching, writing and doing.
    ( ) - When I write things down, it clarifies my thoughts. ( ) - I have to manipulate formulas in order to understand them. ( ) - I like to draw pictures. ( ) - I am good at using my hands. I enjoy lab classes. 
    DAH TAU DAH??? check this out!!!  
PELAJAR YANG CEMERLANG BELAJAR DALAM PERSEKITARAN YANG KONDUSIF:

- PASTIKAN CAHAYA ADALAH TERANG


- KURANGKAN GANGGUAN BISING/MUZIK


- TAMPAL POSTER MENGANDUNGI SLOGAN DAN KATA-KATA HIKMAT YANG DAPAT MERANGSANG MINAT UNTUK BELAJAR


- TAMPAL GAMBAR-GAMBAR YANG DAPAT MENENANGKAN FIKIRAN DAN DIHARUSKAN OLEH SYARAK


- UBAHSUAI KEDUDUKAN KERUSI DAN MEJA BELAJAR AGAR TIDAK MEMBELAKANGKAN KIBLAT


- JANGAN LUPA SENYUM

 
- DUDUK DENGAN TEGAK DAN BERNAFAS DENGAN BETUL


- MENGGUNAKAN JARI TELUNJUK UNTUK MEMBACA

 
- MEMBACA DOA PENERANG HATI SETIAP HARI SELEPAS SEMBAHYANG,SEBELUM MEMBACA DAN SEBELUM PEPERIKSAAN


- JANGAN BELAJAR KETIKA TERLALU LETIH DAN MENGANTUK KERANA KITA SUSAH MENGINGAT SESUATU SEMASA KITA PENAT


- BELAJAR MENGIKUT WAKTU YANG PALING SESUAI DENGAN DIRI PELAJAR SENDIRI.WALAUBAGAIMANAPUN,WAKTU-WAKTU YANG SESUAI UNTUK BELAJAR IALAH SEBELUM TIDUR,SELEPAS BANGUN TIDUR,SELEPAS MANDI AIR PANAS,SELEPAS SEMBAHYANG,SELEPAS MEMBACA AL QURAN/ZIKIR,SELEPAS RIADAH DAN SELEPAS BERDOA


- MENGULANGKAJI SECEPAT MUNGKIN.SALAH SATU WAKTU MENGULANGKAJI YANG PENTING ADALAH ULANGKAJI RINGKAS SELEPAS KELAS(KITA AKAN LUPA 80% APA YANG KITA PELAJARI JIKA TIDAK MENGULANGKAJI DALAM MASA 24 JAM)


- ELAKKAN MAKAN MAKANAN YANG BOLEH MENYEBABKAN KITA LUPA SEPERTI KEPALA IKAN,ORGAN DALAMAN,MINUM SEMASA MAKAN,MAKANAN/MINUMAN YANG TERCEMAR DENGAN SEMUT,MAKAN TERLALU KENYANG,KENCING BERDIRI,MELIHAT KEMALUAN DAN NAJIS,MELIHAT SALIB DAN MEMBACA NAMA DI BATU NISAN


- BANYAKKAN MAKAN MAKANAN YANG MENGANDUNGI KACANG SOYA,MAKAN KISMIS,KURMA,BADAM DAN MADU


- MENYUKAI SETIAP MATA PELAJARAN YANG DIPELAJARI


Mengapa Anda Selalu Lupa?


Ramai pelajar menjadikan lupa sebagai alasan untuk tidak belajar atau membuat ulangkaji terlalu awal.  "Buat apa baca sekarang esok lupa juga".  Inilah kata-kata yang sering diucapkan.  Tahukah anda, sebenarnya anda tidak lupa, cuma anda belum melakukan cukup usaha supaya anda tidak lupa.   Mudah bunyinya bukan??

Sebenarnya wujud perbezaan antara belajar awal dengan belajar waktu musim peperiksaan.  Anda perlu belajar awal untuk menyediakan nota-nota bermutu dan untuk memahami setiap mata pelajaran dengan sebaik-baiknya.   Jangan risau kalau masih banyak yang anda belum ingat, yang penting telah banyak tajuk-tajuk yang anda telah faham.

Fahami apa yang dibaca.  Memahami matapelajaran adalah langkah pertama sebelum anda melakukan usaha untuk menghafalnya.  Menghafal bahan yang tidak difahami adalah perbuatan yang sia-sia.  Sekiranya anda belajar awal, anda pasti punya banyak masa dan berpeluang untuk bertanya kepada guru dan rakan-rakan agar setiap kekeliruan dapat diatasi sebelum terlambat..  

Pecahkan kepada beberapa kumpulan kecil.  Sekiranya anda terpaksa menghafal terlalu banyak fakta, jangan hafal kesemuanya serentak.  Tidak perlu terburu-buru.   Pecah-pecahkan fakta-fakta tersebut kepada beberapa kumpulan kecil dan hafal setiap fakta dalam kumpulan ini.

Elakkan dari tidur petang.  Ini lagi satu penyakit.  Tidur selepas waktu Asar akan melembabkan otak anda.  Dalam Islam amalan tidur petang sebegini sangat tidak digalakkan.  Oleh itu hentikan tabiat buruk anda ini.  Kalau anda letih, tidur sahaja sebentar selepas solat zuhur, ini sunnah Rasulullah s.a.w.  Badan akan terasa lebih bertenaga untuk belajar diwaktu malamnya nanti.

Ajarkannya kepada orang lain.    Cari peluang untuk mengajarkan apa yang telah anda ketahui kepada orang lain.  Libatkan diri secara aktif dalam perbincangan kumpulan.   Hanya dengan mengajarkannya sahaja anda dapat menguji penguasaan anda terhadap satu-satu tajuk. 


so, dah tau teknik2 blajar...apa lagi, adik2,kawan2 sekalian...pi la study...nk PPT dah...


p/s: ALL THE BEST TO ALL IRSHADIANS!!! SELAMAT MENJAWAB SOALAN!!!! :p


wassalam....



0 Buah Fikiran: