28 February 2011

fikir-fikirkanlah..

Kisah ini diadaptasi daripada sebuah kisah kehidupan sebenar seorang hamba Allah..Sungguh kisah ini benar-benar terjadi...hayati bersama kisah ini...

Di suatu petang yang mendung, seorang ustazah yang ayu wajahnya mengenakan tudung yang sepadan dengan bajunya menambahkan lagi keayuan si pemilik wajah masuk ke kelas dengan semangat yang tinggi demi memajukan pendidikan agama anak bangsa..

Sedang dia asyik mengajar dan mencakna minda murid-murid, hujan mulai turun dengan lebat disusuli dengan guruh dan dentuman di langit..kilat sabung-menyabung...pekikan petir bisa mengecutkan hati sesiapa yang mendengarnya sepertinya ada syaitan laknatullah yang melarikan diri daripada dipanah..hanya kalimah syahadatain dan istighfar meniti di ruang bibir ustazah N, teringatkan azab Allah yang menanti di akhirat kelak andai diri tidak dipersiapkan dengan iman dan amal soleh..

Sekali petikkan petir, memutuskan bekalan elektrik yang mengalirkan arus elektrik ke seluruh sekolah termasuk jugalah kelas tahun 4 yang diajarkan oleh ustazah N..suasana yang tenang bertukar menjadi hingar-bingar umpama meteor jatuh ke bumi, jelas mengganggu konsentrasi ustazah N untuk meneruskan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran ditambah pula dengan suasana kelas yang gelap gelita yang tidak mengizinkan sesi pembelajaran berjalan seperti biasa...

"Murid-murid!duduk tempat masing-masing!", ustazah N meninggikan suara, melawan kebisingan suasana.

"Kamu tau tak, sekarang ni, syaitan laknatullah sedang berlari, takutkan panahan petir para malaikat, seolah-olah kamu berlari sekali dengan syaitan, kamu tak takut kena panah petir?!", tanya ustazah N tegas.

"Takuuuuuut......", seloroh murid-murid serentak.

Tiba-tiba sayup kedengaran satu suara kecil mengatakan,

"SAYA TAK TAKUT PADA APA-APA, SAYA HANYA TAKUT PADA ALLAH",

terpegun ustazah N mendengar jawapan daripada murid berkenaan. Lantasn ustazah N menjawab, "Betul tu Abdullah, kita hanya perlu takut hanya pada Allah kerana Allah yang menjadikan petir dan guruh di langit sebagai peringatan buat manusia bahawa azab Allah bukanlah suatu cerita yang diada-adakan akan tetapi ia merupakan hakikat yang akan kita tempuhi andai kita tak mempersiapkan diri dengan iman dan amal soleh",

Ustazah N dapat mengawal keadaan kelas dengan meminta murid-murid berzikir mengingati Allah dan memohon perlindungan daripadaNya...
Seketika, memandangkan masa persekolahan hanya tinggal 10 minit sahaja lagi, ustazah N mengizinkan murid-muridnya membuat kerja sendiri tanpa mengganggu orang lain. Lantaran itu, beberapa orang pelajar datang kepadanya dan mengajukan pelbagai soalan, antara soalannya ;

"Ustazah, kenapa kita tak boleh pegang besi sewaktu petir berdentum?"

"Ustazah, kenapa kita tak boleh main hujan?"

"Ustazah, kenapa hujan berasid?"

tanpa menghampakan harapan mereka ustazah N menjawab satu persatu soalan yang diajukan dengan tenang..

Tiba-tiba seorang pelajar menghampiri ustazah N lantas dengan bersuara comel dia berkata,

"Ustazah, saya nak tanya satu soalan boleh?"

"Boleh Abdullah, tanyalah," jawab ustazah N lembut.

"Dah lama saya tertanya-tanya dalam diri saya, KENAPA ORANG SEKARANG RAMAI NAK BELAJAR AKADEMIK TAPI YANG BELAJAR AGAMA KURANG?"...

meremang bulu roma ustazah yang mendengar, lantas tertunduk dan berfikir akan perihal duniawi yang bermain di benak fikirannya....
"Wahai adik -adik, sahabat sahabat sekalian, lihatlah contoh yang ditunjukkan di dalam kisah ini, ia bukan satu rekaan semata tetapi ia kisah benar yang dinukilkan agar menjadi satu pengajaran buat kita semua...Bayangkanlah , hari ini kita melihat senario masyarakat kita yang yang berlumba-lumba mencari duniawi sedangkan ukhrawi itu hanya dijadikan perhiasan atau mungkin tidak dihiraukan langsung!,

Bukan mencari kesalahan tetapi fikirlah dengan akal yang waras yang dikurniakan Allah SWT sebagai pembeza insan dan haiwan, bohong andai kata tidak menemukan agama dalam tiap perbuatan kita, seolah-olah tidak mahu berfikir , sedangkan kanak-kanak pun bisa berfikir mengenainya, melangkau daya pemikiran orang dewasa walhal dirinya baru berusia 10 tahun!Baru mengenal dunia sudah mampu berfikir sedemikian..inikan pula kita orang dewasa yang sepatutnya menjadi contoh kepada mereka, wahai orang dewasa..

Marilah kita bermuhasabah diri...

ALLAH adalah satu-satunya pemelihara alam..pemelihara hati dan jiwa,Segala puji HANYA untuk Allah atas segala pemeliharaan-Nya , dan promote tertinggi buat kekasih Allah Nabi Muhammad S.A.W.Contoh teladan terbaik sepanjang zaman.

Dalam kepenatan ..

dalam kelelahan...

Mari adik -adik, sahabat sahabat..mari kita duduk sebentar ...dan beriman

IJLIS BINA NU'MIN SA'AH (duduk dan beriman sebentar )

mari adik -adik, sahabat sahabat ..mari kita cas iman kita bersama,mari sama-sama bermuhasabah

Apakah kesibukan kita semakin mendekatkan diri kita kepada ALLAH??? atau...??

Duduklah sebentar..dan muhasabah iman di hati..


"Kerana Cintaku Pada Yang Satu, Kerana Ukhuwah Kita Bersatu

0 Buah Fikiran: