28 February 2011

fikir-fikirkanlah..

Kisah ini diadaptasi daripada sebuah kisah kehidupan sebenar seorang hamba Allah..Sungguh kisah ini benar-benar terjadi...hayati bersama kisah ini...

Di suatu petang yang mendung, seorang ustazah yang ayu wajahnya mengenakan tudung yang sepadan dengan bajunya menambahkan lagi keayuan si pemilik wajah masuk ke kelas dengan semangat yang tinggi demi memajukan pendidikan agama anak bangsa..

Sedang dia asyik mengajar

13 February 2011

layakkah kita??

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,

“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Quran dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”

Khutbah singkat itu diakhiri dengan

KEKASIH.......14 Feb or 12 Rabiulawal?????

salamullahi 'alaikum....

rasanya semua dah tau....esok, 14 Feb Hari Valentine or Hari Kekasih...tapi entry kali ni...bkan la nk ckap pasal Hari Kekasih yg 14 Feb ni...tp nk ckap pasal Hari KEKASIH kita selepas ALLAH, i.e. Nabi Muhammad s.a.w. yg jatuh pada 15 Feb taun ni...

so,apa yg perlu kita lakukan utk menyambut birthday KEKASIH kita ni???

1.banyakkan selawat ke atas baginda
kalau sambut bithday kawan ke, family ke, kita bagi hadiah kan??kalau nak sambut birthday kekasih kita ni, hadiah dia selawat je....keluar duit pon tak,,buang masa pon tak...senang kan???bukannya nk kena pergi kedai,pusing2 cari selawat mcm nk cari hadiah tu...sambil2 buat homework yg bertimbun2 tu,,selawat la...better drpd dok sumbat telinga dengar lagu2 yg x dak faedah tu...

2.praktikkan sunnah baginda in our daily life *sunnah makan,minum,tidur,etc,etc
even sunnah yg biasa2 mcm sunnah potong kuku pon,,kalau ikut cara nabi,,dah dpat pahala...

3.baca kisah2 perjalanan hidup baginda dan pengorbanan2 yg baginda buat utk kita
supaya kita sedar nabi dah buat macam2 untuk ummat dia...sebab tu kita boleh hidup senang je sekarang ni...dulu kalau tau je islam,,kena seksa la...kena pulau la...kita sekarang ni,,bebas je nk beribadah..

**selingan sikit**
nabi masa malaikat jibril bagitau yang ada ummat nabi akan masuk neraka,,nabi pengsan..then,bila nabi sedar balik..nabi kurung diri je dalam rumah,,x mau jmpak sapa2..nabi cuma keluar untuk solat jemaah kt masjid je...nabi habiskan waktu baginda berdoa kpd Allah,,supaya selamatkan ummat nabi muhammad daripada api neraka..

ha...tengoklah...betapa sayangnya nabi kt kita...so,utk mmbalas kasih sayang tu,,ikutlah sunnah nabi..bacalah selalu al-Quran yg diturunkan kpda nabi tu...

inshaallah,pesanan utk diri yg mnulis dan kpd pembaca...
wallahu a'lam..wassalamu'alaikum w.b.t.




09 February 2011

Sayang Kawan Perempuan, Tinggal-tinggalkan

"Sayang, sayang... kenapa kita tak pernah keluar berdua? Tengok diorang tu, pergi mana-mana pun berdua je, sweet kan? Kenapa kita tak macam tu?
Kawan honey kan, nak pergi mana-mana mesti boyfriend dia temankan. Bukan setakat PAUN, nak pergi ‘potostet' pun boyfriend dia temankan. Sweet sangat! Romantic couple! Kan? Kan sayang kan? Mesti diorang tak pernah gaduh, sweetnyeee.....
Kenapa sayang tak nak keluar dengan honey,teman honey jalan-jalan, shopping... tak macam boyfriend lain buat kat girlfriend diorang? Sayang malu keluar dengan honey ek? Honey tau la honey tak cantik.... Hmm...."

***IKLAN ABIS, TAPI SEBAB TAK SANGGUP TENGOK CERITA TERSEBUT, TUKAR CHANNEL***
"Ustaz, boleh tak sebenarnya lelaki dan perempuan keluar berdua? Tak kisahlah diorang couple ataupun tidak. Boleh tak? Keluar sebab ada urusan kerja ke, saja-saja ke, tapi tak buat apa-apa. Means tak sentuh-sentuh, just borak-borak je..."
"Hmm... Drama sebelah tadi pun cerita pasal lelaki perempuan keluar berdua jugak".

**** PENONTON TERCENGANG! ****

06 February 2011

HAPPY VALENTINE DAY! (???)


Hukum Rai Valentine & Jual Bunga
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

flowerred2.jpg

Soalan
Assalamualaikum ustaz,
Benarkah hukum menyambut hari Valentine adalah haram, bagaimana pula hukum menjual hadiah dan bunga kepada pasangan-pasangan bukan Islam dan sebahagian umat Islam yang meraikannya?

JAWAPAN
Saya telah menyertakan jawapan di ruangan artikel bahasa Inggeris, bagi membantu rakan-rakan yang kurang selesa memahami bahasa Inggeris, disertakan jawapan ringkas saya berkenaan sambutan hari valentine.

05 February 2011

~Let's do some renovation~

Go to fullsize image

Salamullahia'laikum..
Kepada pembaca sekalian, dalam entri kali ini, ana ingin berkongsi satu hadis Rasulullah S.A.W. yang mafhumnya, " di dalam diri manusia ini, terdapat seketul daging. Apabila elok daging itu, maka eloklah seluruh anggota badannya. Jika buruk daging itu, maka buruklah seluruh anggota badannya."

Justeru, ingin ana mengajak diri ana dan pembaca sekalian, marilah sama-sama kita muhasabah kembali  dosa-dosa yang telah kita lakukan dan perbaharuilah iman kita agar kita sentiasa mendapat rahmat serta keredhaan Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik penerima taubat.


 p/s : Blog ini sedang berada dalam proses penyelengaraan. Justeru, pihak BADAR SMKA Al-Irshad  ingin memohon sejuta kemafaan atas segala kesulitan yang berlaku.

04 February 2011