30 January 2011

Guru - jasamu tidak akan pernah ku lupakan


Seperti yang kita semua tahu, seorang guru yang begitu dekat dengan pelajar, yang begitu memahami pelajarnya, akan melangkahkan kaki daripada bumi Irshad.

"Terima kasih sir".

Ucapan ini tidak mampu membalas segala jasa yang telah Sir curahkan di SMKA Al-Irshad ini. Setelah lebih kurang 17 tahun Sir mengajar di Irshad. Pelbagai pengalaman yang telah Sir peroleh selama berada di sini.

Perpindahan Sir ke sekolah yang baru begitu dirasai oleh pelajar tingkatan 5. Sebenarnya Sir telah banyak merancang bermacam-macam program dan agenda demi kecemerlangan pelajarnya yang akan menduduki SPM pada tahun ini. Namun apakan daya, Sir terpaksa berpindah ke sekolah lain walaupun bukan dengan kerelaannya. Beliau akur dengan keputusan yang telah dibuat. Walaubagaimanapun, kami di sini tetap mendoakan kejayaan Sir walau di mana sekali pun sir berada. Kami tidak akan pernah lupa segala jasa yang telah Sir curahkan kepada kami. Kami berjanji akan memberi kejayaan seperti yang Sir harap-harapkan.

Kami, seluruh pelajar SMKA Al-Irshad, terutamanya pelajar tingkatan 5, memohon sejuta kemaafan atas segala kesalahan yang pernah kami lakukan. Semoga Sir sentiasa berada di bawah naungan dan rahmat daripadaNya. TERIMA KASIH SIR. :')

28 January 2011

10 Langkah Wujudkan Keyakinan Diri


Kadang kala, kita sebagai manusia selalu merasa kurang yakin dengan diri kita. Apatah lagi bila berhadapan dengan kelompok manusia yang kita rasakan masih terlalu asing bagi kita. Biasanya, kita akan cuba mengelak dengan mengatakan kita tidak mampu melaksanakan sesuatu kerja tersebut. Justeru, di sini ana berikan beberapa tips dan petua untuk kita meningkatkan keyakinan diri.

1. Anggaplah diri anda diciptakan Allah sama seperti orang lain. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?

2. Apa-apa kekurangan / kelemahan yang ada pada diri anda, anda baikinya secara perlahan-lahan.

3. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif.

4. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.

5. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan. Riadah ini sebagai 'warm up' dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

6. Kemaskan diri dan anggaplah diri adalah yang terbaik pada hari itu.

7. Apabila berinteraksi, pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

8. Apabila memulakan sesuatu tugas, jangan memikirkan masalah. Tetapi fikirkan hasil yang akan diperoleh selepas tugas tersebut dilaksanakan.

9. Sentiasa peka akan waktu. Jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.

10. Berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan setiap urusan seharian kita.


Insya-Allah anda akan dapat menilai betapa berharganya diri anda.

Sesungguhnya anda ialah insan yang mulia dan cemerlang.

Insan yang mulia dan cemerlang mempunyai potensi dan setiap potensi harus diusahakan untuk mendapatkan hasilnya!

Pembukaan Lembaran Baru Fastabiqul Khairat buat Pertama Kalinya untuk Tahun 2011


Berfirman Allah Taala yang bermaksud :

" Bersabar daripada melakukan maksiat itu lebih mudah bagimu daripada bersabar menanggung azab neraka Jahannam. Sesungguhnya azabnya itu suatu kebinasaan yang kekal abadi.
Sementara itu bersabar dalam melakukan ketaatan yang sedikit itu akan dibalas dengan kerehatan yang panjang dan padanya kenikmatan yang kekal abadi ......"



salamullahialaikum....

entri kali ini ana mulakan dengan satu firman Allah yang tiba-tiba menyentuh hati ana bila terpandang dalam sebuah buku pembangunan jiwa. Sabar... Susah sekali manusia nak bersabar... Harus diingatkan hasil usaha tidak datang bergolek dalam sekelip mata dan dalam mencapai hasil yang terbaik pasti akan datang bersama dugaan dan cabaran sebagai ujian Allah terhadap iman kita. Memandangkan pentadbiran Badar Smai 10/11 telah mengambil alih pentadbiran yang lama , ana pasti kesabaran menjadi satu bekalan wajib buat kami dalam membentuk warga duta Islam di SMKA Al-Irshad sebagai satu ummah musleh & muttaqin sama seperti bekas-bekas tampuk pemerintahan sebelum ini...
Jutaan terima kasih kami ucapkn kepada pentdbiran 09/11 kerana antum semua sudah lakukan yang terbaik dalam meninggalkan sesuatu yang begitu berharga dan berusaha keras dalam mewujudkan bi'ah Islamiyyah di SMKA Al-Irshad ini dan insyaAllah kami pula yang akan menjadi penerus perjuangan suci kalian.. Mudah-mudahan... Amin..
Jadi, kami disini begitu mengharapkan kerjasama putera-puteri SMAI sekalian kerana amanah yang digalas ini bukan mudah dan insyaAllah, Badar SMAI 10/11 akan cuba lakukan sebaik mungkin. Sebelum itu, pihak Badar SMAI ingin memohon beribu kemaafan kerana keterlambatan dalam meng'update' entry baru... dan rasanya ini ialah post yang pertama kalinya untuk prmulaan 2011 (^_^) Apapun Badar SMAI ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat yang terus menyokong dan tak henti-henti bertenyaken post terbaru... Syukran kasiran....