12 December 2010

PMR, SPM!

Assalamualaikum!
Alhamdulillahhh.

PMR telah lama berlalu dan SPM bakal menutup tirai *bagi pelajar-pelajar aliran khas, pelajar-pelajar lain sudah lama bergembira menikmati kemerdekaan masing-masing*
Buat ikhwan dan akhowat tingkatan 5, pastinya tarikh keramat 16 Disember (bagi pelajar bukan aliran agama-akaun) dan 20 Disember menjadi tarikh yang amat dinanti-nantikan. Semoga kita diberi kelangsungan umur oleh Yang Maha Esa :)

Aiwah.

Buat adik-adik PMR yang ternanti-nanti kesudahan peperangan mereka beberapa bulan yang lalu, apa kata adik-adik (abang-abang dan kakak-kakak pun sekalilah, tak lupa juga adik-adik tingkatan 4) isikan setiap detik dan waktu sementara jantung masih mampu berdegup, dengan menyertai pelbagai kem, jambori dan kursus (selain kursus menjadi assistant housewife yang berjaya)!
Ada sekurang-kurangnya empat aktiviti yang boleh disertai sementara menunggu keputusan peperiksaan . . . anda dialu-alukan untuk memaklumkan sebarang aktiviti menarik yang boleh kita kongsikan bersama-sama.


PERTAMA :
Kem Eksplorasi Remaja Islam
Sebuah perkhemahan remaja anjuran KRIM Pulau Pinang..
maklumat lanjut :

KEDUA :
Young Muslim Intellectual Camp.
Penulis sekadar menerima ajakan teman-teman tentang kem ini, jadi penulis tak dapat nak beri maklumat yang lebih terperinci, harap maaf x)
Namun, sekadar yang penulis tahu, kem ini anjuran USM (atau diadakan di USM?), merupakan program balik hari (pergi pagi, balik petang) dan memerlukan pengangkutan sendiri oleh para peserta.
tarikh 18 dan 19 Disember 2010

KETIGA :

KEEMPAT :
x)

BADAR SMAI mengucapkan selamat bercuti :)

1 Buah Fikiran:

Adilla said...

Salam, penulis...Besarnya logo PLKN!