12 December 2010

PMR, SPM!

Assalamualaikum!
Alhamdulillahhh.

PMR telah lama berlalu dan SPM bakal menutup tirai *bagi pelajar-pelajar aliran khas, pelajar-pelajar lain sudah lama bergembira menikmati kemerdekaan masing-masing*
Buat ikhwan dan akhowat tingkatan 5, pastinya tarikh keramat 16 Disember (bagi pelajar bukan aliran agama-akaun) dan 20 Disember menjadi tarikh yang amat dinanti-nantikan. Semoga kita diberi kelangsungan umur oleh Yang Maha Esa :)

Aiwah.

Buat adik-adik PMR yang ternanti-nanti kesudahan peperangan mereka beberapa bulan yang lalu, apa kata adik-adik (abang-abang dan kakak-kakak pun sekalilah, tak lupa juga adik-adik tingkatan 4) isikan setiap detik dan waktu sementara jantung masih mampu berdegup, dengan menyertai pelbagai kem, jambori dan kursus (selain kursus menjadi assistant housewife yang berjaya)!
Ada sekurang-kurangnya empat aktiviti yang boleh disertai sementara menunggu keputusan peperiksaan . . . anda dialu-alukan untuk memaklumkan sebarang aktiviti menarik yang boleh kita kongsikan bersama-sama.