08 October 2010

DARA, ZINA DAN STOR SEKOLAH

Saya tahu blog ini tidak dibaca oleh komuniti Al-Irshad sahaja, ianya telah merentas komuniti pembaca yang datang dari latar berbeda.


Jadi, atas hal itu, ini kisah tentang dara, zina dan stor sekolah.

Dalam komuniti yang tidak mengamalkan nilai Islami, mempunyai dara merupakan perkara yang pelik. Yang berdara ialah orang jumud, ketinggalan, bodoh, dayus atau apakah lagi?

Zina pula merupakan budaya yang diraikan. Di Barat, zina perkara yang lebih biasa, teman rapat 'couple'.

Stor sekolah. Apa perkaitan dara dan zina dengan Stor Sekolah?


DARA <3> ZiNA

Dara ialah simbol kesucian sesebuah institusi perkahwinan. Ok, dara bukan simbol tetapi BUKTI, qarinah paling ampuh bahawa perkahwinan bukan sekadar satu medium menghalalkan yang haram tetapi perkahwinan lebih dari itu.

Perkahwinan ialah kesatuan fikrah, madrasah yang akan melahirkan pejuang agama Allah, penerus rantaian dakwah Rasulullah saw, penegak kebenaran, memenuhi sebahagian tuntutan hidup, meramaikan umat Islam di Akhirat dan dunia juga asas agama. Perkahwinan lebih dari apa yang kita sangka! Ops, usia 17 tahun apakah terlampau muda untuk memahami falsafah perkahwinan?

Baik!Sejauh mana, dara ini menjadi perkara yang berharga? Percayalah, hari ini, dalam kegersangan jati diri dan identiti, nilai dara di mata kebanyakan mawar yang memilikinya setaraf dengan debu kecil yang berterbangan ke mana-mana. Kadang dikencing anjing, kadangkala dihujani najis kucing!

Dara dijadikan barang dagangan paling mudah dan laris. Paling menguntungkan juga. Ya Allah musibah apakah??? Saya tidak berminat untuk berbincang tentang faktor utama trend hilang dara ini berleluasa. Iya, kita sering menyalahkan budaya Barat sebagai 'pesalah', pun begitu di manakah letak kapasiti kesalahan ketika penjenayah ini dibiar bebas?

Datanglah budaya Utara, Selatan dan Barat sekalipun, namun andai seseorang itu berpegang kepada tali agama Allah yang kukuh, nescaya dia akan teguh kekal berdiri di landasan agama Allah. Kadangkala, apabila berhadapan dengan kes-kes mukadimah zina terutamanya 'couple', entah mengapa ayat "Zina jalan kemungkaran" sudah tidak menjadi antibiotik ampuh untuk menembuh imuniti virus kejahatan dalam jiwa.

Apa kata kita lihat kesan hilang dara dan zina dalam konteks realistik?
1. Menjadi ibu Ayah Imam Shafie (jika tidak silap) pernah ditanya, "Bagaimanakah kau mendidik anakmu?" Jawabnya, "Aku mendidiknya 15 tahun sebelum dia lahir?" Uish, bagaimana mendidik seorang anak yang belum lahir? Jawapannya, didikan seorang anak bermula daripada IBUNYA.
Ibu yang baik,yang masthura (terpelihara), menjaga jiwa dan hati, meneguh iman, cintakan Islam hakiki, insya-Allah, akan melahirkan anak yang soleh dan solehah. Bayangkan, jika bakal IBU ini tidak menjaga dirinya. Daranya tidak dijaga sebaiknya, apatah lagi tempat yang bakal menjadi rumah pertama si anak yakni Rahim?
Di sinilah letak peranan BAKAL BAPA yang baik, untuk memilih IBU yang baik, yang akan melahirkan anak-anak yang baik... Saya paling benci melihat bayi dibuang... Itu perkara yang amat tidak berperikemanusiaan. Setelah mengucup nafsu nikmat tapi maksiat, 'natijahnya'? Bakal ibu,Keadaan yang tidak terpelihara ini akan melahirkan anak yang tidak terpelihara juga.

Ibu mana yang tak sayang anak oi??? Kita tidak suka kalau anak kita melakukan zina, melebihkan kasihnya kepada 'boypren' yang baru dikenali dua bulan, jadi SEBAGAI BAKAL IBU JANGANLAH KITA MELAKUKANNYA! Bakal ibu, (termasuk diriku), kesan perbuatan hari ini, andai tidak diiringi taubat dan kebaikan, mengundang musibah di kemudian hari. Saya sayang anak-anak saya. Anda bagaimana?

Cerai, Suami Main Kayu Tiga? Arghhhh!!! Tidak! Setelah mahligai anda terbina atas dasar cinta yang mendalam, sepuluh hari setelah akad dilafazkan, suami anda melafazkan talak. Ini bukan sekadar bain sughra, tapi kubra! Oh, talak dan cerai dibuat main! Ketika itu, tentu anda akan terfikir, "Apakah yang menyebabkan institusi keluargaku hancur?"
Tahukah anda, hilang dara sebelum berkahwin menjadi enzim yang mempercepat proses kehancuran sesebuah perkahwinan? Enzim ini bertindak dalam sebarang suhu, dan mencerna sepotong kek paling manis dan lazat menjadi najis paling busuk! Tiada kepercayaan yang wujud dalam perkahwinan sebegini. Oleh sebab sebelum berkahwin sekalipun yakni sebelum mempunyai ikatan yang sah, anda sudah berzina dengan laki-laki yang entah siapa-siapa, sukar untuk meletakkan kepercayaan sekalipun dalam ikatan yang sah.

Maka, runtuhlah institusi keluarga. Ketika itu, yang merugikan bukan sekadar keruntuhan sistem asas negara yang Islami, yang perlu turut difikirkan berpuluh-puluh ribu wang ibu bapa anda lesap bagai abu ketika buat kenduri kendara bagai nak rak. Habis! Ini bukan sekadar masalah sosial, tetapi turut menyumbang kepada krisis ekonomi rakyat kita yang rata-ratanya tidak mampu hidup seselesa mana...Mungkin,kes cerai-cerai inilah yang merosakkan sistem ekonomi negara sehingga kita terpaksa buat, erm, MOdel EKOnoMI BarU :)

3.Di Mata Masyarakat, Hakikat kita Sebagai Hamba

Ya Tuhan.
Sedarkah ketika anda bergelumang melayan nafsu haram, ketika anda kecundang bermujahadah melawan syaitan, ketika melakukan dosa, anda bernafas dengan udara milik siapa??? Milik siapa mata yang melihat kemungkaran, tangan siapa yang bersentuh menggelitar kemaksiatan, milik siapa??? Bukankah segalanya milik Allah? Apa tidak malukah kita? Ya Allah, peliharalah kami!

Di mata masyarakat yang dianggap konvensional, orang yang berzina ini sering dicaci... Di mata orang yang dianggap penuh intelektualiti, orang yang berzina ini dianggap perlu dilindingi... Benar, benar...Ada yang tersilap langkah, mereka perlu dilindungi. Namun, meraikan mereka yang berzina ini akan menjadikan mereka yang belum berzina lagi bakal melalui jalan yang sama kerana jalan-jalan penzinaan yang terbuka luas (rujuk SOLUSI 23, ms 36-37)... Oh, ini padah!!!

KESIMPULAN Artikel ini menunjukkan kesan SEBENAR yang akan berlaku, kesan apabila kita gagal mengawal diri. Kita degil tidak mahu akur bahawa couple itu HARAM, ikhtilat yang tidak terpelihara juga HARAM, apa sahaja yang membawa kepada HARAM ialah HARAM!!!

Apapun..
Jom, 'bercouple'!
'Couple' dengan ilmu! :D

UNTUK BAKAL-BAKAL SUAMI

Berhenti merosakkan bakal-bakal isteri! Dalam apa cara sekalipun. Kerana anda akan dapat apa yang anda perbuat.



perkahwinan ialah perkara yang indah, jangan cemarinya...

STOR SEKOLAH ','

DaRA, ZInA....Bisa sahaja berlaku di Stor Sekolah!


Jemput ke sini :)

0 Buah Fikiran: