09 October 2010

Buku, Sekolah dan Fikrah



.::Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang menciptakan::.Al-Alaq;1

Siapa pernah dengar rakyat Malaysia malas membaca?

Saya pernah dengar.Tapi, saya tak percaya. Di sekolah, saya lihat kawan-kawan saya begitu rajin membaca. Mereka sentiasa membaca.Sambil berjalan ke surau dan blok sekolah, mereka baca papan-papan yang bergantung sepanjang laluan;penuh dengan tulisan hikmah.Dan saya bersyukur,medium 'perdebatan' dan perbincangan dalam apa jua isu sentiasa menjadi topik perbualan kami tidak kira lelaki dan perempuan.Pada saya, itu bukti orang KUAT MEMBACA kan? :)

Pelik,kajian apa yang membuktikan rakyat Malaysia malas membaca?



Saya ada ramai sahabat yang terlibat secara langsung dalam dunia pembacaan tanah air. Mereka masih muda dan banyak membaca, menulis juga.Ada yang sampai ke tahap membuat kertas kerja mengkaji corak pembacaan anak muda dan sering menghadiri perjumpaan dan seminar berkisar pembacaan. Sependapat dengan saya,kami yakin, rakyat Malaysia rajin membaca...

If we encounter a man of rare intellect,
we should ask him what books he reads.
~ Ralph Waldo Emerson ~


Sehinggalah saya menghadiri satu program berkenaan 'membaca' yang lebih dikenali sebagai NILAM. Di sini, saya dipertemukan dengan rakan-rakan sebaya yang membaca. Mereka mempunyai tanggapan dan persepsi budaya pembacaan yang benar-benar berbeza. Oleh sebab,program ini turut melibatkan adik-adik tahun enam yang grrrr, kuat membaca, skop perbincangan tentang pembacaan ini merangkumi murid sekolah rendah juga.

Sesi-sesi perbualan, dan muhasabah diri telah merubah persepsi saya selama ini. Em,betullah. KITA MALAS MEMBACA!!!

Malas Membaca meski Banyak Membaca

Perbincangan yang pertama, apakah itu membaca?

Berpegang dengan wahyu pertama yang diturunkan Allah yang menyebut jelas 'IQRA', tentu sekali membaca ini merupakan sesuatu yang membawa sejuta, bukan, infiniti kebaikan.

Di mana letak nilai 'kebaikan' yang ditawarkan melalui amalan pembacaan jika anda tidak menyaring apa yang anda baca?

Trend yang melanda negara kita dalam kalangan umat Islam terutamanya, kajian membuktikan mereka dilihat lebih suka membaca karya-karya picisan. Karya picisan ini termasuklah novel-novel cinta, manga,majalah hiburan, gosip dan membaca 'subtitle' di kaca televisyen...



Rasanya sukar untuk terus membuang budaya ini kerana sesuatu budaya itu menjadi budaya apabila ianya diterima oleh majoriti masyrakat.Budaya pembacaan ini telah diterjemahkan dalam kehidupan seharian.Yang paling mengharainkan, bagaimana mereka boleh mambaca pelbagai novel dengan jalan cerita klise yang tidak membina.Sudah terlampau banyak novel fantasi yang dihidangkan kepada remaja hari ini yang dipenuhi unsur erotisme yang melampau, telanjur, pergaulan bebas dan banyak lagi.



Malangnya, perkara ini turut diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Budaya membaca bahan bacaan picisan melahirkan masyarakat dengan budaya picisan.

Namun begitu,ada jalan-jalan lain yang boleh diikuti untuk mereka yang sudah ketagih atau terjebak dengan budaya pembacaan sebegini.Ubahlah budaya membaca anda!



1. Keseimbangan

Keseimbangan dalam pembacaan ini akan melahirkan pembaca yang rasional saya kira.Apabila anda tahu bahawa anda sudah terbiasa membaca bahan bacaan yang tidak bermutu dan tidak boleh meninggalkannya, anda perlu menambah masa bacaan dengan MEMBACA BAHAN BACAAN BERMUTU SEPERTI BUKU AGAMA.

Saya tidak menafikan bahawa ada dalam kalangan kita yang lekas jatuh cinta dengan novel berbahasa Inggeris. Novel ini hampir kebanyakkannya melakarkan budaya hidup mereka yang begitu terbuka dalam soal apa sekalipun. Andaikata kita tidak menmpung, atau mempunyai identiti yang jelas mengenai apa yang betul dan tidak,kebarangkalian untuk kita menterjemah apa yang dibaca kepada apa yang akan dibuat cukup tinggi!

Tapi tak salah membacanya. Dan, unsur ini tidak sekadar ada di Barat, ia sudah sampai dalam bentuk novel Bahasa Melayu di sudut rumah anda...

Begitu juga dengan mereka yang berada dalam komuniti dakwah. Mereka tidak boleh sekadar membaca buku-buku agama, kitab tebal, atau sekadar menguliti karya agung As-Shahid Hassan Banna, tetapi ruang pembacaan perlu dilebarkan kepada isu-isu semasa, perkembangan sains, ekonomi dan sebagainya.(Artikel menarik di sini)

Keseimbangan ini akan melahirkan komuniti pembaca yang berprinsip. Mereka tidak lekas menterjemah apa(yang tidak elok) yang dibaca ke dalam kehidupan kerana ada tampungan bahan bacaan lain yang menjelaskan apa elok dan tidak.Juga memahami komuniti pembaca yang membaca set buku yang berbeza.



Ingatlah, yang wajib paling banyak dibaca dan difahami ialah Al-Quran Al-Kareem...

Tetapi,saya hendak mengingatkan. Ini cuma langkah awal untuk melepaskan ketagihan terhadap bahan bacaan yang tidak elok. Anda tidak boleh berterusan menggaulkan elok dan tidak baik bersekali selamanya.


sumber di sini

Binasa jawabnya!

2. Integriti Pembaca

Dalam kalangan kita, ada yang cepat melatah apabila apa yang dibaca dan apa yang dipercayainya, ditentang.Saya gelar mereka sebagai pembaca yang tidak berintegriti.Mereka telah mencalarkan keindahan dunia pembacaan yang damai dan tenang serta sentiasa bersedia untuk menerima sebarang bentuk ilmu.

AQ 16:125. Serulah ke jalan Pemelihara kamu dengan kebijaksanaan dan teguran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia sangat mengetahui orang-orang yang sesat daripada jalan-Nya, dan Dia sangat mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

Lihatlah kebijaksanaan Allah. Apabila ada perkataan 'berdebat' itu, maknanya percanggahan idea sentiasa wujud dan ada, maka Allah membenarkan perdebatan. Pun begitu, perdebatan harus berlangsung dengan cara baik.

Begitu juga dengan buku dan fikrah. Buku ada terlampau banyak yang di dalamnya terselit fikrah yang pelbagai rupa juga. Sebagai pembaca yang berintegriti, kita jangan cepat melatah tetapi haruslah duduk mendengar pandangan orang yang membaca dan punya fikrah beza.

Dan, tidak payahlah berdebat dengan yang ahli.


sedikit sebanyak tentang debat di sini

Oh ya, jangan lekas menghukum orang lain jumud andai kata mereka punya cara intipati fikrah yang berbeza...

Itu ciri-ciri pembaca tidak berintegriti :)

3. Kita Apa Yang Kita Baca

MasyaAllah, menyedihkan sungguh. Iklim pembacaan di Malaysia sungguh mendung dan berhantu!

Kita ialah apa yang kita baca. Kalau banyak baca tentang hantu, hantu, hantu, nauzubillah, kita sedang mendidik diri untuk menjadi 'hantu'.

Kalau kita asyik baca tentang zina, zina, zina, nauzubillah, kita sedang melatih hati untuk menuju ke arah itu.

Pembentukan sahsiah diri saya yakin datang dari apa yang kita baca. Sebab itulah Allah suruh kita membaca.

Bacalah yang baik-baik sahaja.Bagi yang malas membaca, saya cadangkan, BACALAH!!!




Pernah ada yang bertanya,"Bagaimana saya nak berubah. Saya tetap nak kawan dengan kawan saya sekarang (yang tidak mahu berubah ke arah kebaikan), sedangkan saya cepat terpengaruh?"

Cadangan saya ialah, banyakkan membaca bahan bacaan yang terbaik. Yang dapat memperbaik diri. Tidak kiralah buku,blog BADAR SMAI :), akhbar sehinggalah kepada peringatan-peringatan yang ditampal di tempat wudhuk sekolah! Budayakan membaca.

Hasilnya,anda akan membina lingkungan dunia sendiri yang positif.Berkawan dengan siapa pun, yang lebih dekat dengan anda ialah apa yang anda baca. Bersahabat baiklah dengan buku yang baik.Ingat kata Saidina Ali r.a "Jika berharta, kita yang perlu menjaganya. Jika berilmu, ilmu yang akan menjaga kita"



BUKU, SEKOLAH VS FIKRAH


Sekolah ialah pusat ilmu.
Ianya tempat membina fikrah.
Bacalah buku yang terkandung di situ.
Moga keluar nanti kita jadi dai'e yang berhemah!

Tiba-tiba saya teringat akan puisi Pak Samad,

Merindui buku ~ A. Samad Said

Inilah denai jejak seni ke hati,
puncak fikir yang indah sekali,
tanpa himpunan ilmu di kalbu buku
kita tak sempat sampai ke mercu itu.

Di sini diri sentiasa di taman
menikmati unggas dan puspa menawan;
di sinilah vista buku saraf seni,
meranum akal mematang peribadi.

Kita wajar berpesta di kalbu buku
menghayati nikmatnya seindah syahdu
dalam tenang waktu khusyuk di pustaka
lebih cepat kita terasuh dewasa.

Buku adalah denyut nadi utama
penting bagi minda waras manusia;
dan buku juga gema fakir yang sakti,
nyaman dan mesranya sebuah simfoni.

Kita memupuk insan yang luhur budi
melalui tapisan hikmat berseni;
dan buku memang tasik aneka ilmu
yang perlu diselami sejujur kalbu.

Buku mengasuh diri sasa bersuara;
membaca menjadi jambatan bertuah
kita merindu buku dan ghairah baca
agar sentiasa canggih dan berhemah.

A Samad Said
7 Mac 2004
Dewan Sastera Ogos 2004 ms 50




Segalanya untuk-Mu, Allah, hanya untuk-Mu!

3 Buah Fikiran:

Anonymous said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali saya ingin mengcapkan setinggi-tinggi tahniah kepada team blogger badar smai kerana telah mengadakan sebuah blog yang menarik dan informatif.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada pengurusan badar smai kerana mengadakan perjumpaan usrah yang sistematik dan berkesan.

Tujuan saya menulis ini utk memberi sedikit teguran terhadap pengurusan usrah banat.

Saya memuji tindakan pengurusan badar banat yang tegas lagi efektif. Tetapi masih juga ada pelajar banat tingkatan tiga yang balik dengan selamba ketika pelajar2 banat lain sedang mengadakan usrah pada 15 oktober 2010 (hari ini).

Kedua tentang penggunaan sistem siaraya. Diharap pelajar banat yang bertugas ambil perhatian. Tadi mereka telah menggunakan pembesar suara luar untuk menjalankan aktiviti usrah. Amatlah molek jika antum menggunakan pembesar suara dalaman kerana kita juga tahu suara itu aurat perempuan. Tambahan pula, masih ramai lagi pelajar banin yang masih belum pulang ke rumah / ke asrama. Hal ini boleh menimbulkan kata-kata yang kurang menyenangkan.

Marilah kita memperbaiki diri kita kerana yang kurang itu datang dari kita dan yang sempurna itu dari Allah s.w.t.
Wallahu a'lam
Assalamualaikum.

BaDaR SMAI said...

Anonymous;
Waalaikumsalam wbt.

Alhamdulillah, terima kasih atas sokongan yg diberikan. :D Kami sedang berusaha untuk memastikan perjalanan usrah berjalan secara istiqomah, insyaAllah.

Seperti usrah lilbanin juga, berkenaan hal "ponteng usrah", pihak kami tidak berupaya untuk memastikan semua orang hadir. Sekiranya ada banin yang masih belum pulang, mohon kerjasama untuk tegur mereka supaya ke usrah.

Allahuakbar.. maksud anta semasa zikir? kami minta maaf atas penggunaan pembesar suara luar, kami tak perasan! Terima kasih banyak atas teguran, kami akan lebih berhati-hati selepas ini, insyaAllah. Asif.

Waalaikumsalam.

As-Sakinah © said...

oh ya pada hari itu, memang sangat tak perasan .
kami minta maaf memang tak sengaja .
insha ALLAH akan diperhatikan etika ini pada masa mendatang