25 October 2010

Lanjutan Interschool BADAR Conference

Assalamualaikum wbt.

Untuk makluman pelawat blog BADAR sekalian, pihak kami telah menerima satu lagi respons berkaitan Interschool BADAR Conference (IBC) daripada BADAR SMKA BALING, KEDAH, pada 15 Oktober yang lalu.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada BADAR NAIM LIL BANAT kerana telah menjadi perantara. Moga Allah merahmati usaha kalian.

Ahli tertinggi BADAR SMAI boleh mendapatkan respons dari BADAR SMKA BALING, KEDAH melalui akaun gmail BADAR SMAI.

P/S: Peralihan kuasa tertinggi BADAR SMAI 2009-2010 kepada 2010-2011 terpaksa ditunda buat sementara waktu. Mohon kerjasama kalian untuk mendoakan kelancaran peralihan kuasa ini nanti.


20 October 2010

Tinggi tetap sujud.


Mirip bukan?

Itulah hebatnya Tuhan. Otak yang selama ini kita bangga-banggakan ternyata
bersujud kepada Tuhan, lantas kenapa kita masih sanggup menyombongkan diri
di hadapan Tuhan? Astaghfirullah.

“Apakah kamu tiada mengetahui, bahwa kepada Allah bersujud apa yang ada
di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan,
binatang-binatang yang melata dan sebagian besar daripada manusia?”
[QS. Al-Hajj (22): 18].


Satu intipati penting dari entri ringkas ini ialah...
walau setinggi mana pun kita berada, pastikan dahi kita tetap mencecah sejadah.

:)

09 October 2010

Buku, Sekolah dan Fikrah



.::Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang menciptakan::.Al-Alaq;1

Siapa pernah dengar rakyat Malaysia malas membaca?

Saya pernah dengar.Tapi, saya tak percaya. Di sekolah, saya lihat kawan-kawan saya begitu rajin membaca. Mereka sentiasa membaca.Sambil berjalan ke surau dan blok sekolah, mereka baca papan-papan yang bergantung sepanjang laluan;penuh dengan tulisan hikmah.Dan saya bersyukur,medium 'perdebatan' dan perbincangan dalam apa jua isu sentiasa menjadi topik perbualan kami tidak kira lelaki dan perempuan.Pada saya, itu bukti orang KUAT MEMBACA kan? :)

Pelik,kajian apa yang membuktikan rakyat Malaysia malas membaca?

08 October 2010

DARA, ZINA DAN STOR SEKOLAH

Saya tahu blog ini tidak dibaca oleh komuniti Al-Irshad sahaja, ianya telah merentas komuniti pembaca yang datang dari latar berbeda.


Jadi, atas hal itu, ini kisah tentang dara, zina dan stor sekolah.

Dalam komuniti yang tidak mengamalkan nilai Islami, mempunyai dara merupakan perkara yang pelik. Yang berdara ialah orang jumud, ketinggalan, bodoh, dayus atau apakah lagi?

Zina pula merupakan budaya yang diraikan. Di Barat, zina perkara yang lebih biasa, teman rapat 'couple'.

Stor sekolah. Apa perkaitan dara dan zina dengan Stor Sekolah?

01 October 2010

Syaitan itu Sangat KREATIF ~

Bismillahirramanirrahim, salamulahhialaikum ya sahabati :)
BADAR SMKA Al-Irshad mengharapkan antum sentiasa berada di bawah rahmat Allah sokmo, dan juga hati sentiasa bersama denganNYA.
Alangkah indahnya jikalau semua muslim di bumi Irshad ni sedar akan rahmat dan ni'mat Allah yang tak terhingga di sini. Iaitu berada di lembah Islam~ Taman Islam. Ohhh T.T

Oh, ya ! Jangan lupa amalkan doa ni , " Ya Muqallibal Qulub, tsabit qulubana"

dan, cerita di bawah ini sangat bermakna . Mari kita hayati ! :)