23 September 2010

Nilai Sebuah Pernikahan

Assalamualaikum ;)


tonton video untuk mengetahui 6 golongan perempuan yg jangan dijadikan isteri, 3 perkara yang berbeza kesannya jika diamalkan oleh seorang isteri dan seorang suami, sunnah dalam memilih pasangan : pasangan yang cantik. apa yang dimaksudkan cantik rupanya? "jangan berkahwin dengan perempuan yg cantik/lelaki yang kacak..." apa maksudnya? :

Allah Taala telah menjadikan perkahwinan di antara tanda-tanda kekuasaanNya.

Menurut Syeikh Prof. Muhammad Ali al-Sabouni di dalam kitabnya az-Zawaaj al-Islami al-Mubakkir, Allah Taala menganugerahkan tiga kurniaan kepada hamba-hambaNya yang telah hidup berkeluarga (berkahwin) iaitu:

Pertama:
Isteri merupakan seorang

15 September 2010

Puasa Enam

Assalamualaikum ! :)



Alhamdulillah, selesai sudah bulan Ramadhan 1431h, semoga kita tetap dan istiqomah, malah melakukan lebih penambahbaikan amalan mulai sekarang.

Ya! Puasa wajib selama sebulan Ramadhan yang lalu sudah pun kita laksanakan, apa kata kita extend puasa kita, PUASA ENAM!! :)



Kesempurnaan ibadat seseorang Islam bukan sekadar terletak kepada amalan-amalan fardhu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T., malah ia turut ditampung oleh amalan-amalan sunat di dalam memperindahkan lagi mutu ibadat yang dilakukan.

Seumpama solat yang menjadi amalan terawal dihisab di Padang Mahsyar kelak, dinilai terlebih dahulu akan solat wajib yang dilakukan, dan jika terdapat kekurangan, ia akan dilihat melalui amalan solat sunat bagi menampung mana-mana kekurangan solat fardhu. Begitu juga amalan berpuasa. Kecantikan puasa wajib Ramadhan jika ditambah dengan puasa-puasa sunat adalah terlebih indah dan baik daripada hanya bergantung kepada puasa Ramadhan semata-mata.

Terdapat banyak jenis puasa-puasa sunat yang boleh dilaksanakan seperti berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, puasa tiga hari dalam sebulan dan puasa enam hari di bulan Syawal.

Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w.

09 September 2010

Salam Aidilfitri dari BADAR SMAI.

Assalamualaikum, salam Aidilfitri..


Izinkan kami kongsikan sebuah artikel dari tgawin82.blogspot.com
Ada 5 hari Raya yang sebenarnya bagi orang Islam:

Pertama, Manusia yang pada hari Raya Aidil Fitri dalam keadaan Fitrah (bersih) dalam makna ia merdeka setelah melaksanakan ibadah puasa di bulan suci Ramadhan sebulan lamanya, dan ia mendapatkan meningkatkan Takwa. itulah manusia yang mendapatkan “Hari Raya” yang sebenarnya.

04 September 2010

Malam itu..

Sekadar perkongsian. Artikel tahun 2009 dari genta-rasa.com

Kata orang lihat pada sebelah paginya – tidak sejuk, tidak panas. Tidak terang dan agak redup. Kata yang lain, ada air yang membeku. Tidak ada salakan anjing. Suasana tenang luar biasa. Syahdu dan sayu, dakwa sebahagian yang lain. Ada yang lebih yakin, mengatakan pada malam Jumaat 21 Ramadhan 1430h yang lalu. Itu malam ganjil, ditambah pula malam Jumaat. Lantas saya ada menerima SMS, ada sahabat-sahabat yang kesal kerana “terlepas” malam Al Qadar.

03 September 2010

Husnuzhonn.

Husnuzhon, and The Way Will be Shown
www.iluvislam.com
By: leedee
Editor: azzahra_solehah


I want to share a story about one of my friend, she's been practicing Law Of Attraction for almost two month before this scenario took place. Recently, she had to fly to oversea for a few days for some reason. Her flight will be departure most probably at 8.00 pm and she have to be there at least one hour before departure. She have already make a preparation a day before, packing up everything, and on that day, her relative sent her to airport in the afternoon. I received her call when she was on her way to the airport.



My Friend : Everything turn upside down! Why this thing happen? even i have focus and give commitment to make everything smooth! What's wrong with my focus? Did i make something wrong?

Me: Why? What happen, be cool..

Bintang Ramadhan di Tanah Kepulangan


“Mr. Imam, bolehkah awak bacakan saya mana-mana kenyataan al-Quran yang bercakap tentang Mary?” Anthony bertanya kepada saya.

“Boleh. Sebentar ya. Saya ambilkan terjemahan al-Quran di situ” saya menyambut permintaannya.

Pagi itu saya menerima kunjungan Anthony, seorang pemuda Katholik.

Beliau menyatakan minatnya untuk mendalami Islam. Saya berbesar hati menerimanya, apatah lagi Anthony bermazhab Katholik. Amat sukar untuk bertemu dengan seorang Katholik yang memeluk Islam di Belfast.

Pagi itu, Anthony muncul buat kali pertama. Beliau memperkenalkan diri kepada saya dan memberitahu bahawa beliau bekerja sebagai seorang kaki tangan kerajaan yang bertugas di Stormont, iaitu parlimen Ireland Utara. Seperti Westminster di England.

“Baiklah Anthony, saya bacakan awak beberapa petikan dari surah Maryam ya” saya memberitahu beliau.

Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Peduli Lagi Maha Mengasihi Hamba-Nya