21 August 2010

Pages

Souq Arabiy 1431h *Canteen Day*

Bismillahhirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.

Beberapa "pages" baru telah pun dilancarkan.

Lihat sebelah kiri blog http://badarsmai.blogspot.com dan klik pada mana-mana pautan untuk maklumat lanjut.

Update :
Kami telah pun menerima pengesahan konfrensi daripada BADAR NAIM LIL BANAT.
InsyaALLAH, semoga urusan akan datang bakal dipermudah.

Kami mengalu-alukan sebarang permintaan konfrensi dari BADAR mana-mana sekolah di seluruh pelusuk dunia. xD

Kami juga ingin berterima kasih kepada mereka yang telah memberi respons kepada Pencalonan JKT/AJK BADAR SMAI 2010-2011.

Alhamdulillah, Berkat kerja anak-anak kerana Allah, Allah gerakkan hati-hati mereka untuk berada dalam saf untuk memperjuangkan agamaNya. -Ustazah Najihah

Insya Allah, kami juga bakal melancarkan satu lagi page iaitu page "Soal Jawab" memandangkan kami telah menerima pelbagai soal jawab agama semasa usrah mingguan.
Soalan-soalan yang telah diajukan kepada dan dijawab oleh ustaz/ah akan kami siarkan buat kebaikan bersama, insyaAllah.

Ahli BADAR 2009 - 2010 bakal membuat peralihan kuasa tidak lama lagi. Perjuangan kami belum selesai, ia baru bermula.

Mohon doa dari kalian.
Barakallahulakum .


0 Buah Fikiran: