05 February 2010

Pesanan dari Daie kepada Daie


Hari ini seluruh warga SMKA Al-Irshad harus berasa berbesar hati dan bersyukur kepada Yang Esa.

Kenapa? Kerana kita di sini, semakin hari semakin terpimpin.

Nampak perubahan setelah sekian lama agak terkubur biah islamiah yang diimpikan.

SYUKUR!

Jom kite analisis bersama-sama [saja nak bagi panjang posting]

yang pertama:
  • Ada masa specific untuk solat zuhur berjemaah semasa PnP.
~dahulu, rasa-rasanya tak ada gaya ini kan? Alhamdulillah. Satu perubahan yang mengajar Irshadians erti kepantasan.
~barangsiapa yang masbuq solat zuhur DEMERIT 5. Dan jika ada yang ditangkap ponteng, DEMERIT 20 lah jawabnya.:)
~bagi pelajar asrama lagi ketat peraturannya. Subuh pun jikalau lambat, anda pasti didimeritkan. Usah risau. Anda pasti tidak akan terlepas. kalau dahulu anda tinggalkan SMKA Al-Irshad dengan saf subuh berapa kerat, sekarang sudah jadi semua orang turun jemaah subuh tanpa terlepas seorang pun.

yang kedua
  • kehadiran PK HEM baru!
~pasti ramai ex-irshadians tertanya siapakah gerangan yang mengganti Encik Johar.
~untuk makluman, Encik Johar dipindah ke SMK Datuk Haji Ahmad Badawi. Beliau telah dinaikkan pangkat ke PK PENTADBIRAN. mabruk alaika, cikgu!
~selama kekosongan jawatan itu, semua pakat bingung dok fikir-fikirkan, agak-agak siapalah yang bakal menggantikan beliau.
~dan satu hari telah tiba, DR ROSLI pun tiba di SMKA AL-IRSHAD
~beliau sangat menitik beratkan pembangunan sahsiah, akhlak islamia banin dan banat SMKA Al-IRSHAD;)
~segala kata2 beliau pasti akan ada hadis mahupun kata2 hikmah dari tokoh2 Islam.

yang ketiga
  • penjenamaan semula BADAR SMAI!
~memandangkan pembinaan sahsiah dipentingkan dalam meniti kegemilangan SMKA AL-IRSHAD GEMILANG MENJELANG 2012,
~maka inilah kesannya
~anda dapat menikmati blog BADAR!
~doakan usaha kami ini menjadi itqan dan istiqamah.
~BUKAN HANGAT2 TAHI AYAM. [INSYA ALLAH]


yang keempat:
  • asrama banat hampir2 siap
~tapi tak tahulah bilanya nak buka

yang kelima:
  • pusat kegiatan pelajar yang dinaiktarafkan [erk,PKP]
~anda bisa menikmati udara penghawa dingin dengan suasana dewan kuliah UIA!;)

yang keenam:
  • tak ada kaitan apa-apa dengan perubahan SMKA Al-IRSHAD cuma nak sampai kata DR.ROSLI[diubahsuai sedikit]
anda seorang daie?pengawas?pemimpin?naqib?naqibah?
pegang TIGA perkara ini:
  1. mazhar[imej yang ditunjukkan]
  2. at~tamayyuz [berbeza]
  3. al~qudwah qabla da'wah[contoh sebelum dakwah]
****************
noktah dahulu buat post kali ini. :d wa ilalliqa'~
al~qudwah qabla da'wah
lujnah penerbitan BADAR SMAI;)

4 Buah Fikiran:

Syaza Suraini said...

mabruk~
posting yg ada originality!

~hamba said...
This comment has been removed by the author.
~hamba said...

mabruk! i'allah, bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. teruskan perjuangan!.

p/s: teringin sangat merasa bi'ah islami yang sebenar di irshad.

shoutul shabab;] said...

erk syukran!
komen ape yang telah diremoved ituu?;)