16 February 2010

Jom Makan~

Assalamualaikum!

Beberapa minggu yang lalu, satu usrah sesama nuqaba' telah diadakan. Sebelum para nuqaba' meninggalkan ruang kelas 5AF setelah selesai usrah, Ustazah Azizah sempat mengingatkan..

"Ni.. saya nak tegurlah sikit, tentang makan sambil berjalan~"
*semua tersengih*

Adoi~ Sangatlah mencacatkan pandangan mata celik lagi terang [yang rabun pun termasuklah] bila tengok fenomena makan berdiri/berjalan di SMKA AL IRSHAD, sekolah kluster kecemerlangan.................. cemerlanglah sangat kan~

jom kita bersangka baik~
"diorang busy sangat lah.... xsempat nak gerak cari tempat nak duduk~"
"alah.. kan da xboleh makan dalam kelas.. susah la .. nak duduk makan kat kelas pun x boleh..."
"diorang nak makan 2-3 suap je~ xlarat nak jalan 2-3ribu batu nak ke kantin~"
hehehe~ sila baca sesinis yang mungkin. xD
Fenomena ni kalau dilihat dengan mata kasar, terjadi dalam kalangan pelajar-pelajar yang sinonim dengan label "sopan".... "ayu"... "sejuk mata memandang"... oh.. tidak lain tidak bukan, YAAA. JENG JENG JEEENNG~ pelajar banat, khususnya... dan~~~~ lebih menyedihkan, senior-senior belaka! xD!!

Ada satu hadith;
Dari Anas dan Qatadah RA, dari Nabi SAW, "Sesungguhnya
beliau melarang seseorang minum sambil berdiri." Qotadah RA berkata,
"Bagaimana dengan makan?" Beliau menjawab, "Itu lebih buruk lagi."

(HR. Muslim dan Turmidzi).


Dalam satu hadith lain;

dari Abu Hurairah, Nabi SAW
bersabda, "Jangan kalian minum sambil berdiri! Apabila kalian lupa, maka
hendaknya ia muntahkan!" (HR. Muslim).


Ehem.. Sesungguhnya Allah dan Rasulnya lebih mengetahui.
Kalau kita fikir secara aqli sekalipun, ya, makan dan minum sambil duduk adalah...

-LEBIH SELAMAT
-LEBIH SIHAT
dan tentu-tentunya,
-LEBIH SOPAN..

ok. ana ada terbaca satu artikel tentang makan dan minum sambil berdiri.
secara ringkasnya, apabila kita minum sambil berdiri, cairan, atau bak kata orang putih, "liquid" yang kita minum tu akan jatuh terus secara mendadak ke dasar usus dan kalau hal ni berlaku secara berterusan, our digestive system will be mallfunctioning. NAK??!

Dr. Ibrahim Al-Rawi melihat bahawa manusia ketika berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras supaya mampu mempertahankan semuaotot pada tubuhnya, sehingga mampu berdiri stabil, dengan sempurna. Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara simultaneous, dan ketahuilah, manusia tidak mampu mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting ketika makan dan minum. Ketenangan ini boleh dihasilkan ketika kita duduk, dimana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaansiap untuk menerima makanan dan minuman.

maklumat tambahan:
Ada satu budaya yang mengamalkan "standing party"... dalam majlis ni, kita makan dan minum sambil berdiri. [dalam erti kata lain, jimat kos beli kerusi dan meja plastik, sekali gus jimat ruang~] .. hoh. janganlah kita tiru budaya ni ye, kawan2! jom makan! xD

SETELAH BANAT SMKA AL IRSHAD DITEGUR TENTANG PERKARA INI,
Alhamdulillah. ada perubahan.
"Alhamdulillah. saya dapat lihat perubahan yang baik. tak nampak sangat dah budaya makan sambil berjalan ni... di kalangan adik2.... tapi yang kakak-kakaknya masih ada lagi~" -Ustazah Azizah.
Er. Kalau macam tu, parah jugak la.. Senior~ Senior!

oh! BADAR SMAI ingin mengucapkan tahniah kepada Cik.. eh. Puan Siti Harnani binti Radhuan Din yang telahpun selamat diijabkabulkan dengan En Mohd Fairus pada Jumaat, 12 Februari yang lalu! Moga pernikahan kalian diberkati Allah, kekal abadan abada, insyaAllah.

2 Buah Fikiran:

shoutul shabab;] said...

salam alaik
erk. senget la pulak gambar puan harnani
[sounds pelik le;)]
hehehe
tu ah camne nak sedar kan kakak2 ni
hrum~

siwon dongsaeng said...

ahahahah..
*semua tersengih*
memang..memang..