12 December 2010

PMR, SPM!

Assalamualaikum!
Alhamdulillahhh.

PMR telah lama berlalu dan SPM bakal menutup tirai *bagi pelajar-pelajar aliran khas, pelajar-pelajar lain sudah lama bergembira menikmati kemerdekaan masing-masing*
Buat ikhwan dan akhowat tingkatan 5, pastinya tarikh keramat 16 Disember (bagi pelajar bukan aliran agama-akaun) dan 20 Disember menjadi tarikh yang amat dinanti-nantikan. Semoga kita diberi kelangsungan umur oleh Yang Maha Esa :)

Aiwah.

Buat adik-adik PMR yang ternanti-nanti kesudahan peperangan mereka beberapa bulan yang lalu, apa kata adik-adik (abang-abang dan kakak-kakak pun sekalilah, tak lupa juga adik-adik tingkatan 4) isikan setiap detik dan waktu sementara jantung masih mampu berdegup, dengan menyertai pelbagai kem, jambori dan kursus (selain kursus menjadi assistant housewife yang berjaya)!
Ada sekurang-kurangnya empat aktiviti yang boleh disertai sementara menunggu keputusan peperiksaan . . . anda dialu-alukan untuk memaklumkan sebarang aktiviti menarik yang boleh kita kongsikan bersama-sama.

17 November 2010

Hari Raya Aidul Adha yang Lebih Hebat daripada Aidil Fitri

Salam alaik warahmatullah !

Hari Raya Aidil Adha wajar disambut oleh kita semua lebih gah daripada Hari Raya Aidil Fitri.
Namun begitu, di sini, lain jadinya.
Tak rasa roh nak sambut, tak da persiapan yang sedahsyat Aidil Fitri
Lagi SEBULAN nak raya, kain tingkap, badan, lantai, semua dah beli dan siap dah !


PELIK kan ? Tapi inilah hakikatnya
Kenapa ya ?
Wallahua'lam.

Darjat Aidil Adha Lebih Tinggi Dari Aidil Fitri

12 November 2010

Cinta ke Syurga



"AKU TIDAK MAU HIDUP DENGANMU SAMPAI MATI..."
oleh : RINA SYARIF

Pada suatu malam, setelah selesai Qiyamul Lail berjama'ah, suamiku mengenggam tanganku. "Mataku tidak bisa tidur, bagaimana jika kita ke balkon depan menikmati bintang2 di angkasa", ucap suamiku. Aku mengangguk pelan,"Sebentar, aku buatkan wedang jahe dulu", ucapku pula. Ku lirik jam di dinding, sudah pukul 3.56 menit. Dengan ditemani suamiku, aku turun ke dapur membuat minuman hangat itu. Lalu kami naik lagi ke lantai dua, menuju balkon yg memang tidak jauh dari kamar utama.

"Pa..," ucapku pelan membuka pembicaraan. "mmh.. ya ma..," jawab suamiku."Masih ingat gak, adegan sepasang kakek dan nenek yg berpelukan ketika kapal Titanic hampir tenggelam..? itu loh yg di filem Titanic", ucapku. "Ya.. terus..,"suamiku manggut2 berusaha mengingat. "Aku ingin kita seperti itu.. sudah tua dan sampai meninggal pun bersama", ku sampaikan harapanku. Lalu suamiku menoleh dan berujar, "gak mau ah..".

Aku kaget setengah mati, bibirku rasanya kelu.. "kok gak mau..? jadi mau nya berdua pas masih muda aja.. gak mau menghabiskan masa tua denganku..?"rajukku kesal.

06 November 2010

Selamat Menempuh Peperiksaan Akhir Tahun 2010 !

Salamullahialaikum,
Masih belum terlambat pihak Badar SMAI mengucapkan,

Ma'attaufiq wannajah !
Semoga segala yang anda baca, dan telah belajar mendapat rahmat daripada Allah Subhanallahu wata'ala.

dengan kesempatan ini jua, walau masih sedikit lagi hari untuk para pelajar Tingkatan LIMA dan ENAM untuk menempuh PEPERIKSAAN BESAR masing-masing, TERUSKAN perjuangan anda !


Jangan pernah rasa putus asa, berusaha sehingga ke titisan dakwat terakhir !

25 October 2010

Lanjutan Interschool BADAR Conference

Assalamualaikum wbt.

Untuk makluman pelawat blog BADAR sekalian, pihak kami telah menerima satu lagi respons berkaitan Interschool BADAR Conference (IBC) daripada BADAR SMKA BALING, KEDAH, pada 15 Oktober yang lalu.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada BADAR NAIM LIL BANAT kerana telah menjadi perantara. Moga Allah merahmati usaha kalian.

Ahli tertinggi BADAR SMAI boleh mendapatkan respons dari BADAR SMKA BALING, KEDAH melalui akaun gmail BADAR SMAI.

P/S: Peralihan kuasa tertinggi BADAR SMAI 2009-2010 kepada 2010-2011 terpaksa ditunda buat sementara waktu. Mohon kerjasama kalian untuk mendoakan kelancaran peralihan kuasa ini nanti.


20 October 2010

Tinggi tetap sujud.


Mirip bukan?

Itulah hebatnya Tuhan. Otak yang selama ini kita bangga-banggakan ternyata
bersujud kepada Tuhan, lantas kenapa kita masih sanggup menyombongkan diri
di hadapan Tuhan? Astaghfirullah.

“Apakah kamu tiada mengetahui, bahwa kepada Allah bersujud apa yang ada
di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan,
binatang-binatang yang melata dan sebagian besar daripada manusia?”
[QS. Al-Hajj (22): 18].


Satu intipati penting dari entri ringkas ini ialah...
walau setinggi mana pun kita berada, pastikan dahi kita tetap mencecah sejadah.

:)

09 October 2010

Buku, Sekolah dan Fikrah



.::Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang menciptakan::.Al-Alaq;1

Siapa pernah dengar rakyat Malaysia malas membaca?

Saya pernah dengar.Tapi, saya tak percaya. Di sekolah, saya lihat kawan-kawan saya begitu rajin membaca. Mereka sentiasa membaca.Sambil berjalan ke surau dan blok sekolah, mereka baca papan-papan yang bergantung sepanjang laluan;penuh dengan tulisan hikmah.Dan saya bersyukur,medium 'perdebatan' dan perbincangan dalam apa jua isu sentiasa menjadi topik perbualan kami tidak kira lelaki dan perempuan.Pada saya, itu bukti orang KUAT MEMBACA kan? :)

Pelik,kajian apa yang membuktikan rakyat Malaysia malas membaca?

08 October 2010

DARA, ZINA DAN STOR SEKOLAH

Saya tahu blog ini tidak dibaca oleh komuniti Al-Irshad sahaja, ianya telah merentas komuniti pembaca yang datang dari latar berbeda.


Jadi, atas hal itu, ini kisah tentang dara, zina dan stor sekolah.

Dalam komuniti yang tidak mengamalkan nilai Islami, mempunyai dara merupakan perkara yang pelik. Yang berdara ialah orang jumud, ketinggalan, bodoh, dayus atau apakah lagi?

Zina pula merupakan budaya yang diraikan. Di Barat, zina perkara yang lebih biasa, teman rapat 'couple'.

Stor sekolah. Apa perkaitan dara dan zina dengan Stor Sekolah?

01 October 2010

Syaitan itu Sangat KREATIF ~

Bismillahirramanirrahim, salamulahhialaikum ya sahabati :)
BADAR SMKA Al-Irshad mengharapkan antum sentiasa berada di bawah rahmat Allah sokmo, dan juga hati sentiasa bersama denganNYA.
Alangkah indahnya jikalau semua muslim di bumi Irshad ni sedar akan rahmat dan ni'mat Allah yang tak terhingga di sini. Iaitu berada di lembah Islam~ Taman Islam. Ohhh T.T

Oh, ya ! Jangan lupa amalkan doa ni , " Ya Muqallibal Qulub, tsabit qulubana"

dan, cerita di bawah ini sangat bermakna . Mari kita hayati ! :)

23 September 2010

Nilai Sebuah Pernikahan

Assalamualaikum ;)


tonton video untuk mengetahui 6 golongan perempuan yg jangan dijadikan isteri, 3 perkara yang berbeza kesannya jika diamalkan oleh seorang isteri dan seorang suami, sunnah dalam memilih pasangan : pasangan yang cantik. apa yang dimaksudkan cantik rupanya? "jangan berkahwin dengan perempuan yg cantik/lelaki yang kacak..." apa maksudnya? :

Allah Taala telah menjadikan perkahwinan di antara tanda-tanda kekuasaanNya.

Menurut Syeikh Prof. Muhammad Ali al-Sabouni di dalam kitabnya az-Zawaaj al-Islami al-Mubakkir, Allah Taala menganugerahkan tiga kurniaan kepada hamba-hambaNya yang telah hidup berkeluarga (berkahwin) iaitu:

Pertama:
Isteri merupakan seorang

15 September 2010

Puasa Enam

Assalamualaikum ! :)



Alhamdulillah, selesai sudah bulan Ramadhan 1431h, semoga kita tetap dan istiqomah, malah melakukan lebih penambahbaikan amalan mulai sekarang.

Ya! Puasa wajib selama sebulan Ramadhan yang lalu sudah pun kita laksanakan, apa kata kita extend puasa kita, PUASA ENAM!! :)



Kesempurnaan ibadat seseorang Islam bukan sekadar terletak kepada amalan-amalan fardhu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T., malah ia turut ditampung oleh amalan-amalan sunat di dalam memperindahkan lagi mutu ibadat yang dilakukan.

Seumpama solat yang menjadi amalan terawal dihisab di Padang Mahsyar kelak, dinilai terlebih dahulu akan solat wajib yang dilakukan, dan jika terdapat kekurangan, ia akan dilihat melalui amalan solat sunat bagi menampung mana-mana kekurangan solat fardhu. Begitu juga amalan berpuasa. Kecantikan puasa wajib Ramadhan jika ditambah dengan puasa-puasa sunat adalah terlebih indah dan baik daripada hanya bergantung kepada puasa Ramadhan semata-mata.

Terdapat banyak jenis puasa-puasa sunat yang boleh dilaksanakan seperti berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, puasa tiga hari dalam sebulan dan puasa enam hari di bulan Syawal.

Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w.

09 September 2010

Salam Aidilfitri dari BADAR SMAI.

Assalamualaikum, salam Aidilfitri..


Izinkan kami kongsikan sebuah artikel dari tgawin82.blogspot.com
Ada 5 hari Raya yang sebenarnya bagi orang Islam:

Pertama, Manusia yang pada hari Raya Aidil Fitri dalam keadaan Fitrah (bersih) dalam makna ia merdeka setelah melaksanakan ibadah puasa di bulan suci Ramadhan sebulan lamanya, dan ia mendapatkan meningkatkan Takwa. itulah manusia yang mendapatkan “Hari Raya” yang sebenarnya.

04 September 2010

Malam itu..

Sekadar perkongsian. Artikel tahun 2009 dari genta-rasa.com

Kata orang lihat pada sebelah paginya – tidak sejuk, tidak panas. Tidak terang dan agak redup. Kata yang lain, ada air yang membeku. Tidak ada salakan anjing. Suasana tenang luar biasa. Syahdu dan sayu, dakwa sebahagian yang lain. Ada yang lebih yakin, mengatakan pada malam Jumaat 21 Ramadhan 1430h yang lalu. Itu malam ganjil, ditambah pula malam Jumaat. Lantas saya ada menerima SMS, ada sahabat-sahabat yang kesal kerana “terlepas” malam Al Qadar.

03 September 2010

Husnuzhonn.

Husnuzhon, and The Way Will be Shown
www.iluvislam.com
By: leedee
Editor: azzahra_solehah


I want to share a story about one of my friend, she's been practicing Law Of Attraction for almost two month before this scenario took place. Recently, she had to fly to oversea for a few days for some reason. Her flight will be departure most probably at 8.00 pm and she have to be there at least one hour before departure. She have already make a preparation a day before, packing up everything, and on that day, her relative sent her to airport in the afternoon. I received her call when she was on her way to the airport.



My Friend : Everything turn upside down! Why this thing happen? even i have focus and give commitment to make everything smooth! What's wrong with my focus? Did i make something wrong?

Me: Why? What happen, be cool..

Bintang Ramadhan di Tanah Kepulangan


“Mr. Imam, bolehkah awak bacakan saya mana-mana kenyataan al-Quran yang bercakap tentang Mary?” Anthony bertanya kepada saya.

“Boleh. Sebentar ya. Saya ambilkan terjemahan al-Quran di situ” saya menyambut permintaannya.

Pagi itu saya menerima kunjungan Anthony, seorang pemuda Katholik.

Beliau menyatakan minatnya untuk mendalami Islam. Saya berbesar hati menerimanya, apatah lagi Anthony bermazhab Katholik. Amat sukar untuk bertemu dengan seorang Katholik yang memeluk Islam di Belfast.

Pagi itu, Anthony muncul buat kali pertama. Beliau memperkenalkan diri kepada saya dan memberitahu bahawa beliau bekerja sebagai seorang kaki tangan kerajaan yang bertugas di Stormont, iaitu parlimen Ireland Utara. Seperti Westminster di England.

“Baiklah Anthony, saya bacakan awak beberapa petikan dari surah Maryam ya” saya memberitahu beliau.

Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Peduli Lagi Maha Mengasihi Hamba-Nya

27 August 2010

Selamat Menempuh Peperiksaan Percubaan PMR, SPM dan STPM kerana ALLAH


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Buat Sahabat Seperjuangan di SMKA Al-Irshad,
Adik-adik Form 3 batch 0812
Sahabat-sahabat Form 5 Batch SixTens 0610
Senior Form Six Batch 0910

BADAR SMAI ingin mengucapkan
Selamat Menempuh Peperiksaan Percubaan

Ma'attaufiq Wannajah

"Allahumma ja'alna minannajihin wal faizin fiddin fi kulli imtihan, fi PMR, fi SPM, fi STPM,
fiddunya wal akhirah "


-ukhwah fillah-

24 August 2010

Alejandro

Assalamualaikum,


Pesanan about Alejandro.... Baca sampai abis yek...


Assalamualaikum.. Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Insya-Allah.. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..

21 August 2010

11 August 2010

Ramadhan Kareem

assalamualaikum warahmatullah.


ramadhan kareem sudah tiba. pihak BADAR Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. semoga ramadhan antum semua kali ini lebih baik daripada ramadhan tahun lepas. amiin.
salah satu produk anak al-Irshad.

27 July 2010

(Istiqamah + Berpandukan Ilmu) dalam Beramal

Assalamualaikum warahmatullah.

"Istiqamah? Apa tu?"
Mungkin sesetengah orang Islam akan menjawab sebegitu apabila ditanya tentang istiqamah. Tidakkah perkara ini menjadi kebimbangan dan kesedihan buat kita? Sedangkan orang Islam sendiri tidak tahu-menahu langsung pasal istiqamah, macam mana kita hendak menarik minat orang yang bukan Islam kepada ajaran Allah S.W.T? Oleh itu, saudara-saudaraku, ILMU itu penting buat kita. Akan tetapi, ada kaitankah antara ilmu+istiqamah dengan amalan kita?

26 July 2010

Masuk ke Syurga kerana Kemurahan Allah s.w.t.

Assalamualaikum warahmatullah..

Kisah ini merupakan sedikit perkongsian buat sesiapa yang rindukan syurga Allah..

Diceritakan dalam sejarah, dahulu kala hiduplah dua orang adik beradik. Anak pertama, ahli taat dan ibadah, sedangkan anak yang kedua ahli maksiat dan dosa.

Setelah sekian lama, ajal anak yang beriman itu makin mendekat. Lalu dia meninggal dunia. Ibunya tidak sedih dan tidak gelisah ditinggal olehnya. Setelah sekian lama, anak si ibu yang fasik dan ahli maksiat itu sakaratulmautnya pula yang makin mendekat. Ibunya sangat sedih dan takut. Si ibu menangisi nasib anaknya itu.


festival muzik dan nisfu sya'ban

Assalamualaikum. Jangan terkejut, entri kali ini bukanlah bertujuan membicara tentang acara sambutan nisfu sya'ban dengan festival muzik .

19 MAUT DI FESTIVAL MUZIK. nauzubillah.

BEBERAPA pengunjung diberikan rawatan perubatan selepas mereka pengsan.


DUISBURG, Jerman - Seramai 19 orang terbunuh dan 242 cedera kelmarin dalam insiden tolak-menolak di sebuah terowong yang merupakan satu-satunya jalan menuju ke satu festival muzik yang dianggap parti muzik tekno terbesar dunia, Love Parade.

Festival itu yang dihadiri oleh ramai penduduk di seluruh Eropah telah berhimpun untuk menari dan mendengar lagu.

Pada asalnya ia diadakan di Berlin pada 1989 sebelum dipindahkan ke kawasan perindustrian Ruhr, barat Jerman pada 2007.

Pengasas festival berkenaan, Rainer Schaller berkata,

24 July 2010

17 July 2010

Penghuni Neraka : Mujahid, Ulama, Dermawan ?

Rasulullah bersabda, “Ada tiga golongan manusia yang pada hari kiamat dihadapkan kepada Allah SWT. Mereka dahulu ketika hidup di dunia adalah orang-orang yang terkemuka dalam hal harta, kedudukan dan Ilmu.

Yang pertama dihadapkan kepada Allah adalah seorang yang mati syahid di jalan Allah. Ketika hidup di dunia, ia ikut berperang di jalan Allah dan mati terbunuh. Setelah dihisab, Allah SWT berkata kepada malaikat-Nya, “Lemparkan ia ke neraka.” Hamba Syahid itu berkata, “Ya Allah aku dahulu berjuang dijalan Engkau hingga aku mati membela agama Engkau. Semua itu aku lakukan untuk mencari keridhaan Mu.” ..............................

10 June 2010

Gerhana~

Wafa’ memandang sepi pemandangan musim luruh dari beranda rumah sewanya. Dedaunan kering menari ditiup angin petang. Pagi tadi hujan sedikit lebat. Suhu petang itu kira-kira 13 darjah Celcius. Sejuk mencengkam tulang belulang gadis Melayu itu. Sesekali dia benar-benar teringatkan keluarga yang ditinggalkan di tanah air. Rindu bukan kepalang lagi. Dia juga teringatkan duit belanja biasiswanya yang disekat tanpa sebarang alasan. Ahh….politik betul pihak atasan! Namun, bukan semua itu yang membuat dia resah dan gelisah.

Khaulah….sahibah yang amat disayangi dan dihargainya. Setahun ketika mereka bersama-sama belajar di Program Asasi Sains Universiti Malaya dulu cukup besar ertinya dalam lipatan kenangan Wafa’. Masa berlalu begitu cepat. Serangan jahiliyyah begitu licik. Setahun setengah di bumi Queen Elizabeth ini sudah banyak mengubah diri mereka. Gumpalan perasaan kesal mula menyerang kalbu kecilnya. Bekalan iman yang dibajai di UM dulu sudah mula kehabisan tenaga.

Sebelum melangkah ke sini dahulu…..
Terasa diri sudah pun bersiap sedia dengan senjata dan kelengkapan perang fikrah. Namun hakikatnya…persiapan tersebut belum pun cukup matang untuk menumpaskan musuh iman. Mereka sudah mula berlari di track yang sama dengan manusia lain yang hidup tanpa sentuhan tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah. Arus jahiliiyyah direnangi dengan hati yang senang dan tenang.

“ Ya Allah…aku rindu aku yang dahulu,” begitulah munajat hati kerdil Wafa’. Saat dia terkenangkan posisinya di sisi Allah dan Islam, hati bertambah lesu. Hidup tanpa murabbi di sini amat mendukacitakan. Setiap kesilapan dan kelalaian berlalu tanpa teguran. Simpulan ikatan hati semakin longgar. Kalau dahulu kerana Allah, kini kerana first class honor. Hati terasa beku dan kaku. Berkali-kali dibacanya Surah Al-Waqi`ah, namun setitik air mata khauf pun tidak menitik. Dipegangnya buku Men Around The Messenger dengan harapan terdidik dengan perjuangan jihad awwaluun, namun semua itu gagal membuahkan hasil. Duit belanja makan hariannya di infaq, dalam hati berdoa agar Allah mencurahkan cahaya kasihNya kembali. Malang….Wafa’ gagal lagi.

Dikerah nafsunya berpuasa Isnin Khamis, sayang sekali.. .natijahnya umpama mendapat penat dan lelah tanpa merasai kenikmatan berubudiyyah kepada Allah. Berkali-kali dia termenung di atas katil empuknya untuk bermuhasabah, namun segalanya berakhir dengan dengkuran panjang. Ya Rabbi….apakah ada dosa yang tidak sudi Kau ampunkan? Menjelang malam sepi dia bangun untuk mencuri perhatian pemilik ruhaninya, tetapi baru dua rakaat solahnya dia sudah rebah tidak bermaya. Ya Ilaahi….mengapa ni?

“ Jalan ini memerlukan bekalan dan persiapan yang besar dan banyak. Tanpa bekalan dan persiapan yang rapi, para da’i bakal tersungkur menyembah bumi. Kerana itu, para da’I perlulah hidup dalam dunianya sendiri tanpa terpengaruh dengan perubahan palsu yang menari disekelilingnya.”

Mata Wafa’ terpaku seketika pada catatan yang pernah dicatat di dalam buku halaqahnya . Dia terigaukan halaqah yang dihadirinya setiap minggu di tanah air dulu. Benarlah huraian mas’ulahnya, kira-kira 3 tahun yang lalu. Dia kekurangan bekalan dan persiapan. Muayyid-muayyid yang di cekup nya dulu dibiarkan tanpa dihubungi. Dia benar-benar kelesuan!! Dia meneruskan pembacaannya. Tulisan-tulisan itu walaupun hodoh kerana bersambung-sambung tanpa khat yang betul, tetapi ia begitu berharga.

Namun…..yang menyentuh hati sang manusia ialah Allah. Bukan fikrah yang tercatit di lembaran buku catatan, ataupun amal-amal soleh yang diperjuangkan. Walau solah 20 rakaat sekalipun, seandainya Allah tidak mengangkat hijab di hati, semuanya tidak berhasil. Sesungguhnya kalbu manusia di celah jari-jemari Allah. Allah berkuasa memalingkannya ke arah yang dikehendakiNya. Ruhnya longlai mengenangkan semua itu. Oh Allah...datanglah padaku…air matanya tumpah mengenangi kelesuan yang melanda diri. Wafa’ menyambung telekunya di beranda itu. Tangan ditadah ke langit biru. Matanya merenung jauh merentasi pameran alam Ilahi seindah saujana mata memandang.
“ Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kedua biji mata yang mudah mengalirkan air mata, dapat menyembuhkan hati dengan linangan air mataku itu kerana takutkanMu. Perkenankanlah permohonanku sebelum mengalir dari kedua mata ini air mata darah, Ya Allah, kepadaMu lah aku kembali…”



Dia melepaskan nafas panjang. Alangkah indahnya sekiranya derita itu terhembus keluar bersama deruan nafasnya. Argh…beriman tidak semudah itu!! Dia mendesak diri untuk keluar dari lubuk kelesuan ini, namun bagaimana? Segala amalnya seperti ditolak Allah. Alangkah tidak berharganya sebuah kehidupan begini…

Buat Ukhti Wafa’ da’iyah pemegang masa depan ummah,
“ Hai anak Adam, carilah Aku nescaya engkau akan bertemu denganKu. Jika engkau dapat menemuiKu ertinya engkau telah mendapat segala-galanya. Tapi jikalau Aku luput darimu ertinya engkau telah luput dan kehilangan segala-galanya. Sewajarnyalah engkau mengasihiKu dari segala-gala yang lain.” (Hadis Qudsi)


Anak mata Wafa’ berlari-lari membaca bait-bait hadis itu. Dia memejam matanya erat. Kad berwarna biru itu dihadiahi oleh akh Abdullah Mas`ud pada hari dia berlepas ke London International Airport. Wahai Abdullah Mas`ud, seandainya anta tahu ana di marhalah ini, pasti anta tidak sudi lagi untuk memperisterikan diriku. Pasti akhi sedang bersilat dengan dunia akhi selaku da’I dan murabbi di tanah air sana. Sedang ana di sini berperang dengan nafsu pun sudah tertewas. Tunangku, tidaklah semudah yang disangka untuk mencorak diri selari dengan fikrah Islam yang semestinya kita fahami. Di sini ana hidup tanpa murabbi mithali, tanpa biah solehah juga manhaj Rabbani yang ana sendiri masih jahil tentangnya.

“ Khaulah, malam ni kita buat halaqah boleh? Hati ana dah tak tahan dah ni, iman ana dah nyawa-nyawa ikan. Dah berapa bulan kita tak bersama,” Kata Wafa’ pada Khaulah ketika mereka sedang dalam perjalanan ke Manchester University of Science And Technology.

“ Malam ni actually ana ada perjumpaan Exco PPIMUK.”
“ Kalau minta uzur syar’ie tak boleh ke?”

“ Mana boleh, ana Exco Tertinggi. Kalau tak datang, jatuh reputasi. Lagipun kami ada projek besar nanti menjelang Aidil Fitri hujung tahun ni. Sorilah Wafa’, kita tangguh boleh?”

“ Ukhti…ana cakap sikit boleh?”

“ Cakap apa? Ana kalut ni,” Jawab Khaulah diiringi senyuman kering.

“ Takpelah kalau macam tu. Kita cakap kemudian. Cuma….Cuma ana nak sampaikan pada anti yang actually ana nampak anti dah jauh dari track kita. Errr…that’s all. We meet tonight, InsyaAllah.”

Wafa’ menyudahi bicaranya di situ. Gadis Kuala Kedah itu dapat merasakan yang dia sudah tidak ikhlas lagi terhadap Khaulah, yang semakin hari semakin berbeza. Dia tidak sanggup memandang anak mata Khaulah yang cantik itu di saat dia melepaskan kalimat itu tadi. Entah apa rasa hati Khaulah agaknya….marah? geram? Tersedar? Wallahua’lam. Wafa’ dan Khaulah berpisah di situ. Khaulah melepasi pagar universiti manakala Wafa’perlu menaiki bas untuk ke fakultinya. Hati Wafa’ kembali pudar . Terkesima juga dia dengan jawapan Khaulah yang sudah dijangkanya. Wafa’ beristighfar…..lupa pula…..da’I perlu berbesar hati dan berlapang dada berhadapan dengan seribu satu situasi yang menyukarkan proses berlaku. Dia sahibahku….bukan orang lain!!

. “ Kesibukan yang tidak ke mana-mana…” Wafa’ mendengus sendirian. Beginilah masa-masa Mukmin dihabiskan. Mukmin terlalu sibuk dengan agenda kehidupan yang belum pasti. Mesyuarat siang malam, namun maksiat terus berleluasa, malah semakin dahsyat. Mukmin telah terlupa beramal tanpa noktah bidayah yang betul akhirnya membuahkan bibit-bibit kefuturan yang busuk. Semangat semata-mata akhirnya tidak ke mana-mana.

“ Nak survive macam mana kalau tak ada halaqah? Along cakap senang la. Along kat sana ramai sahabat-sahabat yang soleh. Tersilap ada yang menegur. Tengok kereta sahabat pun dah cukup untuk membina kesungguhan. Wafa’ kat sini dah lah hidup disekeliling manusia laknatullah. Mana mungkin seorang manusia yang tidak terdidik dapat mendidik manusia lain?”

“ Habis tu, Wafa’ nak cakap Wafa’ sanggup tunduk pada jahiliyyah dan kekufuran?!” Mus’ab membidas butir bicara adiknya.Tajam. Mus`ab tersentak mendengar idea-idea Wafa’ yang tidak matang. Tak bersedia, tak mampu, tak layak, hati kotor lah, jauh dari Allah lah…tidak ada kekuatanlah…dan seribu lagi alasan yang bermacam wajah dan rupa. Baginya, manusia yang hidup diselaputi udara jahiliyyah punya peluang yang begitu besar untuk lebih mendekati Allah. Dan yang paling penting, melaungkan seruan dakwah ilallah adalah perkara asas yang wajib dimulai.

“ Bukanlah macam tu Along.”

“ Selagi mana kita tidak bertindak untuk meruntuhkan jahiliyyah, selagi itulah kita dikatakan redha kepada system yang menghina Islam. Wafa’ ingat dakwah tu pergi bagi ceramah macam pendakwah bebas tu ke? Sekadar bagi ceramah tidaklah namanya mendukung Risalah, tetapi kerja kita sekarang ialah membentuk peribadi yang selari dengan kehendak Allah. Wafa’ tak perlukan modal, you do not need transport, or money, or anything else. Cukuplah kalau mereka punya hati dan hidup mencari sesuatu yang lebih bermakna.”

“ Hati Wafa’ pun lesu, nak sentuh hati orang macam mana…”

“ Inilah masalahnya. Dah tau hati tu tak ada tenaga, do something Kak
Long.”

“ Wafa’ dah buat macam-macam!! Along tak faham ke? Wafa’ sampai tahap tension sebab tak tau bagaimana nak rawat hati ini lagi. Argh…..kadang-kadang Wafa’ lebih gembira mati dan tidak pernah ada di dunia ini. Tak perlulah Wafa’ berhadapan dengan Hari Pembalasan Allah yang sangat menakutkan.”

Mus`ab diam seketika. Dia cuba menyelami hati adiknya. Rasa lemah? Rasa tak berdaya? Donno to do anything? Aku juga pernah melalui stage itu. Stage yang dahsyat! Dia tidak ingin kembali ke marhalah itu. Ya….para du`at juga punya keletihan masing-masing. Kesilapan demi kesilapan yang diulang tanpa perubahan lah yang mencampakkan para da’I ke lembah duka dan gelisah. Adakalanya da’I terfikir aku tidak selayaknya lagi bersama dengan kafilah ini. No!! Never and forever to think such the way!! Mana mungkin manusia yang normal terfikir untuk melepaskan segenggam emas dan permata ditangannya kerena kecewa dan duka. Bodoh…mungkin itulah panggilan yang paling sesuai buat mereka yang terfikir sedemikian rupa. Walau bagaiman jelek pun pakaian, walau bagaimana raa tak layak pun untuk untuk memakai permata di tubuh, tak mungkin permata itu dibuang. Kan?





“ Keluarlah dari kepompong, lihat dunia disekeliling Wafa’ dengan hati. Dunia menderita kerana mereka kehilangan hati mereka sendiri. Sedang kita tertipu untuk melengkapkan diri semata-mata tanpa menyeru orang lain kepada Islam. Kita bukan nak jadi ahli sufi semata-mata, tapi kita perlu menjadi da’I dan murabbi. Sesungguhnya dakwah lah yang mendekatkan diri kita dengan Allah, dakwah lah yang memberi kita ruang untuk sentiasa memperbaiki diri, Manusia yang hanya tahu untuk memperbaiki diri tanpa memulakan dakwah adalah manusia yang hidup untuk dirinya sendiri. Lihatlah masyarakat yang menderita di sekeliling Wafa’, normal kah Wafa’ kalau tidak rasa kasihan dan mahu membantu mereka? Bukankah Islam itu kekuatan dan kemenangan?”

Wafa’ diam membisu. Ada benarnya tamparan kata-kata Alongnya. Dia sudah melupakan penderitaan ummah. Hatinya tidak terdengar tangisan sang ibu kehilangan anaknya...dirogol, dibunuh, dilarikan, ditipu, dan diperkosa iman mereka. Dia lupa pada jerih payah sang ayah mencari nafkah siang dan malam sehingga melupakan anak-anak. Anak-anak dibiar subur bersama jahiliyyah. Lalu anak-anak menjadi manusia yang lupa diri, gelap cita-cita, dan paling menyayat hati; anak-anak muda kehilangan kekuatan untuk menempuh perjalanan kehidupan. Dia lupa pada derita masyarakat dihimpit ideologi-ideologi manusia. Jiwa insan ditikam ketidakselesaan, keresahan, kehasadan dan kefasikan. Manusia menjadi hamba manusia. Siang malam ditempuhi dengan penuh kesengsaraan jiwa. Lupakah dia pada derita yang tidak pernah terbayang begitu dahsyatnya? Kemiskinan bukanlah sengsara yang hakiki, tetapi kemiskinan jiwa merupakan segala-galanya. Oh Allah, bala apakah yang menimpa umat ini?

“ Baiklah Wafa, Wafa’ fikirlah dengan iman. Kita sudah tidak ada masa untuk duduk lagi. Ingatlah wahai da’I ilallah, jauhkanlah diri Wafa’ dari segala yang bernama al-hawa’.” Perbualan tarbawi mereka terhenti di situ diakhiri dengan ucapan salam. Wafa mendapat sedikit kekuatan untuk segera bangkit kembali. Kita dah tak ada masa….detik hatinya.

“ Mungkin pada pandangan manusia Mus’ab bin Umair dikira menderita. Dia kehilangan kegemilangan, kekayaan, dan kasih-sayang seorang manusia yang very special in his life, tapi mari kita selami hati mereka. Mereka tenang kerana keimanan yang mendiami jiwa mereka. Mereka merasakan tidak ada apa-apa yang lebih bermakna melainkan iman kepada Allah. Iman begini yang kita nak capai, kerana iman beginilah yang berkuasa menggerunkan musuh-musuh Islam yang sentiasa menyerang kita dari segenap penjuru. ” Wafa’ teringatkan perbualannya dengan Kak Hasna ketika di tanah air dulu. Sembang-sembang mendidik jiwa.

Saat mereka mendaki Gunung Jerai….

“ Susahnya nak daki gunung ni, letih la…”

“ Kita nak mendaki perjalanan menuju Allah jauh lebih sukar,” Kak

Balqis menyahut keluhan Wafa’ selamba. Dia tersentak seketika. Ya tak ya juga….

“ Barangsiapa yang mencari Allah bukan melalui jalan berharap(roja') dan takut(khauf), bukan dengan rindu dan cinta (kepada Nya), niscaya dia akan kebingungan dalam mencari Nya, kacau dalam amalnya, tidak akan menemukan nikmat-nikmatnya ibadah, dan tidak dapat menempuh jalan kezuhudan. Oleh kerana itu, bertaqwalah kepada Allah yang hanya kepada Nya kita kembali.” Amirah yang dari tadi berada di belakang mereka tiba-tiba bersuara. Wafa menoleh ke belakang. Dia membalas pandangan mata Amirah yang redup penuh mahabbah.

“ Jazakillahkhairan ukhti...patutlah selama ini mudah sangat ana berundur,” Wafa’ berbicara tenang walaupun tubuhnya keletihan. Sesungguhnya pendakian tarbawi yang panjang tetapi singkat ini benar-banar mendidik jiwa mereka. Ukhuwwah terasa kehangatannya. Inilah masa untuk berta’aruf dengan lebih mendalam, berkongsi pendapat dan pengalaman, meminta nasihat dan idea, juga saling memperingati akan tugas sebenar seorang Muslim Mukmin, yakni mendukung Risalah Dakwah Rasulullah.



Wafa’ tersenyum sendiri mengenangkan semua itu. Dia berasa sedikit segar setelah nostalgia di jalan dakwah dan tarbiyyah bersama sahabat-sahabatnya di tanah air singgah sebentar di kalbunya. Dia umpama baru disergah... “ Hei Wafa’, kita mendukung Risalah!! Bangun!!” . Wafa bingkas bangun. Tangannya ligat menyelongkar kitab-kitab fikrahnya yang tersimpan di balik pintu biliknya. Dia sedang mencari bekalan....bekalan sirah yang telah pun pudar di dalam dadanya.Ya Allah, didiklah aku menerusi sirah yang akan ku baca ini....ya Allah, Engkaulah sebaik-baik pendidik.”

Tangan Wafa’ menggeletar saat dia memegang buku Perjalanan Kehidupan Rasulullah s.a.w karangan Abul Hassan Ali an-Nadwi. Dia sedar kini....mengapa dia mudah longlai....kerana sejarah kebanggaan umat Islam telah malap dalam kehidupannya. Ya...aku perlu hidup bersama sirah. Mereka telah membenarkan iman mereka dengan amal dan pengorbanan.

Setiap kali Wafa’ bersendirian, air mata lah menemaninya menahan rasa lesu yang menyerang jiwanya. Dia terus berdoa dan berdoa...penuh pengharapan agar Allah mengembalikan iman ke dalam hidupnya. Dia yakin, Allah tidak menyia-nyiakan keikhlasan hambaNya untk mendekatiNya. Semoga Allah memberinya sekeping hati yang baru....

“ Umi risau Kak Long sorang-sorang di sana. Pihak lelaki minta diawalkan,”
Umi memujuk Wafa’ dengan penuh rasa kasih selaku seorang ibu. Wafa’ diam seribu bahasa. Dia memandang langit biru yang kelam. Malam itu bintang tidak kelihatan. Nak hujan kot, bisik Wafa’ membuat tekaan sendiri. Umi bangun dari katil, mendekati Wafa’ yang berdiri di sisi tingkap.

“ Boleh Kak Long? Kak Long cuti ada lagi 2 bulan lebih , sempat kalau Kak Long nak menyediakan diri,” Umi memujuk lagi. Hati ibu mana tidak resah melepaskan puteri sulongnya merantau ke negara kuffar sendirian tanpa mahram di sisi.

“ Abah tak kata apa-apa?”

“ Abah pesan jangan paksa Kak Long,”

“ Dah tu?” Wafa’ merespon sedikit kasar. Hatinya bengang. Janji waktu bertunang dulu pihak lelaki sanggup tunggu hingga dia menyelesaikan degree nya. Tapi sekarang lain pula bunyinya...

“ Bukan soal janji Kak Long. Tapi soal Kak Long di ganggu di sana,”
Wafa’ memejam matanya erat, sedih bercampur kesal. Dia mula menyalahkan dirinya kerana menceritakan peristiwa dia di ganggu oleh pemuda berkulit hitam setiap hari. Kalau tak cerita, tak akan jadii macam ni....!! Wafa’ beristighfar, terasa syaitan mula merangsang amarahnya sekali gus menghangatkan emosinya. Dia seperti mahu mengungkit kisah silam. Wafa’ bertunang pun atas gesaan keluarganya. Yang paling menyentuh hati, pertunangan di adakan dalam suasana yang sangat tergesa-gesa, beberapa hari sebelum dia berangkat ke United Kingdom 2 tahun lalu. Dia beristighfar lagi....dia terlupa hidup ini diatur Allah dengan sebaik-baik pengaturan. Tiada silap tiada cela. Belajarlah menerima rentetan perjalanan yang adakalanya sangat memeritkan. Inilah kehidupan....

“ Lagi setahun setengah aja,bukannya lama mak,” Wafa’ bersuara lagi setelah menyepi agak lama. Umi mengurut bahu Wafa’ dengan tangan kanannya. Hati umi sentiasa berdoa semoga dibukakan hati puteri kesayangannya.

“ Dia tak apelah, dah ada Master, Kak Long ni harapkan sijil matrikulasi tu aja.”

“ Kan tak elok kalau dah berumur nanti baru nak kenduri. Dia pun dah nak masuk 25, nak tunggu lama-lama tak sopan. Tak elok bertunang lama-lama,”

“ Dulu, kenapa tak cakap pun yang bertunang lama-lama tu tak elok? Kenapa sekarang baru nak ungkit? Dah tak tahan?!” Wafa’ melepas geram.
Wafa’ menangis teresak-esak di birai katilnya. Memasuki gerbang perkahwinan bukanlah suatu yang mudah baginya. Kalau sekadar ber akad nikah dah settle tak apa. Ini tidak....seribu satu tanggungjawab menanti di hadapan. Digagahi kakinya mendekati almari soleknya. Mushaf Al-Quran berwarna biru di capai dengan hati yang masih hambar. Dia duduk di kaki katil. Saat dia membuka mushaf itu air matanya bertambah lebat. Barulah dia teringat mushaf itu merupakan hadiah hantaran pihak lelaki pada hari pertunangannya. Tangannya sepantas kilat melepaskan Quran itu. Mushaf itu terdampar di hujung kakinya. Astaghfirullah....apa aku dah buat ni? Dia mengutip kembali mushaf itu. Saat itu dia terpandangkan jam tangan di tangannya, jam itu pun merupakan hadiah dari Akh Abdullah Mas’ud sebagai menghargai kesudian Wafa’ menerima lamarannya. Wafa’ meletakkan kepalanya di atas bantal. Ujian ini terlalu kecil, bisiknya perlahan. Pasrahlah kepada Allah, Allah lah yang mencampakkan dirimu ke dalam kemelut ini. Dia terkenangkan pengajiannya di Manchester. Mampukah aku? Baitul Muslim menjadi medan baru untuk mengaplikasikan bekalan yang telah dikutip pada zaman solonya. Dia melihat kelemahan diri yang terlalu banyak....bersediakan Akh Abdullah Mas’ud menerima kecacatan diri ini? Wafa’ juga manusia biasa....walaupun semua orang yang bersama dengannya seringkali memuji peribadinya yang unggul. Namun, insan tetap insan!! Manusia memandangku hebat kerana tidak memandang diriku dari dalam, getus Wafa’ sayu. Dia juga punya nafsu, pendirian dan ideanya sendiri yang adakalanya pantang dicabar. Wafa’ akui dia agak ego, keras kepala, mudah tersentuh, manja dan mudah jemu. “ Pandanglah semua ni dengan keimanan dan kethiqahan kepada Allah sebagai Rabb dan Ilah Wafa’,” Wafa’ tetap mendiamkan diri. Dia membelakangi pemuda yang sedang menasihatinya.

Kali ini, Mus’ab pula mengambil giliran memujuk sang adik yang semakin hari semakin menyepi tanpa sebarang jawapan. Dia juga khuatir adik perempuannya bersendirian mengharungi kancah perjuangan di Manchester. Saban hari semakin mengganas sikap musuh-musuh Islam. Mus’ab tahu masih terlalu banyak perkara yang Wafa’ sembunyikan dari pengetahuan mereka sekeluarga; tentang dia diugut, dicerca, dipermainkan, dianiaya, hatta digoda sekalipun, Wafa’ seorang yang perahsia. Adakalanya amat sukar mentafsirkan gelombang apakah yang melanda sanubari adiknya itu. “ Apa yang ada dengan segulung ijazah first class yang Wafa’ hajat sangat tu? Dulu...Wafa’ selalu beri nasihat pada Zulfah yang kita memburu redha dan rahmat Allah setiap masa. Apakah dengan meletakkan diri dalam fitnah membantu Wafa’ mendapatkan semua itu? Wanita itu fitnah, wajiblah bagi setiap Muslimah memelihara maruahnya, harga diriya, dan imannya dari anasir-anasir yang akan mendekatkan dirinya kepada neraka Allah.” Wafa’ diam seribu bahasa. Dia tunduk kelesuan.

Lidahnya beristighfar dan menyeru nama Allah berkali-kali. Ya Ilahi.....aku lemah tanpaMu.... “ Wafa’ belum mencintai Allah. Wafa’ belum lagi memahami rukun bai’ah. Wafa belum mempunyai hati yang cergas dalam zikrullah. Wafa’ tak menjiwai dakwah lagi, hanya berada di pinggiran dakwah kerana Wafa’ terlalu lemah. Tunggulah hingga Wafa’ dah ada semua ni. InsyaAllah, Wafa’ hanya akan walimah setelah Allah Wafa’ cintai. Wafa’ tiada kekuatan untuk menerima sahabat ni benar-benar kerana Allah. Wafa’ takut Wafa’ banyak merungut apabila berdepan dengan kelemahan dan kecacatan dia. Hilanglah pahala Wafa’ sebagai zaujah yang meredhai zaujnya,” Wafa’ memberi kata putus akhirnya. Umi memegang erat tangan Wafa’.

Cincin tunang yang disarungkan oleh bakal ibu mertuanya telah lama dia tanggalkan dari jari hantunya. Dia berangkat ke United Kingdom tanpa cincin itu. Kalaulah akh Abdullah Mas’ud tahu, pasti tersinggung si Mas’ud dengan tindakan puterinya. Namun sang Umi faham....berkali-kali dipujuk hatiya supaya tidak menganggu Wafa’ dengan urusan sebegini. Wafa’ sememangnya benar-benar tidak bersedia. Sedang puterinya enak mengharungi usia gadisnya, tiga empat orang sahabat abangnya masuk melamar. Wafa’ tekad, dia tidak akan mengizinkan mana-mana manusia di dunia ini singgah di hatinya sebelum dia belum benar-benar bulat terhadap Allah. Hanya itu alasan dia menolak mereka. Pada Wafa’, kalaupun dia dianugerahi zauj yang soleh, namun itu bukan dari bahagian sahamnya di akhirat. Masing-masing akan membawa amal mereka sendiri. Wafa’ mengharapkan syurga, Wafa’lah yang perlu mengharungi perit badai untuk menjadi hamba Allah yang Rabbani.


“ Sendiri nak masuk syurga, sendirilah punya perjuangan. Kenapa nak libatkan orang lain untuk memilih jalan ini? Sekiranya Uthman memilih untuk bersama dengan kemuliaan Islam, sesungguhnya Allah ada manhaj yang jelas untuk lelaki menjauhkan diri dari fitnah wanita. Takkan wanita-wanita selemah itu menggoyah hati pemuda yang mengejar syurga Allah?” Zapp.....!! Itu jawapan dari mulut Wafa’ apabila Uthman sahabat abangnya masuk melamar beberapa tahun lalu. Wafa’ tidak menerima alasan Uthman; untuk memelihara diri dari tarikan wanita tholehah di luar sana, dia ingin memiliki Wafa’ sebagai penguat dan pendorongnya untuk menolak mereka. Mus’ab hanya mampu meneguk air liur mendengar jawapan adiknya. Keras kepala, jual mahal, tidak memahami orang lain...itulah label yang sesuai buat adiknya, Mus’ab menggetus sendiri.

“ Ya Ilaahi, Ya Zal Jalaaliwalikraam.....Engkaulah yang memiliki kehidupanku, Engkaulah yang mengisi hidupku dengan apa yang Engkau sukai. Aku milikMu, jiwaku dalam genggamanMu, hembus nafasku dalam perkenan kehendakMu. Engkaulah Rabb dan Ilahku.... Ya Ilaahi....janganlah pemuda yang hadir dalam hidupku ini melarikan kerinduanku, kecintaan serta pergantunganku pada Mu. Engkau tetap tujuan dan maltamat hidupku. Ya Hayyu ya Qayyum, Peliharalah hatiku dari mengisi ruang cinta di hatiku selain ianya untukMu, untuk DeenMu dan demi redhaMu. Ya Ilaahi.....ampunilah Abdullah Mas’ud, sibukkanlah dia dengan urusan dakwah dan jihad di jalanMu. Ya Ialahi..terimalah zaujku....aku memberinya untuk kebangkitan DeenMu yang dihina oleh saudara-saudaraku,maka ampunilah mereka yang jahil ya Allah...aku redha dia tidak menemami masa lapangku, kerja-kerja harianku, tidurku juga kerehatanku. Aku redha dia menjadi rijaal DeenMu sehingga dia umpama bukan milikku, tetapi milik dakwahMu. Ambillah dia ya Allah, gunakanlah dia di jalanMu, didiklah dia, tunjukilah dia jalan menuju syurgaMu, buanglah kecintaannya terhadapku seandainya itu yang menghalang dakwah kepadaMu. Ya Rahman, Ya Rahiim....kuatkanlah kami di saat kami diuji dan ditekan Ya Allah. Kami lemah tanpa kekuatanMu, Engkaulah sumber kemenangan dan keteguhan hati kami...” Basah telekung putih Wafa’ dihujani air mata munajatnya. Dia menerima segalanya dengan hati yang terbuka.

Ya Ilaahi...sekiranya ini yang Engkau mahu, inilah yang aku terima sepenuhnya dariMu, Wafa’ berbisik sendiri. Majlis akad nikah telah selesai malam tadi. Saudara-maranya sibuk membuat persiapan kenduri kesyukuran unuk esok hari. Malam ini adalah malam dia bersama Allah lagi, seperti malam-malam sebelumnya. Dia memberitahu Rabbnya apa yang terjadi. Bukan dia tidak menyedari Allah menyakiskan segala yang berlaku, namun ruh ubudiyyah yang menyelubungi atmanya membuatkan dia tidak tenang tanpa menceritakan semuanya kepada Allah. Dia amat tenang setiap kali selepas lidahnya melafazkan...Ya Allah,aku redha Engkau penyusun hidupku. Susunlah ia sesuka hatimu kerana aku hambaMu. Abdullah Mas’ud memandang isterinya dari jauh. Wafa’ sedang mesra berbual-bual dengan tetamu uminya. PadaMu kami memuji dan memuja ya Allah, bisik Abdullah Mas’ud. Semoga dia menguatkan hatiku yang lemah, merangsang jiwaku yang banyak berehat, dan menghampirkan aku dengan redha Mu ya Allah.

Pemuda itu berdo’a lagi. “ Akhi, ana ingin menyampaikan keresahan di hati ana, sudikah anta mendengarnya?” Wafa’ berbicara lembut selepas mereka selesai solah tahajjud berjamaah pada malam itu. “ Apakah lagi yang merisaukan dirimu ya zaujati? Kita telah melaksanakan sunnah Rasulullah yang disukainya,” “ Ya, anta benar, kita telah pun menjadi suami isteri yang sah di sisi Allah. Namun, apakah iman dan takut kita kepada Allah akan sah di sisiNya bermula saat ini hinggalah kita mati dan berjumpa denganNya nanti?” Abdullah Mas’ud terdiam. Tiba-tiba air matanya tumpah. Ya Allah...benarkah iman kami? Wallahua’lam.

p/s: Cerita ini hasil selaman blog ke blog. Penulisnya ana tak dapat nk jejak. :)

05 June 2010

JUDI di Malaysia: Laknat ALLAH SWT ke atas yang telah HALALkan yang HARAM~

 Salamullahialaikum kepada semua. Moga ALLAH berkati setiap satu daripada kamu. Dan selawatlah ke atas Nabi SAW dan para sahabat baginda:)


Nah. baru-baru ini timbul satu cerita yang menggemparkan di tanah air kita. JUDI dihalalkan? Pelik bukan?
Negara ISLAM "contoh" beginikh?
Inilah yang terjadi apabila pemerintahan jatuh kepada orang yang tidak patut . Maaf lah kalau terlalu direct sangat , ttp inilah hakikatnya.

masihkah kamu ingat dengan cerita Bani Israil yang mengHALALkan yang HARAM? Lupa atau ingat terpulanglah. Tapi haruslah kamu ingat bala akan turun kalau yang HARAM diHALALkan.

 apakah yang telah terjadi kepada Bani Israel ketika itu? 
Renunglah sebelum anda direnungkan
(-_-)


******

Laknat Allah ke atas kaum Yahudi yang telah menghalalkan apa yang di Haramkan Allah.

Dalam peristiwa hari Sabtu tersebut kaum Yahudi telah diharamkan Allah untuk menguji mereka kerana ramai dari mereka kaum yang FASIK agar mereka tidak turun menangkap ikan pada hari Sabtu melalui Nabi Daud Alaihissalam tapi mereka melakukan pelangaran .

Firman Allah menyebutkan kisah mereka lebih panjang lebar di dalam surat al-A’râf, firman-Nya :

“Dan tanyakanlah kepada Bani Israil tentang negeri yang terletak di dekat laut ketika mereka melanggar aturan pada hari Sabtu, di waktu datang kepada mereka ikan-ikan (yang berada di sekitar) mereka terapung-apung di permukaan air, dan di hari-hari yang bukan Sabtu, ikan-ikan itu tidak datang kepada mereka. Demikianlah Kami mencoba mereka disebabkan mereka berlaku fasik.” (Al-A’raf 163)

FirmanNya dalam surah Al Baqarah:
“Dan Sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar diantaramu pada hari Sabtu, lalu kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina”. Maka kami jadikan yang demikian itu peringatan bagi orang-orang di masa itu, dan bagi mereka yang datang Kemudian, serta menjadi pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.” (QS al-Baqoroh : 65-66)

Allôh Ta’âlâ berfirman :

“Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbuatan jahat” (QS al-A’râf : 165)

Yaitu, orang-orang yang melarang mereka dari untuk mencari ikan dan membangkang pada hari Sabtu…


Dan kami timpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang keras, disebabkan mereka selalu berbuat fasik. Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang dilarang mereka mengerjakannya, kami katakan kepadanya: “Jadilah kamu kera yang hina.” (QS al-A’râf : 166)

Maka Allah merubah keadaan mereka menjadi kera yang saling berkerumun, yang rendah lagi hina. Sampai-sampai ada kera dari bangsa mereka yang menghampiri kerabatnya dengan meratap dan menangis. Dan ada seorang manusia yang tidak diketahui siapa dia, mengatakan : “Bukankah telah kami peringatkan kamu dari kekuasaan Allah, kami peringatkan kamu dari siksa-Nya, kami telah peringatkan dan peringatkan… sebagaimana yang disebutkan oleh ahli tafsir. (Lihat Tafsîr Ibnu Jarîr).

Orang Yahudi yang diubah rupanya menjadi kera, tidak hidup lebih dari tiga hari dan tidak bisa memiliki keturunan, sebagaimaa yang dijelaskan Nabi Shallallâhu ‘alaihi wa Sallam di dalam hadits Muslim. Inilah hukuman Allôh Ta’âlâ kepada mereka yang telah berlalu, dan sungguh hukuman ini tidaklah jauh bagi orang-orang yang zhalim. Sesungguhnya, ketentuan Alloh akan senantiasa terjadi pada makluk-Nya yang tidak akan berubah dan berganti.

“Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri. tiadalah yang mereka nanti-nantikan melainkan (berlakunya) sunnah (Allôh yang telah berlaku) kepada orang-orang yang terdahulu. Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat perubahan bagi sunnah Allôh, dan sekali-kali tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi sunnah Allôh itu.” (QS Fâthir : 43).

Sunnah Allôh Azza wa Jall ini akan senantiasa berlangsung baik kepada orang-orang terdahulu maupun belakangan, yang tidak akan berubah selamanya. Dan setiap orang yang meniti di atas jalan kezhaliman dan kerusakan, pembangkangan dan penentangan serta bersikap arogan terhadap hamba-hamba Allah, niscaya ia akan mendapatkan murka Allah dan sirnalah kenikmatan yang ada padanya. Tunggulah wahai Yahudi… apa yang akan dilakukan Allôh Azza wa Jalla… Yang Maha Perkasa lagi Maha Kuat…!!!

“Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.”

Dalam kontak Kerajaan Malaysia sekarang ini yang menghalalkan Judi Bola Sepak dan Judi2 Lain kepada bukan Islam adalah menyerupai pelanggaran kepada larangan Allah kepada bangsa Yahudi supaya jangan menangkap ikan pada hari Sabtu.Jadi undang2 tersebut tidaklah terpakai kepada umat Islam tetapi Umat Islam pada masa kini tidak pula menjadi alasan kepada mereka untuk tidal pergi berjudi di tempat2 judi tersebut dan melakukan perjudian tanpa dikenakan apa2 tindakan oleh Kerajaan Malaysia!Ini dapat di lihat oleh kita semua jika kita pergi ke tempat2 Judi di seluruh Malaysia banyak di kunjungi oleh Masyarakat Islam.

Kelulusan Undang2 Judi kepada Bukan Islam adalah menyamai tindakan kaum Yahudi yang membuat benteng dan sungai-sungai itu ke dalam benteng-benteng pada hari Sabtu. Bila mereka melihat benteng itu telah penuh dengan ikan, maka mereka menutup muara sungai tersebut.Mereka membuat benteng dan sungai-sungai itu ke dalam benteng-benteng pada hari Sabtu. Bila mereka melihat benteng itu telah penuh dengan ikan, maka mereka menutup muara sungai tersebut.Memang mereka tidak turun menangkap ikan pada hari Sabtu tetapi mereka tetap dikira melanggar perintah Allah SWT.Itu hanyalah tipu daya mereka sahaja.FirmanNya:

164. Dan(ingatlah) ketika suatu puak di antara mereka berkata : ” Mengapa kamu menasihati puak yang mana Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?”. Mereka menjawab :” Agar kami mempunyai alasan kepada Tuhanmu dan supaya mereka bertaqwa”.
165. Maka ketika mereka melupakan apa yang telah diperimgatkan kepada mereka, kami selamatkan mereka yangmelarang daripada perbuatan jahat dan Kami timpakan kepada mereka yang zalim siksaan yang keras disebabakn mereka sentiasa betlaku fasik.
166. maka ketika mereka bersikap sombong terhadap apa yang mereka dilarang mengerjakannya, Kami katakan kepada mereka : “Jadilah kamu kera yang hina”.
167. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memberitahu bahawa sesungguhnya Dia akan mengirim kepada mereka(orang yahudi) samapai hari qiamat mereka yang akan ditimpakan ke atas mereka azab yang seburuk-buruknya. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaanNya dan sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
168. Dan Kami bahagikan kepada mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan di antaranya ada orang-orang yang soleh dan di antara mereka ada yang tidak sedemikian. Dan Kami uji mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk agar mereka kembali kepada kebenaran
(surah Al 'Araf ayat 164,165,166,167 dan 168)

Para ulama, hukama dan orang-orang zahid berulang-ulang menasihati mereka, namun mereka tetap sahaja melakukan pelanggaran tersebut. Sehingga ulama-ulama itu berpisah daripada kehidupan mereka kerana khawatir akan terkena bencana bersama-sama mereka yang engkar.

Ketika Allah hendak menyiksa mereka, Allah biarkan mereka berbuat sesuka hati mereka selama dua tahun. Di samping itu Allah tetap mengutus kepada mereka orang-orang yang akan memberikan peringatan dan nasihat. Namun mereka tetap tidak mahu menerima peringatan dan nasihat.

Tetapi adalah menjadi satu rahmat Allah SWT bahawa tiada Nabi selepas Nabi Muhammad SAW yang melarang secara depan berdepan dengan kaum2 yang mengikut perangai Yahudi yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah SWT.Jila tidak tentu kita akan dapat melihat siapa yang jadi binatang dengan serta merta akibat terkena laknat Allah SWT.Tetapi adakah kita semua merasa aman dari laknat Allah setelah perbuatan Judi Jadi Halal dan Di Restui oleh Pihak Pemerintah Malaysia?

27 May 2010

Lady Gaga dan Freemason- episod 1

Assalamualaikum warahmatullah!

Alhamdulillah, Imtihan Pertengah Tahun dah selesai. Syukur.

Ada yang selepas dikutip kertas akhir beliau , jerit begini; " YEEEEEEEEEEEEHA! merdeka!!!"

Tak kurang juga," Wah! Syoknya lepeh ni tak payah nak ngadap buku TEBAL bak Salji kat Antartika ni. ESOK jom p SUNWAYYYYYYY! yeee!"

Ada juga tawadhuk, " Alhamdulillah aku buat ni semua kerana Allah. Perikse ke tak perikse aku tetap belajar."

mana satu kah anda? pilihlah. Moga Sirat mustaqimm amin~

Baiklah dengan berakhirnya imtihan ini, nampak nya sudah tiba masa yang telah dijanjikan oleh BADAR SMKA Al-Irshad untuk menjalankan janjinya yang telah terpatri dalam post
Freemason dan LAdy Gaga Apa kaitannya?

Insya ALLAH kami akan leraikan permasalahan ini dari masa ke semasa. Sehingga ke tahap yang kami mampu dan diizinkan Allah.


Untuk entri kali ini kami ingin leraikan kaitan lady gaga dan freemason dengan kaitan persembahan lagunya.





Mari kita lihat lirik lagu lady gaga yang membuatkan dia dinobatkan artis yang memecah billboard US tahun lepas; BAD ROMANCE. 


Oh-oh-oh-oh-oooh!
Oh-oh-oh-oooh-oh-oh-oh!
Caught in a bad romance
Oh-oh-oh-oh-oooh!
Oh-oh-oh-oooh-oh-oh-oh!
Caught in a bad romance
Rah rah ah-ah-ah!
Ro mah ro-mah-mah

Gaga Ooh-la-la!
Want your bad romance

Rah rah ah-ah-ah!
Ro mah ro-mah-mah
Gaga Ooh-la-la!
Want your bad romance

I want your ugly
I want your disease
I want your everything
As long as it’s free
I want your love
Love-love-love
I want your love

I want your drama
The touch of your hand
I want you leathe-studded kiss in the sand
I want your love
Love-love-love
I want your love
Love-love-love
I want your love






Jadi , Apakah kaitannya?

Beginilah Rah dalam bahasa mesir purba bermakasud Tuhan.



Untuk lebih kepastian bukalah buku teks Tingkatan Empat dan cari di bahagian Tamadun Mesir Purba.





Freemason telah menelusuri dari dahulu lagi. Pada zaman Pemerintahan Ramses atau Firaun lagi, organisasi durjana ini sudah menyelit unsur-unsur dajal tanpda disedari.



Dan sudah tentulah tanpa disedari, orang ramai memuja-muja. Mungkin ada yang di antara kalian masih lagi tidak faham dengan konteks post ini. tapi bagi insan yang sudah menonton video the arrival di youtube. com pasti akan ketahui kaitan perkara ini.


Lirik lagu sebegini juga pernah berlaku dalam lirik lagu MADONNA. Saya tak ingat lagu apa, tetapi lagu itu pernah menjadi siulan ramai dan di radio kerap dimainkan.


Dahulu freemason menyelitkan unsur dajjal dalam pemerintahan kerana pemerintahan adalah medium yang sangat berkuasa dalam mempengaruhi rakyat,
sekarang, mereka mengambil inisiatif dan menukar cara mereka menyelitkan unsur dajal ke medium MUZIK dan HIBURAN keran INILAH medium yang SANGAT mempengaruhi MASYARAKAT hari ini tanpa mengira agama dan bangsa serta negara. Bukankah begitu?


Cara perjalanan Organisasi durjana ini sangat sulit dan sangat susah untuk orang ramai mengetahui. dan kini Alhamdulillah sudah ada insan yang MEMECAH rahsia mereka.


Tapi apa yang boleh buat. Freemason mempunyai orang kuat untuk tolong mereka.


Kembali kepada LAdy GAGA. Jikalau anda perasan setiap video klip dia dan juga gambar posternya pasti akan ada unsur dajal iaitu;
  1. mata cacat sebelah
  2. segi tiga
  3. hitam putih
Untuk aspek lain insha ALLAH, akan kami lontarkan kepada anda dalam posting seterusnya.

Wa ilalliqa' salam alaikum warah matullah.

15 May 2010

08 May 2010

Lady Gaga dan Freemason; Apa kaitan Mereka?

Assalamualaikum, tasbih kepada Allah Tuhan Pemilik Alam dan selawat kepada utusannya Rasulullah Sallahu Alaihi wasallam

Ramai betul peminat lady gaga hari ni, tak terkecuali yang berada di sekolah Menengah agama sekali pun.
Sungguh, muziknya begitu asyik didengari,
sesuai dengan jiwa muda anak remaja hari ini

Freemason; apa kaitannya dengan Lady Gaga. *sebuah pertubuhan YAHUDI laknatullah. Mengecam Islam dari dahulu sehingga saat ini, banyak yang kita kata kepada diri kita " Ah, tak palah . tak da efek pun laah~"

Awas!Sangat berkait rapat mereka ini. Ingat Yahudi takkan berehat sehingga kita semua TUNDUK kepada mereka.

PEMBONGKARAN SETERUSNYA DALAM POST AKAN DATANG! 
NANTIKAN!

SELEPAS IMTIHAN PERTENGAHAN TAHUN

BITTAUFIQ WANNAJAH DARIPADA KAMI
BADAR SMKA AL-IRSHAD

DEMI ISLAM! LAKSANAKAN TANPA SANGSI!!

 





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini