27 March 2016

Gratitude


When was the last time we said our gratitude to Allah?

Be grateful, always. Be it good or bad, everything that has happened, is happening and will happen, everything, is all for the best, tailor-made for each and every single one of us.

Being grateful isn't just another virtue, they say it's the mother of all virtues.
From a simple gratitude, grows humility that we are unable to achieve something without the will of Allah, sparks the feeling of assuredness that someone High has the perfect control of everything, comes the desire to share and give back to the community because surely, nothing is ever ours to begin with.

Alhamdulillah 'ala kulli hal.
From the tiniest of blessings to the most colossal, remind other people and be reminded to say it. Say Alhamdulillah, all praise is for Allah.

And as it is promised, Allah will increase us in favour,


" And [remember] when your Lord proclaimed, 'If you are grateful, I will surely increase you [in favor]; but if you deny, indeed, My punishment is severe.' "

20 February 2016

افلا يتربرون 2

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Marilah kita sambung perbincangan kita tentang ibrah Al Quran kali ini.

Seperti yang kita sedia maklum, Al Quran diturunkan secara beransur ansur selama 23 tahun. Ei, kenapa la Al Quran tak diturunkan sekaligus ja en? Kan senang. Eh eh, cuba fikir, wahyu ni bukan sekadar diturunkan untuk lepas tanggungjawab je. Tapi untuk menetapkan hati seorang nabi. Untuk terus istiqamah dalam perjuangan. Walaupun pelbagai mehnah yang dihadapi. Bukan senang.

And setiap wahyu yang diturunkan, pasti ada kisah dari Rasulullah itu sendiri. Itulah kisah dalam kisah. Dengan mengetahuinya, kita akan lebih menghargai wahyu itu sendiri. Penurunan wahyu secara beransur ansur mengajar kita bahawa wahyu dari langit itulah sebesar besar guru motivator dan sehebat hebat juadah kerohanian untuk kesihatan spiritual kita.

Kalau kita belek belek dalam surah Yusuf ayat 3 ada disebutkan bahawa Allah telah menjadikan sebahagian wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah ini adalah sebaik baik kisah untuk manusia. Manusia boleh mendengar pelbagai cerita di sana sini, namun cerita yang terbaik, belum tentu mudah diperolehi.

Haa kenapa Allah kata sebaik baik kisah? Of course la sebab Allah Maha Mengetahui. Allah tahu apa yang terbaik untuk manusia. Siapa yang lebih mengetahui tentang hakikat sesuatu perkara melainkan penciptanya. Ini bukanlah macam kisah sejarah yang ditulis oleh orang orang yang menang. Tapi oleh Maha Pengatur Alam dan segalanya. Dialah yang merekodkannya semula dengan sebaik baik kaedah, lalu ia akan dibaca terus hingga hari mahsyar kelak.

Okay. Apabila kisah kisah seperti ini dikisahkan oleh Allah, Tuhan semesta alam, pasti ada hikmah ada Nabi yang kisahnya begitu ringkas seperti nabi Ismail dan nabi Ilyas. Pasti ada hikmah juga ada nabi yang sekadar disebutkan nama sahaja seperti Al-Yasa' dan Zulkifli tanpa diceritakan perjuangan mereka.

Apabila Tuhan sendiri bercerita, maka pasti ada hikmah mengapa ada kisah para Rasul yang panjang lebar seperti kisah Musa alaihissalam. Kisah baginda paling mendominasi kisah kisah dalam Al Quran itu sendiri, sama ada sejak kelahirannya, mahupun cabaran getirnya dengan kaum Mesir dan Bani Israel sebelum dan selepas peristiwa Laut Merah.

Pasti ada hikmah mengapa pula kisah Nabi Musa bertaburan di pelbagai surah Al Quran. Sama juga dengan kisah Nabi Ibrahim alaihissalam dan ramai lagi. Mengapa tidak disusun sahaja dalam hanya satu surah seperti kisah Nabi Yusuf dalam surah Yusuf? Bahkan surah itu menyusun dengan sangat baik kronologi kisah nabi Yusuf  sendiri dari zaman kanak kanak hingga zaman menjadi menteri. Kajilah, kita akan pasti dapat menemui hikmahnya. Itulah seni Allah taala. KisahNya sentiasa ada kelainan, kejutan dan tidak akan pernah membosankan.

Pasti ada hikmah juga mengapa babak yang sama namun terdapat rakaman aksinya dalam dua surah dan lebih. Contoh, adegan Musa membaling tongkat di Lembah Tuwa yang ada dalam surah Al Qasas, Asy Syuara' dan Taha. Kajilah dan dapatkanlah jawapan di sebalik perbezaan uslub penceritaan. Meskipun babak yang sama, namun ada rakaman 'CCTV' yang berbeza-beza rupanya, memberikan 'kekenyangan' maksimum kepada jiwa pembaca Al Quran.

Pasti ada hikmah penyusunan nama nama para nabi itu sendiri kadang kadang tidak mengikut turutan kronologi sejarah. Lihat sahaja bukti dalam surah keempat surah An Nisa pada ayat 163 dan banyak ayat lain lagi. Mengapa permulaanya Allah mengikut tertib sejarah iaitu Nabi Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaaqub kemudiannya Nabi Isa, tiba tiba sudah tidak mengikut tertib sejarah iaitu Nabi Ayub, Yunus, Harun, Sulaiman, Daud? Pasti ada hikmahnya yang belum kita ketahui. Ambil sahaja teladan dari nama nama besar yang diumumkan, jangan membuang masa pada berteka teki pada hikmah yang didiamkan oleh Allah taala sendiri.

Mengapa Al Quran semasa diturunkan di Makkah tidak bermula dengan kisah Nabi Adam dan berakhir di Madinah dengan kisah Nabi Isa atau Rasulullah sendiri? Demikianlah Allah Yang Maha Bijaksana berhak memilih mana mana sahaja Rasul yang mahu diceritakkanNya kepada Rasulullah tanpa perlu terikat kepada silibus tertentu mengikut turutan perjalanan sejarah.

Sekian sahaja untuk entry kali ini. InshaaAllah entry akan datang akan dipublish secepat mungkin. Sabar, dan teruskan mengambil ibrah ya.



Assalamualaikum.

14 February 2016

افلا يتدبرون 1

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Nyatalah, jika digunakan tujuh lautan sebagai tinta seterusnya diganti dengan tujuh lagi lautan, masih tidak mampu menzahirkan rasa syukur kepada Ilahi yang masih lagi memberi peluang untuk kita terus bernafas dalam dua nikmat terbesar; Islam dan Iman. Selawat dan salam juga atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Tidaklah kerana jasa baginda, titis darah dan peluh baginda, pasti kita dalam keadaan jahil soal addin, rahmatan lil 'alamin ini.

Baiklah. Hampir setahun jugak tak diupdate ya blog badar. Tapi sekarang ya team badar sudah kembali untuk terus menghidupkan hati hati yang dahagakan ilmu. Di sini, pihak Badar ingin berkongsi dengan antum tentang ibrah. Tadabbur. Dan seangkatan dengannya. Dan yang pasti kalimah kalimah ini sudah dapat disignifikasikan dengan mukjizat yang kekal sehingga hari kiamat. Al Quran. Maka tak perlulah kita bermuqaddimah panjang. Walaupun sudah panjang. Eh? Ayuhlah kita!

Sebelum ana berkongsi tentang hal ini, izinkan ana untuk sertakan satu doa yang ma'thur iaitu yang terpilih dari baginda saw.

اللهم اجعل القرءان العظيم ربيع قلوبنا ونور صدرونا وجلا احزاننا وذهاب همومنا وساءقنا ودليلنا الى جناتك انعيم برحمتك يا ارحام الرحمين

Ameen ya Rabbal 'Alamin.

Aasif jiddan sebab terjemahan untuk doa tu tidak ada. Mana tau followers blog badar ni faqih bahasa arabnya boleh la tolong terjemahkan untuk kebaikan bersama ye. ☺

Baiklah masuk kepada topik kita. Mengapa banyak jugakla ayat al quran, habis sahaja sesuatu ayat tu ada ja ayat yang bermaksud, 'apakah kamu tidak berfikir?' 'Apakah kamu tidak mentadabbur?' 'Apakah kamu tidak mengambil pengajaran?'

Kan kan? Banyakkan? Dan kalau kita perasan, ayat ayat yang termaktub di atas tu, adalah selepas Allah menukilkan kisah untuk kita. Hakikatnya 1/3 Al Quran adalah kisah. Cerita. Dan yang pasti bukan kisah dongeng. Tetapi kisah yang mampu memberi ibrah dan amat berkait rapat dengan kehidupan kita. Ya. Walaupun Al Quran telah diturunkan 1400 tahun yang lalu. Walaupun kisah tersebut telah berlalu lebih 2 kurun yang lalu. Sebab Allah cipta kita. Dia Maha Tahu segalanya. Dan Dia tahu cara yang terbaik untuk memberi petunjuk kepada khalifah bumi ini melalui kitabNya. Petunjuk yang apabila kita pegang, amal. Lan tadhillu. Takkan sesat.

Khulasahnya daripada hakikat 1/3 Al Quran ialah cerita, dapatlah kita simpulkan bahawa manusia ini mudah lemah semangat melainkan apabila mereka mendengar sesuatu cerita. Cerita mereka yang senasib dengan musibah yang dihadapi agar cara pandang mereka kepada musibah itu berubah. Itulah yang dimaksudkan cerita cerita yang mencetuskan pelajaran bermakna. Dalam bahasa mudah, ibrah!

Baiklah. Secara mudahnya begitulah sinopsis entry kali ini. Rasanya kena buat bersiri siri sebab banyak jugak untuk dikongsikan. Jangan risau ye. Nanti ada lagi InshaaAllah. Sampai di sini sahaja untuk kali ini. Nantikan entry akan datang. Assalamualaikum. 😊

11 June 2015

Be prepared!

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kaifa halukum? Semoga semuanya sihat sejahtera di bawah jagaan Allah. InshaaAllah. Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan jari jemari ini untuk terus melakar tinta bagi menyentuh hati hati yang merindukan tarbiah. Alhamdulillah.

Ramadhan. Bulan yang sangat dinanti-nantikan oleh semua Muslimin dan Muslimat di seantero dunia. Mana tidaknya, bulan kita berpesta ibadah, bulan turunnya Al-Furqan, bulan yang terselit di dalamnya malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Masya-Allah.

Untuk pengetahuan pembaca semua, para ulama' salafus soleh yang terdahulu amat menantikan kehadiran bulan penuh barakah ni. Dari 6 bulan sebelum Ramadhan lagi, mereka telah bersiap sedia untuk menghadapi bulan ini. Wahh, hebat hebat.

Kita yang hidup di era yang serba moden ni, mungkin agak sukar untuk meniru cara para ulama' terdahulu menyambut Ramadhan. Tapi, tak salah mencuba. Yang sukar itu, kalau berjaya memang manis hasilnya.

Selalunya lah, umat Islam zaman ni, berharap cukup tinggi. Masuk Ramadhan, nak khatam 30 juzuk Al-Quran. Masuk Ramadhan, nak konsisten qiamullail. Masuk Ramadhan, takmau buang masa. Bermacam-macam agendanya. Tak salah. Tapi, alangkah ruginya bila semua benda yang dilistkan tu tak terlaksana. Bila baca balik segala list yang telah diplan, boleh setaraf dengan amalan para ulama'! Hebat hebat. Masya-Allah.

That's why, tak boleh mulut sahaja mengucap mudah. Praktikalnya yang utama. Tapi, macam mana? Practice makes perfect! Ingat! Godaan syaitan tak ada bulan Ramadhan ni. Tinggal lagi, nafsu kita mudah tak untuk dijatuhkan. How to practise? Kita start pelan-pelan. Dari Rejab, kita dah mula berjinak-jinak. Istiqamah bersedekah setiap Jumaat. Istiqamah puasa sunat hari Isnin dan Khamis. Istiqamah qiamullail setiap malam Jumaat. Istiqamah membaca Al-Quran setiap kali lepas solat fardhu dan waktu lapang. Istiqamah solat sunat rawatib. Eh, tak mustahil. Asalkan kita nak.

Ingat satu ni. Istiqamah itu hakikatnya lebih utama dari Karamah. Hadamkan. Tapi, err sekarang dah Syaaban. Tak pernah terlewat untuk berubah! Ingat apa yang Rasulullah pernah bersabda, even time huru-hara hari kiamat tu, dan ada biji benih dalam tangan, tanam! Jangan berdalih. Bila hati kata nak berubah, automatically, gerak. Jangan tangguh tangguh. Procrastination is the thief of time.

Semoga Ramadhan kali ini dapat melahirkan jiwa yang benar-benar bertaqwa. Come on guys! Daripada 365 hari, 30 hari je Allah suruh kita puasa. So, kita puasalah segala-galanya. InshaaAllah boleh! Di sini disertakan bersama link untuk satu video yang InshaaAllah bermanfaat hasil produksi Tarbiah Sentap. Sepatutnya pihak BADAR plan nak tayang waktu usrah banat Jumaat last day tu, tapi apakan daya. Perancangan Allah yang terbaik!

https://www.youtube.com/watch?v=4SXLO6yWk2s